Sunday, June 29, 2014

Jodoh dengan Abam Takaful

Salam,

Teringat pertemuan pada tahun 2005.

Tetiba abah suruh jgn pi mana2. Kita org adik beradik akur. Tetamu istimewa mana pulak nak dtg nie? Pelik jugak.  Hari yg dijanjikan pun tiba. Tetamu yg dinanti pun sampai. Kelihatan keta Toyota Vios parking tepi umah. Abah pun panggil kesemua anak2. Sambil tersenyum, abah perkenalkan ejen Takaful. Ejen tue senyum jer. Terkejut dier tgk bilangan adik beradik kami. Ramai..... Kita org tanyalah ejen tue. Jumpa abah kita kat aner? Dier kata kat spital. Oh ya. Abah rajin buat check up. Rezki ejen tue....

Ejen Takaful pun jelaskan konsep takaful nie. Mmg kami blur n tak ader pendedahan pasal Takaful nie. Tak pernah terpikir langsung. Nie pun atas inisiatif abah sendiri. Mungkin abah ader terpikir dgn tragedi mama. Arwah mama meninggal semasa tido. Jadi abah takut perkara boleh berulang, tak der back up protection. At least aderlah harta peninggalan utk generasi lain. Kalu sakit pun, medikal kad tolonh byrkn. Abah just suruh sain. Kami sign atas borang kosong. Kami mmg rely on ejen 100%. Alhamdulillah, sampai skrg ejen kami menjalankn amanah dgn baik. 

Memandangkn jadi ejen takaful nie tugas yg murni n mulia seperti guru, saya pun decide nak jadi ejen Takaful. So far, medikal kad banyak tolong family saya. Tolong ringankn beban kos rawatan. Dahlah medikal kad tolong byrkn, dapat upah masuk spital lagi. Alhamdulillah.

Sepanjang jadi ejen nie, saya bersyukur dapat tolong org. Saya gembira. Ini adalah amanah yg perlu saya pikul. Jadi ejen nie bukan sekadar kerja tapi perhubungan dgn manusia. 

Saya bersyukur, saya jumpa abam takaful dgn prubsn takaful. Abah kata its not about produk, its about medical expenses freedom n it's about ejen them self. Semua produk bagus, tapi nak jumpa org yg amanah tue susah. 

Jadi anda diluar saner jodoh takaful korang dgn saper? Setahu saya, Takaful operator diluar saner banyak.  Harap dapat jumpa cepat. Yerlah dgn kadar inflasi medical nie, mmg akn naik. Dah naik, pihak takaful terpaksa naikkan premium dgn coverage yg berpatutan. 

Salam Ramadhan buat pembaca belog saya. Moga d bulan yg penuh rahmat nie, dapat dipergunakn sebaik mungkin.

Saturday, June 28, 2014

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


Assalamualaikum...

Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,
Tapi....
Indahnya RAMADHAN tak dapat ditukar ganti

Selamat Berpuasa buat semua pembaca belog akupenjualinsurans. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat takafulovers n family. Jika ada salah silap pada masa lalu tersalah taip atau tersalah tulis ker..MOHON AMPUN DAN MAAF. Semoga kita boleh meraih kemenangan bersama.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Thursday, June 19, 2014

Edisi soalan : FAQ about Takaful for Dummies

ajiem said...
kira buat pembedahan mata x boleh la ea?
akok is a person not a kuih said...
Salam ajiem,

Kalau pembedahan mata tue untuk kecantikan seperti lesik tak boleh. Kalau akibat kemalangan untuk pembetulan mata agar boleh melihat semula Takaful akan cover

thanks
mohd fahmi Ismail said...
salam...

saya nak tanya..isteri saya baru keguguran baru-baru ini..dia keja kerajaan dan ambil skim bsn pru...

cuci janin di hospital kerajaan..jadi adakah bsn pru cover dari keguguran nie...saya kurang jelas....
akok is a person not a kuih said...
Salam,

