Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Thursday, June 19, 2014

Edisi soalan : FAQ about Takaful for Dummies

ajiem said...
kira buat pembedahan mata x boleh la ea?
akok is a person not a kuih said...
Salam ajiem,

Kalau pembedahan mata tue untuk kecantikan seperti lesik tak boleh. Kalau akibat kemalangan untuk pembetulan mata agar boleh melihat semula Takaful akan cover

thanks
mohd fahmi Ismail said...
salam...

saya nak tanya..isteri saya baru keguguran baru-baru ini..dia keja kerajaan dan ambil skim bsn pru...

cuci janin di hospital kerajaan..jadi adakah bsn pru cover dari keguguran nie...saya kurang jelas....
akok is a person not a kuih said...
Salam,

Pru BSN Takaful TAK COVER jika berlaku keguguran janin nie jika menggunakan medikal kad. Jika isteri ader mengambil Takaful puteri plus atau isteri ambik baby care, Pihak Takaful akan bayar pampasan. sila baca di link nie:

1. http://akupenjualinsurans.blogspot.com/p/mask-rider-black-rider-prubsn-takaful.html

2.http://akupenjualinsurans.blogspot.com/p/prubsn-smartlink-baru-hadiahkan-untuk.html

thanks
Anonymous said...
salam,

saya ada pertanyaan bg pru my child, jika setelah lahir anak menghidap penyakit jantung berlubang (ASD) adakah cover untuk kos operation? rawatan hospital apa yang cover? jumlah coverage?
akok is a person not a kuih said...
wa'alaikumussalam.

terima kasih kerna sudi bertanya.

Jika anak menghidap ASD sejak lahir, puan boleh claim pampasan konginental illness sebanyak RM25,000. Medikal kad ader dalam pru my child, akan tetapi tempoh bertenanh aderlah 120 hari selepas bayi itu berusia 15 hari. kiranyan selepas 135 hari selepas bayi dilahirkan boleh guna medikal kad.

memandangkan Pru My Child ader menawarkan pampasan konginental illness (ASD) nie, puan boleh membayar kos operasi dengan gunakan manfaat ini semasa medikal kad mengalami tempoh bertenang.

Jika ingin claim, perlu lah medikal report dari dr yg merawat.

Mohon email puan agar senang saya nak hantar summary infor mengenai pru my child

thx
canteq said...
This comment has been removed by the author.
canteq said...
kalau kita declare penyakit sedia ada waktu nak apply untuk insurans tu, prubsn akan cover tak untuk next treatment bg penyakit tu?
saya refer utk kes 1 kt atas tu :
"
1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa."
akok is a person not a kuih said...
hi canteq

terima kasih kerna bertanya.

Jika kita declare exisitng illness pada Takaful atau insurans, Takaful x kan cover treatment penyakit sedia ader.

better declare (eventhough Takaful x cover pre existing illness), untuk elak dari kesukaran tuntutan yg lain.

thx:)
canteq said...
This comment has been removed by the author.
canteq said...
Oo ok tqsm miss akok sbb sudi reply... tapi kan nk ty lagi. Camana pihak insurans leh dapat tahu yg penyakit tu kita dapat sebelum apply insurans lagi.. sedangkan kita xde declare dalam form? Diorang check data kita kat setiap hospital ke macamana? hope sudi jawab... Tq


suka dpt agent yg jujur and x selindung2 camni.. gud job. Tgh survey pasal insurans skang ni sbb masih xtau nk amik insurans sykt mana
akok is a person not a kuih said...
hi canteq,

sorry baru reply. Saya 2@3 hari nie di luar kawasan jap..

Q:Camana pihak insurans leh dapat tahu yg penyakit tu kita dapat sebelum apply insurans lagi.. sedangkan kita xde declare dalam form? Diorang check data kita kat setiap hospital ke macamana?

A: Setiap pihak insurans/takaful ader private investigator mereka sendiri. PI nie akan ke setiap hospital gomen , private hospital baik panel or none panel hospital. Mereka akan cuna korek sedalam2 nya database medical record kita. Normally PI nie ader contact dalam spital. Cepat jugaklah mereka menyiasat dan dapat maklumat. Sebab tue, walaupun kita pernah sakit n x declare,pihak PI dapat korek data medical record dengan Jayanya.
canteq said...
okie.. tq cik akok utk pencerahan
akok is a person not a kuih said...
Sama2. happy to help :). Good luck dalam mencari Insurans/Takaful... yg sessuuuaaaiiii.. hehehehehhe...

Kalu ader sebarang soklan lagi.. tanyer jer... saya sedia menjawab :)
akok is a person not a kuih said...
salam canteq:

since u still searching insurans/takaful yg sessuaaai.. saya nak beri tips. moga ia manfaat:-

1. Semakan ranking dan sales chart company takaful tu.
2. Proof of successful claims di bawah portfolio agent yang approach kau orang
3. Manual check. call sendiri beberapa hospital swasta, dan tanya bahagian Insurance/Takaful, syarikat takaful mana yang steady, mudah urus, tak banyak songeh. Hospital selalunya tak menipu. Diorang akan beritahu mana yang ok.
4. Jangan jump off cepat sangat dengan cheap product with expensive benefit. Ada sebab kenapa dia murah, dan ada sebab kenapa dia mahal. Probe technical question macam:
- Co takaful
- Guaranteed renewal status
- Segregation on coverage portion
5. Agent. Instinct ko cakap ok, go ahead dengan dia. Otherwise, cari orang lain.

Ok clear?

:)
Muhammed Halim Muhammed Juny said...
As salam...nak bertanya...saya sblm ni ada mengalami kemalangan pd lutut dan ada mmbuat operation di hospital gov...jika contoh saya ambil prubsn ni dan dah mmbyr selama 3 bln keatas dan tiba2 lutut saya mengalami mslh yg mmerlukan pembedahan segera...adakah prubsn ni akan cover kerana saya br mmbyr untuk 3 bulan...adakah ada tempoh matang untuk saya guna...mohon pencerahan
Anonymous said...
Saya nak tanya. Saya telah mengambil ins prubsn nov.2011.. dan baru2 ni saya disahkan mengidap kanser. Saya telah membuat rwtn di hosp gov. Memandangkan sy perlu menjalani Pet scan saya ingin menjalankan di klinik swasta, memandangkan long que di hosp gov. Blhkan prosedure ni dijalankan dgn mengemukakan medical card?
Dan adakan saya blh membuat tuntutan utk penyakit kritikal yg saya alami itu. Tq
akok is a person not a kuih said...
Salam Anonymous....

Nasihat saya:-

1. Anonymous boleh claim rawatan d hospital government dengan cara reimbursement (bayar dulu kemudian claim). Untuk claim reimbursement nie dokument yg perlu ada
a) medikal report
b) bill rawatan yg asli
c) form claim PruBSN Takaful

2. Memandangkan perlu menjalani pet scan di klinik swasta , puan boleh claim tapi dengan cara reimbursement juga (pay n claim). Medikal kad boleh dipakai sekiranya warded dihospital panel sahaja. Untuk klinik swasta nie puan boleh claim dengan cara reimbursement. Puan x perlu bimbang. Ader 2 situasi yg puan kena alert untuk buat claim nie

situasi 1
jika jumlah kos rawatan pet scan kurang dari RM500, puan hanya perlu serta kan resit yg asli disertakan nota diagnosis dr (diagnosis sakit kanser tue). Ini kerna pihak takaful nak tgk kesamaan rawatan di hospital government dan klinik swasta. Maksud saya rawatan pet scan tue dibuat kerna penyakit kanser yg telah didiagnoisis oleh hospital gov.

situasi 2.
jika rawatan pet scan melebihi RM500, puan perlu serta kan borang attending physician form dari pihak prubsn takaful yg mana form tue boleh didapati di cawangan terdekat prubsn takaful. Kalau raser susah saya boleh email form tue. mohon email puan

untuk jawapan tuntutan penyakit kritikal itu, puan boleh memohon tuntutan pampasan penyakit kritikal. Pihak takaful perlu medikal report dari pihak dr yg merawat sakit puan. Apa yg saya tahu, a long as the virus is malignant, pihak takaful akan kuarkan bayaran pampasan tersebut

saya doakan kan agar puan cepat sembuh dan segala urusan puan dipermudahkan. Amin.

Moga saya menjawab soklan puan

t. kasih
Anonymous said...
Assalamualaikum..saya ada ambil PruBSN Takaful(medical card) untuk anak saya 3 tahun lepas. kalau anak saya dishakan menghidap kanser adakah insurans akan cover? Suami saya meninggal disebabkan oleh kanser. Adakah pihak insurans akan anggap penyakit kanser anak saya itu adalah penyakit keturunan dan tak boleh claim?
akok is a person not a kuih said...
Wa'alaikummussalam,
Q: saya ada ambil PruBSN Takaful(medical card) untuk anak saya 3 tahun lepas. kalau anak saya dishakan menghidap kanser adakah insurans akan cover?

A: Jika kanser didiagnose selepas 3 tahun mencarum Takaful, YA.. Takaful akan cover. Puan boleh buat tuntutan pampasan penyakit kritikal (as long as virus is malignant)

Q: Suami saya meninggal disebabkan oleh kanser. Adakah pihak insurans akan anggap penyakit kanser anak saya itu adalah penyakit keturunan dan tak boleh claim?

A: Ader faktor genetik disitu. Akan tetapi ade tak puan declare di borang permohonan yg suami puan didiagnose kanser sebelum mencarum Takaful anak dahulu? Jika puan ader declare dulu, Pihak Takaful boleh COVER. Jika sakit kanser suami puan didiagnose selepas 3 tahun anak puan mencarum pun Pihak Takaful Cover. Kiranya Puan boleh buat claim.

