Salam Jumaat,
Sambil dok dengar tok khatib baca khutbah, sambil taip citer pasal Takaful. Ok.. hari nie nak citer pasal Group Takaful vs individual Takaful. Ramai yg tanya pada saya pasal hal nih. Nak cakap ok ader yg tak ok nyer. Nie sebagai panduan jer nak tengok kecerahan group takaful dan individual takaful. So korang baca n nilai sendiri K. Panduan nie berdasarkan pengalaman saya dah hasil perlibatan saya dalam dunia Takaful. Sebelum korang sambung baca belog nie, sedikit penerangan mengenai group Takaful vs Individual takaful. Apa yg saya nak jelas kan disini bahawa group takaful dan individual takaful tertakluk untuk personal takaful. Dan Group Takaful vs Individual Takaful nie hanyalah untuk medikal kad sahaja (Takaful perubatan). Group Takaful (Takaful berkelompok nie hanya offer utk medikal kad sahaja).
1. Bajet (Ka-chinggggg) $$$$$$$$$$$
Saya sendiri akui harga group Takaful nie memang cukup murah berbanding dengan individual Takaful. Dengan harga RM200, korang dah dapat cover untuk 4 anggota keluarga berbanding dengan sorang jer. Ader sebab kenapa ia murah dan ader sebab kenapa ia mahal. Ia murah kerna Had tahunan taklah banyak mana. Contoh coverage annual limit hanya RM90,000. RM90,000 tue pulak cover untuk 4 orang. So, 4 anggota keluarga tue boleh pakai RM90K setahun. Macam sorang hanya boleh pakai RM23K sahaja. Berbanding dengan individual RM90K tue hanya milik dier sorang jer. Sebab tue mahal sedikit.
2. Contributor (FREEEEEEE)
Apa ker benda nih? Haaaa kalu nak tahu kalu ader nama nie baik ambik. Nie kerna jika terjadi pada korang disebabkan oleh didiagnose salah satu penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh (Total permanent Disability) maka Takaful korang akan FREE sehingga tempoh matang atau meninggal (yang mana lebih dahulu). Group Takaful tak apply yg nih. Normally contributor offer di individual Takaful.
3. Ko-Takaful vs Non Ko-Takaful
Ok.. Group Takaful ader provide Ko-Takaful. Tapi ader terms n conditions nya. Normally group Takaful akan offer FREE ko-Takaful berdasarkan limit kos rawatan hospital. Contoh: Ko-Takaful akan FREE sehingga kos rawatan RM50K. Jika mencecah lebih dari itu, maka client kena bayar ko-Takaful. Untuk individual Takaful ader Takaful operator menawarkan Ko-Takaful dan ader offer fully coverage. Ko-Takaful untuk individual Takaful tue tertakluk pada polisi syarikat Takaful itu sendiri.
4. Term Takaful Vs Investment Takaful
Group Takaful tak offer saving. Ia macam Insurans keta. Bayar..bayar...bayar.. kalu x jadi apa2, duit yg kita bayar tue burn gitu jer.. Kalu individual Takaful, tak gitu. Kalu kita x pernah claim sepanjang hayat kita, duit tue masih ader dan dikira sebagai saving. Kita akan dapat balik pulangan kita setelah ditolak dengan charges.
5. Yearly Guarantee vs Guarantee Renewal Guarantee
Saya ader citer serba sedikit dalam artikel saya Aku dah ader polisi. Cer tengok balik n baca. Oklah.. saya tulis balik. yearly renew (yearly kena buat medikal check up) atau x yah yearly renew ? (guarantee renewal). Cer tanya agent korang. Jeng.. jeng... jeng... Kalu Yearly renewal, korang kena buat medical check up. Jika maser buat tue ader diagnose penyakit, maka medikal kad takkan cover penyakit tuh. Jika guarantee renewal pulak, tak perlu buat medical check up tiap tahun. Jika ader penyakit dalam maser pegang medikal kad tuh, Medikal kad akan cover penyakit tuh. Kiranyanya tolong bayarkan. So tak yah pening kepala K.
6. Elaun poket (Upah masuk spital)
Ya.. diakui setiap Takaful operator offer elaun poket atau dikenali sebagai upah masuk spital. Akan tetapi cer tengok balik. Dapat elaun tue jika masuk spital mana. Ader Takaful operator just offer elaun spital jika masuk spital gomen sahaja.. ader yg cover semua spital.. tak kisah masuk spital gomen ker, non panel spital ker atau panel hospital.
ok.. takat nie 6 jer aku boleh bagi kat korang.. kalu terasa ader lagi.. lain hari aku tambah. aku lapar nak makan nasik.. byeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment