Monday, August 19, 2013

Hmmmm.. TOLONG BACA N KOMEN....

17/08/2013

KUCHING 17 Ogos - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menceritakan bagaimana beliau yang menjadi mangsa rompak di rumahnya di Samariang di sini awal pagi semalam, terpaksa menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).


"Perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) harus dipertingkatkan kerana ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga  berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.


"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk  mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya  menerima panadol serta ubat luka," katanya  dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari  ini.


Pada sidang akhbar itu, Dr. Juanda meminta kerajaan menempatkan lebih ramai anggota polis di Balai  Polis Gita di sini bersesuaian dengan peningkatan  jumlah penduduk dan keluasan kawasan  kawalan.


Dalam kejadian semalam, beliau mengalami  detik-detik cemas apabila kediamannya di  Samariang dirompak dua lelaki  bersenjatakan pedang samurai, awal pagi  semalam.


Beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak. - UTUSAN ONLINE


ps:// dapat dari forum cari.com.my..... Mungkin mufti nie x der medikal kad.. tue yg pi spital gomen... paham2 jerlah....

1 comment:

Anonymous said...

kes pecah rumah di kawasan Samariang semakin meningkat tapi tindakan polis sehingga sekarang tidak menunjukkan mereka melakukan apa-apa!!!

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...