Jika puan x declare suami ader kanser ketika ambik Takaful untuk anak, maka pihak puan x boleh claim dgn pihak Takaful (untuk tuntutan penyakit kanser sahaja).

harap jawapan saya nie jelas. Saya doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan Puan dan agar anak cepat sembuh. Amin
Anonymous said...
Assalamualaikum..

Saya ingin tahu adakah syarikat cover claim TPD sekiranya saya ada penyakit saraf sbb keturunan?

Utk makluman,ayah saya mempunyai symptom yg sama penyakit saya & tidak didiagnos oleh doctor telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Sekarang saya mc lebih daripada setahun..tidak mampu bekerja.
akok is a person not a kuih said...
Salam,

1. Jika tuan declare pada pihak syarikat penyakit keturunan, kebiasaanya pihak syarikat takkan cover. Ia akan exclude TPD saray akibat penyakit keturunan

2. Jika tuan declare dan pihak syarikat tak exclude dan terima seadanya, maka tuan boleh claim TPD sakit saraf tue

Moga saya menjawab soklan tuan
Anonymous said...
Salam.saya berumur 27 tahun. Sy apply prudential (bkn takaful)dec 2013. Masalahnye saya xdeclare saya perokok sbb dlm proses nk stop pd masa tu. Start january saya totally stop smoking. In case after 1 year saya warded sbb sakit kritikal atau cuna dmam , prudential akan cover x? Skarang tgh risau pulak sbb byk kes xblh claim.
And kes no 2 saya juga pernah amik mc di klinik biasa beberapa kali sbb masalah sakit tulang belakang. Pernah jmpa klinik psakit luar di hkl tntang sakit tulang belakang. Tapi tiada rawatan susulan. Cuma stakat jmpa doc, ubat, n balik. Dan ini pun saya xdeclare. Adakah 1 day saya sakit prudential cover? Terima kasih kerana baca n harap cik dapat reply.thanks..
akok is a person not a kuih said...
Salam,

terima kasih kerna sudi bertanya.

1. Saya nasihatkan encik buat surat ke prudential untuk pemberitahuan bahawa pada tahun 2007, encik adalah seorang perokok. Disitu encik kena nyatakan berapa batang sehari. dan juga declare pada bulan January encik bukan lagi seorang perokok. Saya sarankan sesangat encik tulis surat pemberitahuan ini. Tulis email pun takper. Nanti emailkan kepada:

customer.mys@prudential.com.my

memang benar, penyakit kritikal yg melibatkan jantung atau paru2, jika disabitkan kerna asap rokok, kemungkinan besar susah nak claim papasan penyakit kritikal.

2. Memandangkan encik pernah pergi ke HKL untuk pemeriksaan, saya sarankan juga encik declare pada pihak prudential. Just nyatakan yg encik hanya pergi klinik sebagai pesakit luar dan tiader rawatan susulan. kemungkinan pihak prudential akan kuarkan kajiselidik mengenai sakit tulang belakang.

email pada pihak prudential pun is ok. Nanti cc pada agent encik. At least, agent encik tahu citer nie n senang nak berurusan pada masa hadapan

moga saya menjawab soklan encik
akok is a person not a kuih said...
jika tak declare tak kisah sakit apa... claim susah nak buat. Prudential takkan cover. Ini kerna prudential ader private investigation mereka sendiri. Semua medikal record dierorg boleh akses.
Anonymous said...
Salam, nak tanya. Jika kita ke hospital untuk check sakit n dr suggest untuk buat pemeriksaan lanjut dan perlu stay kat ward selama sehari untuk tujuan pemeriksaan, adakah akan dicover? Tq.
akok is a person not a kuih said...
Hi Anonymous

Terima kasih ker sudi bertanya:

Saya boleh beri beberapa situasi berdasarkan soalan yg u tanya nih:

1. Jika pi spital untuk check up biasa n dr suruh admitted just for check up - MEDICAL CARD TAK COVER

2. Jika pi spital untuk check up sakit n dr suspect ader benda n suruh admitted for further investigation - MEDICAL CARD COVER. Normally jika benda asing dalam badan kita is suspicious or just nak ambik sample for further investigation, dr recommend guna Endoscopy: . Akan tetapi subject to medical report. What means by subject to medical report that if
a)the penyakit exist before ambik Takaful MEDICAL CARD X COVER,
b) medical card still under tempoh bertenang -medical card tak cover n can not reimbursement claim
3. Jika kita datang jumpa Dr n admitted for check up sakit kita as routine procedure, MEDICAL CARD X COVER. The following days Dr calls for further investigation untuk ambik blood test without admitted N of course medical card tak cover. The following days Dr call lagi untuk dtg Hospital n dr find out he or she diagnose kanser then he/she need to admitted for chemo or operation.. MEDICAL CARD COVER.

Ok , for first visit n second visit to hospital for check up tue, You can claim under reimbursement claim. we call Pre-hospitalization claim.

No comments: