Thursday, August 22, 2013

KRONOLOGI NAHAS BAS DI GENTING!!!


Dilaporkan bahawa nahas bas kali ini adalah diantara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia. Berikut 5 kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Malaysia.



Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.


Salam takziah dari saya untuk keluarga yang terlibat dengan tragedi bus di Genting Highlands. Al-Fatihah. Saya cuba kaitkan dengan kemalangan diatas dengan Insurans/Takaful. Apa kaitan dengan Takaful?

Seperti sedia maklum Takaful nie aderlah insurans hayat atau nyawa. Sekiranya penumpang ader mencarum Insurans/Takaful, pampasan nya macam mana?

1. Jika penumpang tue ader funeral expenses dalam Takafulnya bolehlah agent claim funeral expenses tue terdahulu. Agent just mintak death cert sebagai dokumen sokongan. Pampasan funeral expenses boleh di kuarkan within 24 hours atau paling lewat 7 hari waktu bekerja

2. Pihak takaful akan membayar pampasan kematian + cash value + pampasan kemalangan

3. Sebab kematian kerana kemalangan dengan menggunakan pengangkutan awan (jalan yg sama digunakan sehari-hari [routine road as per bus schedule]), maka pampasannya akan menjadi double imdemnity yaitu pampasan akan naik dua kali ganda.


4.Jika penumpang tidak meninggal hanya lumpuh kekal atau total permanent disability (TPD) , maka pihak takaful akan membayar pampasan TPD dan pampasan kemalangan. Pastikan Insurans/Takaful korang semua ader waiver. Waiver tue jika berlaku kemalangan macam nie n TPD, maka insurans/takaful korang akan FREE sehingga tarikh matang atau sehingga Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  (yang mana lebih dahulu)

5. Jika mengalami TPD, jika ader rider atau manfaat tambahan disability benefits atau TPD elauns, anda seorang yg cukup bertuah kerana akan diberi elauns tahunan.

6. Jika korang sekadar patah tangan atau kaki atau bahu yang tidak melibatkan kecacatan yang kekal seumur idup korang, maka korang akan diberi elaun mingguan (itupun kalau rider tue ader termasuk dalam polisi korang).


PS:// wokeh. sedey sebenarnya biler baca accident bus nie di genting. Tuelah pasal takut jugak kiter kat sini kalu ajak naik genting. Al-fatihah untuk yang telah tiada.

mardiyah79@gmail.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...