Monday, June 16, 2025

CPMBK kembali

 Assalamualaikum takaful lovers,

Wow.. lama giler tak masuk sini. Berhabuk pulak blog cpmbk nie. Tuelah duk fokus kat FB, IG sekarang duk giler thread. Hehe. 

Tak tahu lah nak cakap wei. Banyak perkara berlaku pasal isu #takaful ni. Kes viral #hibahtakaful, jangan haraplah nak dapat info kat blog. Nak info terkini dan laju, pi kat thread. Cepat info dapat. 

Cpmbk happy sangat -sangat dapat kembali ke blog setelah sekian lama lupa password. Alhamdulillah, hari nie Allah beri ilham untuk ingat jugak password blog nie apa. 

Tiber semangat nak tulis blog hari nie. Ada kawan cpmbk nie, ejenlah jugak ejen nie, ntah apa dia tanya chat gpt sampai bawa ke blog cpmbk nie. Wow…. Hebatkan. Chat gpt boleh lead my blog. Harap blog nie beri info #takaful yang bermanfaat buat orang. Tak kisahlah awak ejen, atau dah ada #takaful atau masih mencari #takaful. 

Nak reach cpmbk cepat, boleh usha FB cpmbk , IG dan thread dengan nama mardiyah.kamarudin. 

Sedar tak sedar usia blog nie dah 15 tahun. Kalau blog nie manusia, dah nak remaja dah. Dah besar dah. Bangga giler wei. Alhamdulillah.

Nak tanya pasal #takaful just wasap cpmbk www.wasap.my/0192853910/naktanyatakaful

Rasanya Cpmbk kena buat balik form quotation takaful. Senang orang nak tahu.


See you

Cpmbk

16062025






Saturday, May 11, 2024

FREE Quotation

 Assalamualaikum.


Apa khabar takafulovers? Sudah lama cpmbk tak menulis. Memang amat lama. Sekarang nie cpmbk aktif di Facebook dan ig dan juga wasap. 

Jika ingin sebarang pertanyaan boleh wasap cpmbk www.wasap.my/+60192853910/naktanyatakaful atau nak free quotation just klik sini https://forms.gle/j9RPUBUmTV62tzZh6

Cpmbk akan cuba membalas komen dan soalan takafulovers.

Bertemu di lain kalam

Cpmbk

Tuesday, June 20, 2023

INGIN MENANYAKAN BERKENAAN TAKAFUL

 ASSALAMUALAIKUM,


KEPADA TAKAFULOVERS YANG INGIN TANYAKAN BERKENAAN TAKAFUL BOLEH DIRECT WASAP KE WWW.WASAP.MY/+60192853910/BERTANYAKANTAKAFUL


NAK TAHU FREE QUOTATION BOLEH KLIK KE LINK INI. QUOTATION AKAN DIBERIKAN DALAM TEMPOH 48 JAM.

https://forms.gle/1XMaqheNavLAbi8x9


HARAP MAKLUM

CPMBK

Friday, March 10, 2023

 ASSALAMUALAIKUM UNTUK PEMBACA TAKAFUL LOVERS


MOHON WASAP SAYA JIKA ADA  SEBARANG PERTANYAAN. DAH LAMA TAK SINGGAH SINI. TAKUT TERLEPAS PANDANG PADA SOALAN YANG BERTANYA.


BOLEH LIHAT DI FB mardiyah.kamarudin

IG mardiyah.kamarudin


MOHON MAAF SUDAH LAMA TAK UPDATE SINI. MOGA DIBERI KERAJINAN UNTUK UPDATE ILMU TAKAFUL


CPMBK @ KAK MAR

10032023

Thursday, February 24, 2022

The power of Absolute Deeds of Assignment

Absolute Deeds of Assignment dalam bahasa melayunya penyerahan hak mutlak.   Dari kefahaman lain, Absolute Deeds of Assignments nie adalah hibah. Hibah itu adalah hadiah. Bila jadi hadiah, penerima akan dapat hak mutlak keatas sesuatu. Sama ada berbentuk barang, harta, duit dll.

