Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Wednesday, August 28, 2013

Tips dari sayang (N.2)

Malam tadi, aku dan cikgu kkb ke KPJ Ipoh menziarah klien cilik, adik syasya yang dirawat akibat mengalamai Nephrotic Syndrome.

Kata doktor, mungkin minggu depan baru boleh keluar wad.
Tapi rawatan perlu diteruskan sekurang kurangnya 6 bulan ke 1 tahun untuk mengelakkan recurrence. Kata Nurse yang jaga tu, ongoing bill dah RM5k, mungkin cecah RM8k, atau RM10k bergantung pada progress adik Syasya dan jenis ubat yang doktor guna dalam masa seminggu ni.
Kita doakan adik syasya lekas sembuh.

Syukur juga, beliau ada Takaful.

Aku bukanlah nak meniaga atas kesusahan orang, tapi aku merayu pada semua yang belum ada Takaful, ambillah..tak ambil dengan aku pun tak apa, aku bukannya peduli. 

Yang aku peduli, kau orang mesti ada Takaful, nak ambil dengan siapa pun lantak kau orang lah, asalkan benda ada.

Supaya, bila terjadi ujian yang sebegini, ada ikhtiar kewangan yang dah tersedia.
Dan lagi penting, kau tak menyusahkan orang lain.

Tahu tak ni?

mardiyah79@gmail.com

No comments: