Salam Khamis buat semua,
Sepanjang 4 tahun jadi Takaful agent, saya bersyukur kerna dapat mentakafulkan hidayah lebih dari 50 orang client di sekitar lembah kelang n kota bharu. Alhamdulillah. Sudah sampai seru mereka ditakafulkan. Korang semua biler lagi? Ok.. Alhamdulillah buat korang di luar saner yg dah ader Takaful. Sesaper yg teringin atau ader niat tuh, jangan tunggu lelamer. Moh cepat-cepat kita bertakaful.
Sepanjang saya mencari prospek akak client, banyak feedback yg saya dapat saya dah ader polisi, saya dah ader medikal kad. Saya dah ader 2 polisi. Saya dah kak tak perlu nak tambah lagi. Saya baru jer upgrade polisi saya. Saya baru jer upgrade medikal kad saya. Alhamdulillah. Baguih lah cam tue. Lepas tue.. Buku polisi tue ader baca tak? Kalu saya buat kajian dari 20 orang, mesti yg jawab nya kurang dari 5. Kiranya 5/20 yg akan jawab baca buku polisi. Yg org suka baca buku polisi nie kebiasaan nya org yg jenis analytikal thinking atau sikap yg bebentuk financil risk. Wokeh... yg selebihnya mengharapkan pertolongan dan ilmu dari agent agent yg tersayang. Yerlah.. boleh kalu nak mengharap pada agent. Biler lagi agent nak buat keje. Tapi kan dik, eloklah sesangat kalu buku polisi dibuat seperti novel cinta. Baca dier, sayang dier daru kulit ke kulit .. baru paham tersurat dan tersirat mengenai polisi.
Sesaper dah ader polisi tue toooooolonglah tengok balik. Reviewlah balik. Ya, sebenarnya tugas agent jumpa client n review balik. Dari situ, mereka akan nasihatkan apa yg perlu diupgrade. Kekadang tak terjumpa client dgn agentnya. Almaklumlah sesamer sibuk. Takperlah kalu agent korang sibuk. Boleh tanya saya. Macamlah saya pun tak sibuk. Ya,, sibuk menaip belog untuk educate korang pasal Takaful.
Paling penting saya nak sentuh ader lah pampasan kematian, pampasan penyakit kritikal dan medikal kad. Cer tengok pampasan kematian berapa? Rata2 mesti RM 20K sahaja kan. Kalau berlaku kematian atau cacat kekal, dapat income RM20K sahajalah kan. Ok plus cash value. Tapi banyak maner jer... hmmm mesti ciput jer kan.. Rules of thumb.. untuk tambahkan pampasan kematian ke RM100,000 hanya perlu tambah RM50 sahaja. Ini untuk Pampasan kematian, penyakit kritikal dan cacat kekal menyeluruh. Bayangkan kalu ader RM20K jer.. apa yg akan tinggal. Dengan ditolak dengan hutang bagai dan perbelanjaan, mesti tinggal sikit jer nak buat perbelanjaan akan datang. Kalu banyak mancam RM100K, dah boleh buat modal bukak kedai online. Kan ader hasil nanti. Kalau cacat lumpuh menyeluruh at least duit RM100K untuk income untuk teruskan idup. Begitu juga jika didiagnose penyakit kritikal.. dengan RM100K tue dah boleh buat perubat cara alternative seperti perubatan cara Islam, Cara Cina ker... Kos rawatan tue medikal kad tolong bayarkan dah. Pampasan penyakit kritikal nie extra income (dapat pampasan). Kan best macam tuh. Ader peace of mind.
Medikal kad pulak saya nasihatkan, tolong tengok balik terms n conditions nya. Jangan naik sawan dikemudian hari sudah. Biler client naik sawan.. berjangkit dengan agentnya sekali naik sawan. Biler dah kena sawan antara sama lain.. kan susah nak buat claim. Ok.. apa yg perlu korang tengok balik polisi tue:
1. PENGECUALIAN
Tempoh bertenang dah capai tempohnya ker tak lagi. Normally kalu dah lebih 120 hari tue, dah boleh lega. Kerna dah boleh claim
2. KO -TAKAFUL
Setiap takaful operator akan mention ko takaful yg berlainan. Takaful A kata hanya kena bayar min RM300 sahaja. Takaful B kata min RM 200 sahaja. Takaful C kata saya waive ko-takaful sehingga RM22,000 sahaja. kalu kos rawatan lebih tue, kena bayarlah Ko-takaful. Cer tengok balik.
3. PENYAKIT TAK COVER
Tak semua penyakit Takaful cover. Contoh AIDS, Kongenintal illness, Maternity Illness dan komplikasi, Luka atau cedera akibat masuk riot.., medikal check up, pembedahan plastik, lasik etc. Dalam buku polisi ader mention bab nie dekat muka surat belakang sekali. Cer baca balik.
4. RENEWAL GUARANTEE
Hahhhhh.. yg nie penting jugak. Cuba tanya balik.. kad nie kena yearly renew (yearly kena buat medikal check up) atau x yah yearly renew ? (guarantee renwal).
5. Medikal kad jenis cash less atau cashless
Spelling yang sama tapi maksud yg berbeza. Cash less yg mana medikal kad tue ader yg dibayar melalui medikal kad dan ader yg perlu reimbursement. Cashless yg mana 100% boleh pakai atau dibayar guna medikal kad tanpa melibatkan tunai.
Ok.. sampai sini dulu bebelan buat kali nie. Dah sebulan tak menulis.. lamer gillerrr.. ok jumpa lagi. Chowwww
No comments:
Post a Comment