Apa yang istimewanya Absolute Deeds of Assignment nie? Kebiasaanya Absolute Deeds of Assigment digunakan jika penerima bukan individu. Contoh bank, badan kebajikan, keyman policy (syarikat Sdn Bhd atau Berhad). Ia banyak digunakan untuk MLTT atau Key Man polisi. Untuk MLTT, duit pampasan Takaful akan diberikan terus pada pihak bank tanpa waris yang tolong bayarkan. Pembayaran pada pinjaman rumah terjamin. Dapat elak rumah dilelong. Jika ada duit lebihan dari duit pinjaman, baki tersebut akan dipulangkan pada pihak waris (bank perlu diberikan borang Re Deeds of Assignment). Key Man polisi pula, jika seseorang yang penting dalam syarikat meninggal dunia, duit pampasan Takaful akan diberikan pada syarikat. Dengan duit tersebut syarikat boleh beli Share dari waris simati (Pengarah syarikat, pengurus syarikat, CEO,COO). Tak derlah campur tangan dari waris simati untuk ambil alih pengurusan syarikat.

Punyalah power Absolute Deeds of Assigments nie, boleh secure plan Hibah Takaful si isteri. Cer baca soalan bawah nie.


Siapa tahu jawapan untuk soalan diatas nie?

Kalau tanya kebanyakan ejen, akan jawablah isteri akan terima kelabu asap. Apa-apa pun tak dapat. Maka bersedihlah si isteri kerna duit caruman yang selama ini dia bayar burn macam tue jer. Tak adil kan? Nak buat macam mana?

Masa memula si isteri tolong mencarum plan Hibah Takaful bagi pihak suami, tolonglah...Kak Mar mohon isteri semua mohonlah borang Absolute Deeds of Assignment dari ejen. Boleh jer download dari web site. Isi borang tue. Borang tue valid kerna perlukan mati stem gittew. 

Jika berlaku perceraiaan, pihak suami tiada hak untuk surrenderkan plan hibah takaful. Pihak suami tiada hak nak tukar penama sesuka hati. Semua perkara perlukan persetujuan dari pemilik Abosulte Deeds of Assigment. Best tak atau best sangat. 




Haaa... puas hati? Muka manyak senyum tue. So, isteri diluar sana yang tolong bayarkan sijil Hibah takaful bagi pihak suami, tolong ya, tolonglah isi borang Absolute Deeds of Assignment.

Moga catatan Kak Mar nie beri manfaat buat semua
#kakmarperundingtakaful
#cpmbk

CEPA!CEPAT! SEMPEN PROMOSI BULAN FEBRUARI, ANDA BOLEH MENRIMA SATU COLD COIN ATAU REBATE SATU BULAN JIKA CARUMAN HIBAH TAKAFUL SECARA TAHUNAN. TINGGAL 4 HARI LAGI.


Saturday, February 19, 2022

KISAH HIDAYAH ......

Salah seorang waris Abam adalah maknya . Hasil harta pusaka dari arwah Abam nie dapat kat mak arwah.  Akan tetapi,  maknya sudah meninggal dunia.  Maka harta pusaka milik maknya akan dibahagikan faraid pada anak-anak nya sebagai waris (adik beradik arwah Abam). 

Sekarang harta pusaka dah jadi berlapis. Sebab tuelah kalau boleh perlu selesaikan urusan harta pusaka secepat mungkin.   

Saranan Kak Mar perlu ada back up plan.  Cari asset yang mudah cair untuk kelangsungan hidup keluarga. Contoh emas,  hibah manfaat Takaful. 

Bila suami sudah tiada,  kebanyakan akaun bank akan beku.  Nak jual rumah atau kereta ambik masa.  Ketika itu duit memang nak sangat-sangat nak digunakan.  Macam manalah nak belanja keluarga?  Sebab itulah wajib ada persediaan awal untuk back up plan sebagai asset mudah cair.  

Jom buat hibah manfaat Takaful 

www.wasap.my/+60192853910/naktahuhibahtakaful atau boleh terus klik sini untuk FREE  quotation  https://forms.gle/3joxWLX5fU4Ls1Y88

#kakmarperundingtakaful 

SEMPENA PROMOSI BULAN FEBRUARI,  DENGAN CARUMAN TAHUNAN,  ANDA AKAN MENERIMA GOLD COIN ATAU REBATE SATU BULAN.  TINGGAL 7 HARI LAGI.




Thursday, August 26, 2021

 Morning Takaful lovers,


Sesiapa ada soalan mohon terus wasap pada Kak Mar (formerly known as cpmbk) di talian 0192853910 untuk jawapan yang pantas.

Dah lama Kak Mar tak melawat blog nie. Hari nie ntah kenapa terasa nak menjengah. Rupanya ada jer yang menanyakan soalan. 

Sesiapa nak tahu FREE QUOTATION boleh klik sini https://forms.gle/k3Nd1unT8RL4w5U28


Love

Kak Mar

Monday, February 1, 2021

Perlu ke hibah cara Takaful nie?

