Tuesday, August 20, 2013

claim pampasan kematian

Salam 13 Syawal ,

Saya tertarik dengan statement nie dan nak share dengan korang semua
ANDA tidak layak untuk membuat tuntutan jika berlaku kematian terhadap pemegang polisi kerana Insuran Conventional MEWAJIBKAN post mortem ke atas si mati. Tuntutan TIDAK boleh dibuat sekiranya tiada post mortem. Ini tidak berlaku di dalam Takaful kerana post mortem adalah menyeksa mayat dan ia bertentangan dengan hukum syarak.
Saya masih ingat sewaktu arwah mama meninggal secara mengejut di rumah. Terkejut jugaklah. Tapi Allah lebih sayang pada arwah mama. Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya. Waktu tue, adik susah payah panggil Dr Klinik datang rumah, untuk buat pemeriksaan. Satu Dr tak nak datang.. kerna tak nak tanggung risiko katanyer. Mereka nasihatkan pi hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pada tue, kami tak mau hantar spital takut Dr saner nak buat post mortem. Kami tak mahu. Kesudahannya pihak polis datang ke rumah n buat declaration mati tua untuk tutup citer. Dalam death cert yang kami dapat dari JPN ader nyatakan cause of death mati tua berpandukan laporan polis.

So.. dari citer kat atas kalaulah arwah mama saya ader insurans konvensional, sah-sah tak dapat nak claim pampasan kematian. Apa yang waris dapat buat samaada withdraw polisi tue atau fight untuk dapatkan pampasan tersebut. Tapi panjanglah dramanya. Berepisodlah kisah nya nanti. Nak tak nak, kena buat post mortem untuk dapat medikal report exact cause of death.

Tapi jika ambik takaful post mortem tidak perlu. Waris atau keluarga still kena bawa arwah ke hospital untuk dapatkan medikal attendance report. Normally kalau kes cam gini dr hanya akan declare heart attack jer... So dari Medikal attendance report nie beserta dengan sijil kematian dan juga polis report, waris sudah boleh buat tuntutan kematian. Jika ader funeral expenses, agent hanya akan mohon death cert untuk claim funeral expenses / perbelanjaan pengebumian. Funeral expenses akan dapat dalam masa 24 jam atau less than a week waktu bekerja.

Apa yang saya citerkan diatas jika mati secara biasa atau mengejut. Jika meninggal akibat kemalangan, secara umumnya mesti kena buat post mortem tidak kira ambil Takaful atau insurans konvensional. Sudah jadi SOP untuk pihak hospital.

Moga pencerahan saya nie dapat memberi manfaat buat korang semua.

mardiyah79@gmail.com
019-2853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...