Pru BSN Takaful TAK COVER jika berlaku keguguran janin nie jika menggunakan medikal kad. Jika isteri ader mengambil Takaful puteri plus atau isteri ambik baby care, Pihak Takaful akan bayar pampasan. sila baca di link nie:

1. http://akupenjualinsurans.blogspot.com/p/mask-rider-black-rider-prubsn-takaful.html

2.http://akupenjualinsurans.blogspot.com/p/prubsn-smartlink-baru-hadiahkan-untuk.html

thanks
Anonymous said...
salam,

saya ada pertanyaan bg pru my child, jika setelah lahir anak menghidap penyakit jantung berlubang (ASD) adakah cover untuk kos operation? rawatan hospital apa yang cover? jumlah coverage?
akok is a person not a kuih said...
wa'alaikumussalam.

terima kasih kerna sudi bertanya.

Jika anak menghidap ASD sejak lahir, puan boleh claim pampasan konginental illness sebanyak RM25,000. Medikal kad ader dalam pru my child, akan tetapi tempoh bertenanh aderlah 120 hari selepas bayi itu berusia 15 hari. kiranyan selepas 135 hari selepas bayi dilahirkan boleh guna medikal kad.

memandangkan Pru My Child ader menawarkan pampasan konginental illness (ASD) nie, puan boleh membayar kos operasi dengan gunakan manfaat ini semasa medikal kad mengalami tempoh bertenang.

Jika ingin claim, perlu lah medikal report dari dr yg merawat.

Mohon email puan agar senang saya nak hantar summary infor mengenai pru my child

thx
canteq said...
This comment has been removed by the author.
canteq said...
kalau kita declare penyakit sedia ada waktu nak apply untuk insurans tu, prubsn akan cover tak untuk next treatment bg penyakit tu?
saya refer utk kes 1 kt atas tu :
"
1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa."
akok is a person not a kuih said...
hi canteq

terima kasih kerna bertanya.

Jika kita declare exisitng illness pada Takaful atau insurans, Takaful x kan cover treatment penyakit sedia ader.

better declare (eventhough Takaful x cover pre existing illness), untuk elak dari kesukaran tuntutan yg lain.

thx:)
canteq said...
This comment has been removed by the author.
canteq said...
Oo ok tqsm miss akok sbb sudi reply... tapi kan nk ty lagi. Camana pihak insurans leh dapat tahu yg penyakit tu kita dapat sebelum apply insurans lagi.. sedangkan kita xde declare dalam form? Diorang check data kita kat setiap hospital ke macamana? hope sudi jawab... Tq


suka dpt agent yg jujur and x selindung2 camni.. gud job. Tgh survey pasal insurans skang ni sbb masih xtau nk amik insurans sykt mana
akok is a person not a kuih said...
hi canteq,

sorry baru reply. Saya 2@3 hari nie di luar kawasan jap..

Q:Camana pihak insurans leh dapat tahu yg penyakit tu kita dapat sebelum apply insurans lagi.. sedangkan kita xde declare dalam form? Diorang check data kita kat setiap hospital ke macamana?

A: Setiap pihak insurans/takaful ader private investigator mereka sendiri. PI nie akan ke setiap hospital gomen , private hospital baik panel or none panel hospital. Mereka akan cuna korek sedalam2 nya database medical record kita. Normally PI nie ader contact dalam spital. Cepat jugaklah mereka menyiasat dan dapat maklumat. Sebab tue, walaupun kita pernah sakit n x declare,pihak PI dapat korek data medical record dengan Jayanya.
canteq said...
okie.. tq cik akok utk pencerahan
akok is a person not a kuih said...
Sama2. happy to help :). Good luck dalam mencari Insurans/Takaful... yg sessuuuaaaiiii.. hehehehehhe...

Kalu ader sebarang soklan lagi.. tanyer jer... saya sedia menjawab :)
akok is a person not a kuih said...
salam canteq:

since u still searching insurans/takaful yg sessuaaai.. saya nak beri tips. moga ia manfaat:-

1. Semakan ranking dan sales chart company takaful tu.
2. Proof of successful claims di bawah portfolio agent yang approach kau orang
3. Manual check. call sendiri beberapa hospital swasta, dan tanya bahagian Insurance/Takaful, syarikat takaful mana yang steady, mudah urus, tak banyak songeh. Hospital selalunya tak menipu. Diorang akan beritahu mana yang ok.
4. Jangan jump off cepat sangat dengan cheap product with expensive benefit. Ada sebab kenapa dia murah, dan ada sebab kenapa dia mahal. Probe technical question macam:
- Co takaful
- Guaranteed renewal status
- Segregation on coverage portion
5. Agent. Instinct ko cakap ok, go ahead dengan dia. Otherwise, cari orang lain.

Ok clear?

:)
Muhammed Halim Muhammed Juny said...
As salam...nak bertanya...saya sblm ni ada mengalami kemalangan pd lutut dan ada mmbuat operation di hospital gov...jika contoh saya ambil prubsn ni dan dah mmbyr selama 3 bln keatas dan tiba2 lutut saya mengalami mslh yg mmerlukan pembedahan segera...adakah prubsn ni akan cover kerana saya br mmbyr untuk 3 bulan...adakah ada tempoh matang untuk saya guna...mohon pencerahan
Anonymous said...
Saya nak tanya. Saya telah mengambil ins prubsn nov.2011.. dan baru2 ni saya disahkan mengidap kanser. Saya telah membuat rwtn di hosp gov. Memandangkan sy perlu menjalani Pet scan saya ingin menjalankan di klinik swasta, memandangkan long que di hosp gov. Blhkan prosedure ni dijalankan dgn mengemukakan medical card?
Dan adakan saya blh membuat tuntutan utk penyakit kritikal yg saya alami itu. Tq
akok is a person not a kuih said...
Salam Anonymous....

Nasihat saya:-

1. Anonymous boleh claim rawatan d hospital government dengan cara reimbursement (bayar dulu kemudian claim). Untuk claim reimbursement nie dokument yg perlu ada
a) medikal report
b) bill rawatan yg asli
c) form claim PruBSN Takaful

2. Memandangkan perlu menjalani pet scan di klinik swasta , puan boleh claim tapi dengan cara reimbursement juga (pay n claim). Medikal kad boleh dipakai sekiranya warded dihospital panel sahaja. Untuk klinik swasta nie puan boleh claim dengan cara reimbursement. Puan x perlu bimbang. Ader 2 situasi yg puan kena alert untuk buat claim nie

situasi 1
jika jumlah kos rawatan pet scan kurang dari RM500, puan hanya perlu serta kan resit yg asli disertakan nota diagnosis dr (diagnosis sakit kanser tue). Ini kerna pihak takaful nak tgk kesamaan rawatan di hospital government dan klinik swasta. Maksud saya rawatan pet scan tue dibuat kerna penyakit kanser yg telah didiagnoisis oleh hospital gov.

situasi 2.
jika rawatan pet scan melebihi RM500, puan perlu serta kan borang attending physician form dari pihak prubsn takaful yg mana form tue boleh didapati di cawangan terdekat prubsn takaful. Kalau raser susah saya boleh email form tue. mohon email puan

untuk jawapan tuntutan penyakit kritikal itu, puan boleh memohon tuntutan pampasan penyakit kritikal. Pihak takaful perlu medikal report dari pihak dr yg merawat sakit puan. Apa yg saya tahu, a long as the virus is malignant, pihak takaful akan kuarkan bayaran pampasan tersebut

saya doakan kan agar puan cepat sembuh dan segala urusan puan dipermudahkan. Amin.

Moga saya menjawab soklan puan

t. kasih
Anonymous said...
Assalamualaikum..saya ada ambil PruBSN Takaful(medical card) untuk anak saya 3 tahun lepas. kalau anak saya dishakan menghidap kanser adakah insurans akan cover? Suami saya meninggal disebabkan oleh kanser. Adakah pihak insurans akan anggap penyakit kanser anak saya itu adalah penyakit keturunan dan tak boleh claim?
akok is a person not a kuih said...
Wa'alaikummussalam,
Q: saya ada ambil PruBSN Takaful(medical card) untuk anak saya 3 tahun lepas. kalau anak saya dishakan menghidap kanser adakah insurans akan cover?