 Apa yang korang baca nie,  memang luahan hati kawan Kak Mar yang juga seorang perunding Takaful.  Apa yang dia tulis tue memang terkena sampai ke jantung hati.  

Kisah si anak merayu pada kawan Kak Mar nie (Cik Dat),  untuk hidupkan balik policy ayahnya.  Macam mana nak bantu polisi ayahnya inforce,  kalau dah lapsed atau hanya sekadar quotation sahaja.  

Seorang pakcik usia 50 an dah ada pelbagai penyakit baru nak buat hibah takaful dan plan penggantian gaji. Huhuhu.. Susah pihak Takaful  nak approved.  

Kak Mar merayu,  bacalah luahan hati kawan Kak Mar nie. Tulisan dari hati ke hati.  Ada sebab kenapa korang kena ambil hibah Takaful secepat mungkin.  

Semalam sahaja,  kawan Kak Mar berjaya  realisasikan hasrat hibah untuk 4 orang untuk dihadiahkan pada  yang tersayang.

๐Ÿ. ๐—›๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

- Dari Pulau Indah, Klang

- Bekerja sebagai Coordinator

- Berumur 34 tahun

- Bernilai RM400,000

- Tidak merokok

- Caruman 20 tahun

- Bulanan RM100

- Benefit:

Kematian atau kecacatan kekal : RM400,000

Kematian disebabkan oleh kemalangan: RM800,000

Kematian di kenderaan awam: RM1,200,000

Kematian di luar negara: RM1,600,000

๐Ÿ. ๐‡๐ข๐›๐š๐ก ๐ข๐›๐ฎ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ‘ ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ง๐š๐ค๐ง๐ฒ๐š

- Dari Selama, Perak

- Bekerja sebagai Guru

- Berumur 40 tahun

- Bernilai RM350,000

- Caruman selama 20 tahun

- Bulanan RM100

- Benefit:

Kematian atau kecacatan kekal : RM350,000

Kematian disebabkan oleh kemalangan: RM700,000

Kematian di kenderaan awam: RM1,050,000

Kematian di luar negara: RM1,400,000

3. ๐—›๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

- Dari Shah Alam, Selangor

- Bekerja sebagai kontraktor (on site construction)

- Berumur 40 tahun

- Bernilai RM350,000

- Caruman 20 tahun

- Merokok

- Bulanan RM178

- Benefit:

Kematian atau kecacatan kekal : RM350,000

Kematian disebabkan oleh kemalangan: RM700,000

Kematian di kenderaan awam: RM1,050,000

Kematian di luar negara: RM1,400,000

4. ๐—›๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

- Dari Nilai, Negeri Sembilan

- Bekerja sebagai Executive

- Berumur 35 tahun

- Bernilai RM100,000

- Caruman 20 tahun

- Merokok

- Bulanan RM57

- Benefit:

Kematian (apa jua keadaan kematian) atau kecacatan kekal : RM100,000

Dari senarai ini, 3 orang isteri bakal terbela nasibnya jika orang yang disayangi pergi dan 3 orang anak akan dilindungi apabila ibu mereka sudah tiada lagi. 

Masa cikdat kerja sebagai customer servis di sebuah syarikat insurans 3 tahun lalu, (sebelum jadi ejen sepenuh masa sekarang) cikdat pernah dapat panggilan dari seorang anak, yang menangis merayu supaya insurans ayahnya di aktifkan semula, kerana ayahnya baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia๐Ÿ˜ญ

Ibunya surirumah, anak sulung yang sedang bercakap dengan saya pada waktu itu baru berumur 17tahun. Jadi kemestian buat kami sebagai customer servis, sebelum panggilan tamat, akan bertanyakan “ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu”? Masih terngiang-ngiang suara adik tu (Allah taip ni pon cikdat masih sebak dan menitis air mata) kalau akak nak tolong saya, tolongla hidupkan insurans ayah ni, sebab dapatlah jugak mak dan kami duit... 

Pada waktu tu, Allah je yang tahu perasaan cikdat. Macam kena pukul kat dada, sesak nafas sebab sebak sangat-sangat. Saya diam je... adik tu cakap lagi, takpelah kak, ini nasib kami. Akak tanya nak bantu, tapi akak takboleh bantu apa pon! Tuttt tuttt

Adik tu letak telefon. Saya terus amik shortbreak, nangis kat toilet. (Sampai sekarang bila teringat, cikdat akan nangis

Sejak dari tu, cikdat nekad. Nak bantu semua orang ada insurans atau takaful. Ahli keluarga cikdat, semuanya cikdat suruh dan paksa amik. Alhamdulillah semuanya dah ada.

