Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, June 10, 2014

Mari belajar Takaful

Salam Selasa,

Hari nie kita nak educate korang pasal Takaful. Biler sebut Takaful atau insurans, semua org tahu. Bukan tahu konsep nyer just tahu takaful tue insurans dan insurans tue perlindungan nyawa atau perubatan. Tue jer. Ok .. Jika mana2 ejen approach korang, tak kisahlah cam mana dier approach korang. Kekadang cara surpriseeeee, buat direct approach kekadang tue call.. Atau email jer. Atau whats app jer atau we chat jer.. Tak kisahlah cam ner ejen tue approach korang, sekurang kurangnya biler ejen tue approach n citer pasal takaful atau insurans korang tak blur atau mulut tue ternganga.

Mana2 takaful atau insurans nie offer benda yg sama jer. Yaitu pampasan perlindungan, medikal kad tolong bayarkan kos rawatan korang sambil korang lepak kat spital, saving atau investment dan manfaat tambahan yg lain seperti contributor yaitu kalu diagnose sakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh, takaful atau insurans korang akan free, elaun mingguan atau tahunan. Saya jamin walaupun korang dah ader takaful atau insurans, korang still blur dan tak tahu beraper value takaful atau insurans korang. Cer check balik polisi korang semua. At least korang tak dijangkiti atau menghidap sawan dikemudian hari.

Ok, apa yang korang perlu tahu biler sebut takaful atau insurans aderlah:-

1. Medikal kad atau perlindungan perubatan atau kad perubatan
Setiap takaful operator offer benda yg sama tapi apa yg bezanya aderlah ciri2 atau value kad tersebut. Korang perlu tahu keutamaan korang apa. Panduan memilih medikal kad atau kad perubatan:-

a. Kekerapan Lawatan doktor
Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. Kebanyakan doakan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama utk penyakit kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor sehari, maka anda perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau product disclosure. Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.

b. Co-Insurance @ Co-Takaful
Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar co-insurance/co-takaful. Mungkin mahal sedikit tapi sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. Kalau mahal pun dlm RM20-30 sahaja.

c. Claim Senang @ Tidak
Anda boleh selidik sendiri dgn orang hospital @ admission counter. Selalunya diorang akan tau. Kalau tanya agent semua kata cepat.

d. Agent
Saya selalunya tak suka agent yg cakap semua indah. Dalam syurga je semua indah. Cari agent yg betul2 boleh educate anda. Apa pro dan kontra produk tu. Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan dgn keperluan anda.

e. Harga
Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how much you pay but what VALUE you get from it. Kadang2 bayar murah tapi rupanya feature kurang. Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.

f. First Party atau Third Party?
Ini SANGAT PENTING. 
First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card dia. 
Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk mengendalikan medical insurance. MCO iaitu Managed Care Organization @ Third Party Medical Card Provider. Cthnya seperti MediJaring, PMCare dan AsiaAssist, MiCares.

Macamana nak tahu? Tengok medical card anda... kalau ada logo selain daripada logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Kenapa third party leceh? Sebab nanti bila nak claim jadi macam main ping pong.

g. Investment-Linked vs Traditional
Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma bezanya, kalau ada masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda boleh jadi kan), maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan outstanding payment. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi polisi in-force. 

h. Baca Quotation dan Polisi
Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau kurang faham, minta tolong agent explain. Kalau mata agent tu sambil cerita sambil terkebil2 ke tak nak pandang anak mata anda ke, call syarikat insurans tu terus, abis cerita.

Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2 fahamkan. Bank negara punya requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off period... di mana anda boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan keperluan anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel. 

Malas baca? Patutnya agent terangkan satu persatu? Agent juga manusia biasa...kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan anda sendiri, elok lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya anda tahu hak anda, apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)

On top of Medikal kad atau kad perubatan, Takaful atau insurans juga offer manfaat yang lain. Setengah orang dier x ambik pusing pun pasal manfaat nih pasal biler dier dah mati, waris yg akan dapat hasil. Macam rugi jer. Hello sedara. Anak bini nak makan apa? Ya tahu.. sedara mara ader dan akan menolong. Tapi.. sampai biler??????? Cuba baca artikel saya mengenai perbualan lelaki cina dengan blogger.  Manfaat-manfaat itu adalah:-

2. Pampasan kematian
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Ader jugak Takaful operator offer Khairat Kematian paling min RM2,000 hingga RM10,000. Kalu korang nak, kena tanya ejen untuk masukkan dalam premium. Khairat kematian normally akan dapat within 24 hours untuk diberi kepada keluarga untuk perbelanjaan pengurusan jenazah. Itupun kena make sure lengkap dokumen. Normally untuk claim khairat kematian cukuplah sekadar death certificate.
3. Pampasan penyakit kritikal
  • FYI, Bank Negara Malaysia sebenarnya offer 44 jenis penyakit kritikal. Tapi pihak takaful just ambik 36 sahaja penyakit kritikal. Semuanya berdasarkan keutamaan pihak Syarikat Takaful itu sendiri.
  • Ramai yang ingat biler di diagnose sakit kritikal terus boleh claim. Sebenarnya TIDAK. Pihak Takaful atau insurans and terma dan syarat biler boleh buat tuntutan. Sebagai contoh penyakit kanser. Untuk claim penyakit kanser, kena pastikan virus kanser sudah malignant. Jika kanser masih diperingkat awal yg maner virus masih pasif, tuntutan tak boleh dibuat. Melainkan client itu ader mencarum takaful atau insurans Wanita. Jika mencarum Takaful atau insurans wanita, kanser diperingkat awal boleh buat claim. 
  • Untuk details pasal penyakit kritikal nih akan saya tuleh di kemudian hari. Panjang citernya
4. Pampasan kemalangan
  • Death Accident : Jika meninggal akibat kemalangan maka waris akan dapat dua tuntutan atau pampasan yaitu pampasan death accident dan pampasan kematian.
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
5. Cacat kekal Menyeluruh
  • Maksud cacat kekal nie yg mana korang tak boleh uruskan diri sendiri. Tak boleh bekerja. Kena ader org lain yg tolong jaga.
  • Cacat kekal nie ader jadual % sendiri. Korang kena mintak jadual % tuntutan cacat kekal nih
Contoh Jadual kecacatan:
  • Tuntutan cacat kekal juga boleg dibuat sekiranya akibat dari penyakit kritikal. Normally boleh dituntut sebelum umur 65 tahun
  • Korang kena tahu dan aware bile tuntutan cacat kekal nie matang. Normally Syarikat Takaful buat sebelum umur 70 tahun. Jika berlaku selepas 70 tahun, claim tak dapat dibuat.


3 comments:

Cik Misstree said...

As-Salam;

MBK, saya malas nak layan tiba2 dapat direct approach melalui call. Saya fikir syarikat insurans/takaful patut guna cara lain untuk buat direct approach dengan customer; syarikat insurans/takaful cari individu2 yang berpotensi menjadi pelanggan mereka. Moga MBK menjadi agen yang terbilang; saya suka MBK jelaskan kepentingan pemilihan agen yang baik dalam entri ini - agen yang dapat mendidik dan memberi maklumat yang tepat mengenai sesuatu polisi.

Anonymous said...

Puan, sy berminat dengan prubsn insurance. Boleh emel sy zatulrazak@gmail.com. TQ

akok is a person not a kuih said...

Salam,

Terima kasih tanyakan takaful. Mohon check email. Saya dah email