A: Jika kanser didiagnose selepas 3 tahun mencarum Takaful, YA.. Takaful akan cover. Puan boleh buat tuntutan pampasan penyakit kritikal (as long as virus is malignant)

Q: Suami saya meninggal disebabkan oleh kanser. Adakah pihak insurans akan anggap penyakit kanser anak saya itu adalah penyakit keturunan dan tak boleh claim?

A: Ader faktor genetik disitu. Akan tetapi ade tak puan declare di borang permohonan yg suami puan didiagnose kanser sebelum mencarum Takaful anak dahulu? Jika puan ader declare dulu, Pihak Takaful boleh COVER. Jika sakit kanser suami puan didiagnose selepas 3 tahun anak puan mencarum pun Pihak Takaful Cover. Kiranya Puan boleh buat claim.

Jika puan x declare suami ader kanser ketika ambik Takaful untuk anak, maka pihak puan x boleh claim dgn pihak Takaful (untuk tuntutan penyakit kanser sahaja).

harap jawapan saya nie jelas. Saya doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan Puan dan agar anak cepat sembuh. Amin
Anonymous said...
Assalamualaikum..

Saya ingin tahu adakah syarikat cover claim TPD sekiranya saya ada penyakit saraf sbb keturunan?

Utk makluman,ayah saya mempunyai symptom yg sama penyakit saya & tidak didiagnos oleh doctor telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Sekarang saya mc lebih daripada setahun..tidak mampu bekerja.
akok is a person not a kuih said...
Salam,

1. Jika tuan declare pada pihak syarikat penyakit keturunan, kebiasaanya pihak syarikat takkan cover. Ia akan exclude TPD saray akibat penyakit keturunan

2. Jika tuan declare dan pihak syarikat tak exclude dan terima seadanya, maka tuan boleh claim TPD sakit saraf tue

Moga saya menjawab soklan tuan
Anonymous said...
Salam.saya berumur 27 tahun. Sy apply prudential (bkn takaful)dec 2013. Masalahnye saya xdeclare saya perokok sbb dlm proses nk stop pd masa tu. Start january saya totally stop smoking. In case after 1 year saya warded sbb sakit kritikal atau cuna dmam , prudential akan cover x? Skarang tgh risau pulak sbb byk kes xblh claim.
And kes no 2 saya juga pernah amik mc di klinik biasa beberapa kali sbb masalah sakit tulang belakang. Pernah jmpa klinik psakit luar di hkl tntang sakit tulang belakang. Tapi tiada rawatan susulan. Cuma stakat jmpa doc, ubat, n balik. Dan ini pun saya xdeclare. Adakah 1 day saya sakit prudential cover? Terima kasih kerana baca n harap cik dapat reply.thanks..
akok is a person not a kuih said...
Salam,

terima kasih kerna sudi bertanya.

1. Saya nasihatkan encik buat surat ke prudential untuk pemberitahuan bahawa pada tahun 2007, encik adalah seorang perokok. Disitu encik kena nyatakan berapa batang sehari. dan juga declare pada bulan January encik bukan lagi seorang perokok. Saya sarankan sesangat encik tulis surat pemberitahuan ini. Tulis email pun takper. Nanti emailkan kepada:

customer.mys@prudential.com.my

memang benar, penyakit kritikal yg melibatkan jantung atau paru2, jika disabitkan kerna asap rokok, kemungkinan besar susah nak claim papasan penyakit kritikal.

