Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Monday, June 16, 2014

Edisi soalan: 1. Takaful mana yg terbaik? 2. Apsal Takaful awak mahal? 3. Saya tengah compare-compare lagi...

Sepanjang saya jadi ejen Takaful, saya banyak diajukan soalan seperti:

A) 'Takaful brand mana lagi bagus'
B) 'Kenapa takaful brand ni lagi murah dari ko punya?
C) 'Saya tengah compare compare lagi ni'.

Saya jawabkan sini supaya mudah menjadi rujukan pada non-Takafulist untuk membuat keputusan.

1. Mana mana brand yang namanya Takaful adalah baik.

2. Mana brand lagi baik? Kalau saya jawab bias jadinya, sebab saya mewakili salah satu dari beberapa brand yang ada.

3. Sepanjang saya menguruskan Takaful dari tahun 2010, sudah hampir 50++ klem yang saya kendalikan (walaupun setengah org raserkan sedikit tapi bagi saya sesuailah juga untuk berkongsi Ilmu). Dari ratusan ringgit, hinggalah ribu ringgit. Jika dikumpul, pasti nilainya sudah mencecah ribuan.

4. Alhamdulillah 100% dari keseluruhan klem diselesaikan dan di honor oleh Takaful seperti yg dijanjikan. 

Apa yang saya nak sampaikan kepada semua Non-Takafulist sekalian, jawapan yang saya ada semuanya berdasarkan statistik peribadi saya sendiri sebagai seorang pengendali Takaful. Saya tidak tahu syarikat brand lain bagaimana, atau ajen lain bagaimana, saya tidak ada jawapan mutlak untuk soalan soalan perbandingan sebegitu.

Jadi, kalau bersoal dengan saya, tak perlu tanyakan takaful syarikat lain macam mana, sebab saya tak mahir.

Juga saya tidak suka menjawab soalan sebegitu sebab saya tidak suka Sales Pitching untuk membela Takaful saya.

No comments: