Wednesday, June 4, 2014

rangkuman berita-berita menarik minggu lepas

Salam uols,

Dah lamer tak updates belog nih. Sebagai pemanas badan.. meh aku sorokkan citer minggu lepas... Sesaper raser tertinggal keta, keta api ker, basikal ker.. boleh baca berita ringkasan nie..

02/06/2014 ~ Isnin

Dalam Negara

1. Jerung kepanasan itulah berlaku kerana berkemungkinan Pegawai JPJ terbabit skandal G1M kegiatan lari cukai kereta import hasil siasatan SPRM.

2. JAIS semalam mengambil keterangan drpa wanita yg sijil lahir dan MyKad miliknya tertera Islam selepas dikesan mengahwini psgn bukan Islam mgikut upacara Hindu.

3. DAP salahkan pengundi punca tewas PRK Teluk Intan.

4. 600,001 kes penceraian didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negara sejak 2003 sehingga April 2014.

5. Malaysia memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti mencari warga Britian Gareth David Huntley yg hilang di Pulau Tioman selasa lepas.

6. Keadaan kesihatan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertambah positif apabila boleh duduk dan bercakap.

7. Sistem baru penjualan diesel,petrol subsidi mulai 1 September 2014.

8. Ibu Dyana Sofea terima kekalahan tanpa rasa kecewa dan masih ahli UMNO walaupun anaknya bertanding atas tiket DAP.

9. Peniaga sokong Ops Outlet bagi membasmi penjualan rokok yg tidak sah selepas ramai pengusaha restoran diheret dan dijatuhkan hukuman Mahkamah.

10. Satu jawatankuasa ditubuh bagi mengurangkan kes kemalangan,kehilangan kanak2 diatas kecuaian ibu bapa dan penjara 20 tahun.

11. Kerajaan setuju bina pagar keselamatan sepanjang 126 km di Sungai Golok bgi membanteras penyeludupan.

12. Raja Azmi dedahkan keceluparan persoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka punca dia terbuka hati utk berhijab.

13. Masyarakat kini harus tahu bezakan Ahli Sunnah Wal Jamaah yg sebenar demi mguatkan keutuhan umat Islam.

14. JPJ akan laksanakan apa saja keputusan sebuah bengkel mengenai hala tuju dan polisi baru berkait penggunaan cermin gelap di negara ini.

15. 2 sampel coklat Cadbury didakwa mengandungi DNA babi diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelakkan sebarang pencemaran sebelum diuji.

16. Rakyat boleh kemukakan idea utk Bajet 2015 yg akan dibentang Oktober nanti.

17. Kes rogol oleh 38 lelaki,suspek ke 15 berusia 17 thn ditahan polis.

18. Kes tembak ahli perniagaan di Temerloh,3 lelaki termasuk seorg Datuk dan seorg wanita ditahan polis.

19. Pasangan Malaysia ditahan di Sweden kerana mendera anak,Azizul dibebaskan Julai ini dan Shalwati pada September.

20. Minyak masak,tepung gandum kekurangan bekalan di Kedah sejak 20 Mei lalu.

21. 4 orang pencari permata tersesat di Dungun.

22. Bapa reda pemergiaan Nurul Emielda yg terjatuh di pusat membeli belah Mid Valley.

23. Lelaki tunjuk kemaluan kepada seorg wanita mati dibelasah di perhentian bas Seksyen 17 Shah Alam.

24. 10 ribu orang sertai program Pagi Bebas Kenderaan KL dgn kayuh basikal,berlari,kasut roda dan papan luncur sepanjang 7km semalam.

25. Kerajaan Terengganu akan pilih 5 pelajar lepasan sekolah agama dan imtiaz yg hafal 30 juzuk al-Quran ikuti pengajian aeroangkasa.

26. Seorg lagi mangsa culik di Pulau Baik Lahad Datu mungkin dibebaskan penculik tidak lama lagi jika rundingan berjalan lancar.

27. AirAsia tawar promosi Tempat Duduk Percuma bagi 2.5 juta tempat utk tempahan bagi tempoh perjalanan separuh pertama 2015.

28. Suspek lelaki sembelih sehingga mati kanak2 di Sg. Klang pernah dipenjara bersama bapa kanak2 tersebut di Penjara Kajang.

29. Seorg pemandu jengkaut mati dihempap belalai jentera berat di Kg Lanadan Apin2 Keningau.

30. Seorg lelaki ditahan kerana didakwa menghina dan pelekeh polis trafik sebagai anjing yg membersihkan serpihan kaca selepas kemalangan di Jalan Skudai,Johor Bahru.

31. JAKIM lapor polis terhadap tuduhan NGO melalui Facebook yg punyai niat jahat terutama cuba selamatkan syarikat Cadbury Malaysia.

32. Urus rumahtangga secara hikmah dgn sokongan suami isteri dpt hindar pasangan curang kata kaunsellor profesional Mohd Zuhdi Zakaria.

33. Bekas pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara ptg semalam.

34. Pahala bantu janda,orang miskin umpama berjihad.

35. 2 sahabat karib tertekan dan akui tidak terbabit insiden van penjenayah yg akibatkan kematian polis di Alor Pongsu-Selama.

Luar Negara

36. 2 maut akibat gelombang haba panas di Jepun manakala beratus2 lagi menerima rawatan di hospital.

37. Demonstrasi di Bangkok tidak menjadi,5700 polis serta tentera dikerah kawal keadaan.

38. 40 penyokong maut akibat letupan bom di timur laut Nigeria ketika perlawanan bola sepak.

39. 6 pertugas juruukur perhutanan diculik di Mindanao.

40. Seorg menteri kanan Afrika Selatan dibenarkan bercerai dgn isterinya oleh mahkamah dan dakwa disihir oleh isterinya.

41. Calon Presiden Indonesia Prabowo janji jadikan seluruh rakyat kaya kerana ramai hidup diparas kemiskinan.

42. NGO bina tandas di setiap rumah elak serangan seksual di Katra Shahadatganj.Statistik semasa di India satu kejadian rogol berlaku setiap 22 minit bagi kes yg dilaporkan sahaja.

Sukan

43. Perak akan bertemu Johor bagi aksi penentuan ibu segala pingat Sukma 2014 Perlis selepas bagkit utk menang 3-2 ke atas tuan rumah dan Johor pula menang tipis dengan Kedah 1-0.

44. KL memintas Terengganu sbgai pendahulu Sukma 2014 dgn 47 Emas,29 Perak,41 Gangsa manakala Terengganu 39 Emas,39 Perak,20 Gangsa.

45. Malaysia optimis mengikat Belgium dalam aksi kedua Hoki Piala Dunia.Aksi tersebut dapat disaksikan di saluran Astro 801,810 dan 831 pada jam 11:30 malam.Aksi lain kumpulan A :-
Australia lwn Sepanyol (7 ptg)
England lwn India (10 mlm)

46. Keputusan Hoki Piala Dunia Kumpulan B semalam :-
Jerman 4-0 Afrika Selatan
Belanda 3-1 Argentina
New Zealand 2-1 Korea Selatan.

47. Peminat Kelantan berang George Boateng tidak turunkan import kelahiran Ghana pada aksi dgn Felda United.

48. George Boateng pertahankan tidak turun Prince Tagoe kerana tidak cergas.

49. Pengendali Felda United isytihar perang anggap tiada pasukan pilihan pada aksi akhir Piala FA dengan Pahang bagi rebut kejuaraan.

50. Nasib penyerang Luis Suarez masih 50-50 walaupun terpilih senarai 23 pemain Uruguay.

51. Itali tempang kerana Montolivo patah kaki dan Aquilani cedera.

52. Keputusan MotoGP Grand Prix Itali
1.Marc Marquez-Honda
2. Jorge Lorenzo-Yamaha
3.Valentino Rossi-Yamaha

Ranking pelumba
1.Marquez 150 mata
2.Rossi 97 mata
3.Pedrosa 96 mata

53.Zulfahmi Khairuddin pula di tempat ke 11 bagi Moto3 dan Hafizh Syahrin di tempat ke 25 bagi Moto2.

54.Keputusan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa
USA 2-1 Turki
Jerman 2-2 Cameroon
Sweden 0-2 Belgium
Perancis 1-1 Paraguay
Honduras 2-4 Israel

55. Lagenda F1 Micheal Schumacher masih koma.

56. Liverpool beli penyerang England Rickie Lambert dari Southampton.

credit: http://theflyingkick.blogspot.com/2014/06/rangkuman-berita-berita-menarik.html

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...