2. Memandangkan encik pernah pergi ke HKL untuk pemeriksaan, saya sarankan juga encik declare pada pihak prudential. Just nyatakan yg encik hanya pergi klinik sebagai pesakit luar dan tiader rawatan susulan. kemungkinan pihak prudential akan kuarkan kajiselidik mengenai sakit tulang belakang.

email pada pihak prudential pun is ok. Nanti cc pada agent encik. At least, agent encik tahu citer nie n senang nak berurusan pada masa hadapan

moga saya menjawab soklan encik
akok is a person not a kuih said...
jika tak declare tak kisah sakit apa... claim susah nak buat. Prudential takkan cover. Ini kerna prudential ader private investigation mereka sendiri. Semua medikal record dierorg boleh akses.
Anonymous said...
Salam, nak tanya. Jika kita ke hospital untuk check sakit n dr suggest untuk buat pemeriksaan lanjut dan perlu stay kat ward selama sehari untuk tujuan pemeriksaan, adakah akan dicover? Tq.
akok is a person not a kuih said...
Hi Anonymous

Terima kasih ker sudi bertanya:

Saya boleh beri beberapa situasi berdasarkan soalan yg u tanya nih:

1. Jika pi spital untuk check up biasa n dr suruh admitted just for check up - MEDICAL CARD TAK COVER

2. Jika pi spital untuk check up sakit n dr suspect ader benda n suruh admitted for further investigation - MEDICAL CARD COVER. Normally jika benda asing dalam badan kita is suspicious or just nak ambik sample for further investigation, dr recommend guna Endoscopy: . Akan tetapi subject to medical report. What means by subject to medical report that if
a)the penyakit exist before ambik Takaful MEDICAL CARD X COVER,
b) medical card still under tempoh bertenang -medical card tak cover n can not reimbursement claim
3. Jika kita datang jumpa Dr n admitted for check up sakit kita as routine procedure, MEDICAL CARD X COVER. The following days Dr calls for further investigation untuk ambik blood test without admitted N of course medical card tak cover. The following days Dr call lagi untuk dtg Hospital n dr find out he or she diagnose kanser then he/she need to admitted for chemo or operation.. MEDICAL CARD COVER.

Ok , for first visit n second visit to hospital for check up tue, You can claim under reimbursement claim. we call Pre-hospitalization claim.

Monday, June 16, 2014

Edisi pesanan: Takaful baby

Memang mana mana syarikat Takaful (Medikal kad) tak akan cover penyakit sedia ada...

cadangan saya ... ambik aje dulu medikal untuk baby tu ... sebab yg kita risau bukan bronchitis saja ... banyak lagi kuman yg boleh serang dia ... kalau dah lima tahun jadi client then tak kena bronchitis tu ... boleh tulis surat pada PruBSN utk buang exlusion tu.

Edisi soalan: 1. Takaful mana yg terbaik? 2. Apsal Takaful awak mahal? 3. Saya tengah compare-compare lagi...

Sepanjang saya jadi ejen Takaful, saya banyak diajukan soalan seperti:

A) 'Takaful brand mana lagi bagus'
B) 'Kenapa takaful brand ni lagi murah dari ko punya?
C) 'Saya tengah compare compare lagi ni'.

Saya jawabkan sini supaya mudah menjadi rujukan pada non-Takafulist untuk membuat keputusan.

1. Mana mana brand yang namanya Takaful adalah baik.

2. Mana brand lagi baik? Kalau saya jawab bias jadinya, sebab saya mewakili salah satu dari beberapa brand yang ada.

3. Sepanjang saya menguruskan Takaful dari tahun 2010, sudah hampir 50++ klem yang saya kendalikan (walaupun setengah org raserkan sedikit tapi bagi saya sesuailah juga untuk berkongsi Ilmu). Dari ratusan ringgit, hinggalah ribu ringgit. Jika dikumpul, pasti nilainya sudah mencecah ribuan.

4. Alhamdulillah 100% dari keseluruhan klem diselesaikan dan di honor oleh Takaful seperti yg dijanjikan. 

Apa yang saya nak sampaikan kepada semua Non-Takafulist sekalian, jawapan yang saya ada semuanya berdasarkan statistik peribadi saya sendiri sebagai seorang pengendali Takaful. Saya tidak tahu syarikat brand lain bagaimana, atau ajen lain bagaimana, saya tidak ada jawapan mutlak untuk soalan soalan perbandingan sebegitu.

