1.Saya tidak perlukan insurans nyawa kerana sudah ada insurans company?
# Memang kebanyakan dari kita mempunyai insurans dari compnay dari tempat kita berkerja,tetapi pernahkah anda bertanya kepada company anda berapa maximun anda boleh gunakan dari insurans company.Selalunya maximun bagi kegunaan bagi insurans compnay adalah dari RM 5000 - RM 10000.Cth:jikalau Bil perubatan anda 20 K anda terpaksa menaggung nye sendiri bagi 15 k tersebut.
# Pernahkah anda terfikir jikalau anda bertukar kerja atau diberhentikan kerja,tiba-tiba anda diserang penyakit,Insurans company lama anda tidak akan cover anda lagi.Pernahkan anda terfikir bahawa insurans company tidak menjamin anda sepenuhnya.
2.Saya akan amik personal insurans bila dah nak pencen sebab rasa diri anda tidak akan sakit semasa muda?
#Anda perlu tahu bila anda mengambil personal insurans diwaktu tua bayaranya sangat tinggi berbanding jika anda mengambil di usia masih muda.Akhirnya anda tidak akan mengambilnya dan bila sakit akan masuk ke hospital kerajaan.Bla layanan kurang memuaskan anda complain sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar.
3. KENAPA TAK BOLEH NAK CLAIM ?
Insurance penipu!! ...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya.
Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.
Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.
Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.
Antara Sebab Utama adalah...
a. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.
b. Manfaat tiada didalam jadual policy
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD"
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
c. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
D. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
E. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful.
Tips untuk anda . Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."
4. Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card...
Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, " Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited... " atau ada juga yang bagitau saya, " Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik "
Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.
PERTAMA - Company cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."
KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kau tau dari awal ke yang kau akan kena sakit nie?...." atau "Kau memang nak ke, sakit nie terkena kat kau"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.
2 comments:
Sayapun tak larat nak baca..hihi
Anyway, singgah cni :)
Bnyk juga perkara yg boleh menyebabkan tak boleh claim yg kita perlu tau. Thanx
Post a Comment