Jadi, kalau bersoal dengan saya, tak perlu tanyakan takaful syarikat lain macam mana, sebab saya tak mahir.

Juga saya tidak suka menjawab soalan sebegitu sebab saya tidak suka Sales Pitching untuk membela Takaful saya.

Tuesday, June 10, 2014

Mari belajar Takaful

Salam Selasa,

Hari nie kita nak educate korang pasal Takaful. Biler sebut Takaful atau insurans, semua org tahu. Bukan tahu konsep nyer just tahu takaful tue insurans dan insurans tue perlindungan nyawa atau perubatan. Tue jer. Ok .. Jika mana2 ejen approach korang, tak kisahlah cam mana dier approach korang. Kekadang cara surpriseeeee, buat direct approach kekadang tue call.. Atau email jer. Atau whats app jer atau we chat jer.. Tak kisahlah cam ner ejen tue approach korang, sekurang kurangnya biler ejen tue approach n citer pasal takaful atau insurans korang tak blur atau mulut tue ternganga.

Mana2 takaful atau insurans nie offer benda yg sama jer. Yaitu pampasan perlindungan, medikal kad tolong bayarkan kos rawatan korang sambil korang lepak kat spital, saving atau investment dan manfaat tambahan yg lain seperti contributor yaitu kalu diagnose sakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh, takaful atau insurans korang akan free, elaun mingguan atau tahunan. Saya jamin walaupun korang dah ader takaful atau insurans, korang still blur dan tak tahu beraper value takaful atau insurans korang. Cer check balik polisi korang semua. At least korang tak dijangkiti atau menghidap sawan dikemudian hari.

Ok, apa yang korang perlu tahu biler sebut takaful atau insurans aderlah:-

1. Medikal kad atau perlindungan perubatan atau kad perubatan
Setiap takaful operator offer benda yg sama tapi apa yg bezanya aderlah ciri2 atau value kad tersebut. Korang perlu tahu keutamaan korang apa. Panduan memilih medikal kad atau kad perubatan:-

a. Kekerapan Lawatan doktor
Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. Kebanyakan doakan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama utk penyakit kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor sehari, maka anda perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau product disclosure. Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.

b. Co-Insurance @ Co-Takaful
Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar co-insurance/co-takaful. Mungkin mahal sedikit tapi sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. Kalau mahal pun dlm RM20-30 sahaja.

c. Claim Senang @ Tidak
Anda boleh selidik sendiri dgn orang hospital @ admission counter. Selalunya diorang akan tau. Kalau tanya agent semua kata cepat.

d. Agent
Saya selalunya tak suka agent yg cakap semua indah. Dalam syurga je semua indah. Cari agent yg betul2 boleh educate anda. Apa pro dan kontra produk tu. Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan dgn keperluan anda.

e. Harga
Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how much you pay but what VALUE you get from it. Kadang2 bayar murah tapi rupanya feature kurang. Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.

f. First Party atau Third Party?
Ini SANGAT PENTING. 
First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card dia. 
Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk mengendalikan medical insurance. MCO iaitu Managed Care Organization @ Third Party Medical Card Provider. Cthnya seperti MediJaring, PMCare dan AsiaAssist, MiCares.

Macamana nak tahu? Tengok medical card anda... kalau ada logo selain daripada logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Kenapa third party leceh? Sebab nanti bila nak claim jadi macam main ping pong.

g. Investment-Linked vs Traditional
Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma bezanya, kalau ada masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda boleh jadi kan), maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan outstanding payment. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi polisi in-force. 

h. Baca Quotation dan Polisi
Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau kurang faham, minta tolong agent explain. Kalau mata agent tu sambil cerita sambil terkebil2 ke tak nak pandang anak mata anda ke, call syarikat insurans tu terus, abis cerita.

Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2 fahamkan. Bank negara punya requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off period... di mana anda boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan keperluan anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel. 

Malas baca? Patutnya agent terangkan satu persatu? Agent juga manusia biasa...kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan anda sendiri, elok lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya anda tahu hak anda, apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)

On top of Medikal kad atau kad perubatan, Takaful atau insurans juga offer manfaat yang lain. Setengah orang dier x ambik pusing pun pasal manfaat nih pasal biler dier dah mati, waris yg akan dapat hasil. Macam rugi jer. Hello sedara. Anak bini nak makan apa? Ya tahu.. sedara mara ader dan akan menolong. Tapi.. sampai biler??????? Cuba baca artikel saya mengenai perbualan lelaki cina dengan blogger.  Manfaat-manfaat itu adalah:-

2. Pampasan kematian
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Ader jugak Takaful operator offer Khairat Kematian paling min RM2,000 hingga RM10,000. Kalu korang nak, kena tanya ejen untuk masukkan dalam premium. Khairat kematian normally akan dapat within 24 hours untuk diberi kepada keluarga untuk perbelanjaan pengurusan jenazah. Itupun kena make sure lengkap dokumen. Normally untuk claim khairat kematian cukuplah sekadar death certificate.
3. Pampasan penyakit kritikal
  • FYI, Bank Negara Malaysia sebenarnya offer 44 jenis penyakit kritikal. Tapi pihak takaful just ambik 36 sahaja penyakit kritikal. Semuanya berdasarkan keutamaan pihak Syarikat Takaful itu sendiri.
  • Ramai yang ingat biler di diagnose sakit kritikal terus boleh claim. Sebenarnya TIDAK. Pihak Takaful atau insurans and terma dan syarat biler boleh buat tuntutan. Sebagai contoh penyakit kanser. Untuk claim penyakit kanser, kena pastikan virus kanser sudah malignant. Jika kanser masih diperingkat awal yg maner virus masih pasif, tuntutan tak boleh dibuat. Melainkan client itu ader mencarum takaful atau insurans Wanita. Jika mencarum Takaful atau insurans wanita, kanser diperingkat awal boleh buat claim. 
  • Untuk details pasal penyakit kritikal nih akan saya tuleh di kemudian hari. Panjang citernya
4. Pampasan kemalangan
  • Death Accident : Jika meninggal akibat kemalangan maka waris akan dapat dua tuntutan atau pampasan yaitu pampasan death accident dan pampasan kematian.
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
5. Cacat kekal Menyeluruh
  • Maksud cacat kekal nie yg mana korang tak boleh uruskan diri sendiri. Tak boleh bekerja. Kena ader org lain yg tolong jaga.
  • Cacat kekal nie ader jadual % sendiri. Korang kena mintak jadual % tuntutan cacat kekal nih
Contoh Jadual kecacatan:
  • Tuntutan cacat kekal juga boleg dibuat sekiranya akibat dari penyakit kritikal. Normally boleh dituntut sebelum umur 65 tahun
  • Korang kena tahu dan aware bile tuntutan cacat kekal nie matang. Normally Syarikat Takaful buat sebelum umur 70 tahun. Jika berlaku selepas 70 tahun, claim tak dapat dibuat.


Friday, June 6, 2014

Takaful berkelompok (group) VS Takaful per individu

Salam Jumaat,

Sambil dok dengar tok khatib baca khutbah, sambil taip citer pasal Takaful.  Ok.. hari nie nak citer pasal Group Takaful vs individual Takaful. Ramai yg tanya pada saya pasal hal nih. Nak cakap ok ader yg tak ok nyer. Nie sebagai panduan jer nak tengok kecerahan group takaful dan individual takaful. So korang baca n nilai sendiri K. Panduan nie berdasarkan pengalaman saya dah hasil perlibatan saya dalam dunia Takaful. Sebelum korang sambung baca belog nie, sedikit penerangan mengenai group Takaful vs Individual takaful. Apa yg saya nak jelas kan disini bahawa group takaful dan individual takaful tertakluk untuk personal takaful. Dan Group Takaful vs Individual Takaful nie hanyalah untuk medikal kad sahaja (Takaful perubatan). Group Takaful (Takaful berkelompok nie hanya offer utk medikal kad sahaja).

1. Bajet (Ka-chinggggg) $$$$$$$$$$$
Saya sendiri akui harga group Takaful nie memang cukup murah berbanding dengan individual Takaful. Dengan harga RM200, korang dah dapat cover untuk 4 anggota keluarga berbanding dengan sorang jer. Ader sebab kenapa ia murah dan ader sebab kenapa ia mahal. Ia murah kerna Had tahunan taklah banyak mana. Contoh coverage annual limit hanya RM90,000. RM90,000 tue pulak cover untuk 4 orang. So, 4 anggota keluarga tue boleh pakai RM90K setahun. Macam sorang hanya boleh pakai RM23K sahaja. Berbanding dengan individual RM90K tue hanya milik dier sorang jer. Sebab tue mahal sedikit.

2. Contributor (FREEEEEEE)
Apa ker benda nih? Haaaa kalu nak tahu kalu ader nama nie baik ambik. Nie kerna jika terjadi pada korang disebabkan oleh didiagnose salah satu penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh (Total permanent Disability) maka Takaful korang akan FREE sehingga tempoh matang atau meninggal (yang mana lebih dahulu). Group Takaful tak apply yg nih. Normally contributor offer di individual Takaful. 

3. Ko-Takaful vs Non Ko-Takaful
Ok.. Group Takaful ader provide Ko-Takaful. Tapi ader terms n conditions nya. Normally group Takaful akan offer FREE ko-Takaful berdasarkan limit kos rawatan hospital. Contoh: Ko-Takaful akan FREE sehingga kos rawatan RM50K. Jika mencecah lebih dari itu, maka client kena bayar ko-Takaful. Untuk individual Takaful ader Takaful operator menawarkan Ko-Takaful dan ader offer fully coverage. Ko-Takaful untuk individual Takaful tue tertakluk pada polisi syarikat Takaful itu sendiri.

4. Term Takaful Vs Investment Takaful
Group Takaful tak offer saving. Ia macam Insurans keta. Bayar..bayar...bayar.. kalu x jadi apa2, duit yg kita bayar tue burn gitu jer.. Kalu individual Takaful, tak gitu. Kalu kita x pernah claim sepanjang hayat kita, duit tue masih ader dan dikira sebagai saving. Kita akan dapat balik pulangan kita setelah ditolak dengan charges.

5. Yearly Guarantee vs Guarantee Renewal Guarantee
Saya ader citer serba sedikit dalam artikel saya Aku dah ader polisi. Cer tengok balik n baca. Oklah.. saya tulis balik. yearly renew (yearly kena buat medikal check up) atau x yah yearly renew ? (guarantee renewal). Cer tanya agent korang. Jeng.. jeng... jeng... Kalu Yearly renewal, korang kena buat medical check up. Jika maser buat tue ader diagnose penyakit, maka medikal kad takkan cover penyakit tuh. Jika guarantee renewal pulak, tak perlu buat medical check up tiap tahun. Jika ader penyakit dalam maser pegang medikal kad tuh, Medikal kad akan cover penyakit tuh. Kiranyanya tolong bayarkan. So tak yah pening kepala K.

6. Elaun poket (Upah masuk spital)
Ya.. diakui setiap Takaful operator offer elaun poket atau dikenali sebagai upah masuk spital. Akan tetapi cer tengok balik. Dapat elaun tue jika masuk spital mana. Ader Takaful operator just offer elaun spital jika masuk spital gomen sahaja.. ader yg cover semua spital.. tak kisah masuk spital gomen ker, non panel spital ker atau panel hospital.

ok.. takat nie 6 jer aku boleh bagi kat korang.. kalu terasa ader lagi.. lain hari aku tambah. aku lapar nak makan nasik.. byeeeeeeeeee

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...