Bagi cikdat mudah sahaja, buatlah hibah. Tak kira berapa amaun, asalkan ada hibah. Lepas tu, buatlah awal-awal. Sebelum umur semakin meningkat, sebelum sakit datang. Sebelum terlambat, sebelum tak sempat. Bila dah amik, pastikan jangan miss caruman, supaya tak lapsed ( lapsed: terminated sebab tak bayar)

Cikdat sedih bila ada yang umur 50an mesej cikdat nak buat hibah. Sudah ada beberapa penyakit, makan ubat apa semua. Cikdat yang kecewa sebab tak dapat nak tunaikan hasrat dia.

Dari apa yang korang baca kisah tulisan kawan Kak Mar  nie, marilah Kak Mar bantu. Jangan ambil ringan bab harta benda ni. Kita takkan hidup selama-lamanya. Fikirkan apa yang kita tinggalkan untuk orang yang kita sayang. Janganlah tinggalkan mereka dengan hutang piutang dan kesedihan yang sengsara

Hubungi Kak Mar untuk buat hibah atau medical card. Kak Mar sedia bantu sedaya upaya. Kalau tak faham, Kak Mar  akan terangkan sampai anda faham. Azam Kak Mar tahun ni, sekurangnya 100 orang buat hibah dengan Kak Mar, supaya apa yang berlaku pada adik tu, tidak berlaku pada sesiapa jua. Insha Allah

wasap.my/+60192853910/HibahUntukSaya

Kredit FB Cikdatakaful Saidatul Liyana. 


#kakmarperundingtakaful

Sunday, January 3, 2021

Jumpa di FB dan instagram

 Assalamualaikum



Jumpa Kak Mar atau mbk di FB Mardiyah kamarudin atau di IG Mardiyah kamarudin untuk sebarang  pertanyaan berkenaan perlindungan Takaful . 

Atau boleh  wasap www.wasap.my/+60192853910

Mbk



Wednesday, April 1, 2020

Dengan jumlah RM55 apa yang akan saya dan keluarga dapat?

Ada apa dengan RM55? *
1. Bila baca sebab nurse nie buat persediaan awal perlindungan Takaful rasa kagum pun ada, sebak pun ada.
2. Persediaan awal dibuat untuk sebarang perkara berkemungkinan yang berlaku untuk anak-anak.
3. Jika perlaku putus nafas, anak-anak akan dapat hibah cara Takaful RM250,000. Ini ikhtiar buat ibu untuk anak-anak.
4. Jika ibu diadiagnose Covid 19, pihak syarikat akan beri extra benefits pampasan tunai Rm5,000
5. Tingginya pengorbanan frontliners. Merekalah sanggup menempuh risiko atas dasar tanggungjawab untuk bantu kita semua.
6. Apa yang perlu kita buat just #stayathome #dudukrumah.
* Tertakluk dengan terma dan syarat. Caruman bulanan setiap orang adalah berbeza berdasarkan umur dan risiko pekerjaan
#cpmbk #share #takaful


Covid 19 nie Takaful cover tak?

Syarikat Takaful dan Insurans ada cover Covid 19. Jadual kat bawah for references. Siapa yang belum ambil dan mahu ambil boleh hubungi saya wasap.my/+60192853910
Tak kisah ambil medikal kad atau hibah Takaful atau plan penyakit kritikal (income replacement), Covid 19 syarikat cover. Any soalan boleh PM atau tanya sini pun boleh. Saya sedia membantu. ๐Ÿ˜
#cpmbk #share #takaful


Wednesday, July 31, 2019

Life is unpredictable..setju tak?

1. Hidup seseorang bagaikan roda. Ada kala diatas, ada kala dibawah. Life is unpredictable. Setuju tak?
2. Sudah menjadi kebiasaan, pabila waktu senang kita lupa akan masa hari susah. Siapa nak jangka perkara itu akan berlaku? Sebab tue kita disarankan menabung atau cipta tabungan untuk menghadapi hari susah. Disarankan menabung 6 kali gaji untuk cipta tabung kecemasan. Ada cash didalam bank untuk waktu kecemasan yang memang memerlukan duit. Contoh: untuk beli bateri kereta, ada berita kematian yang memerlukan pulang ke kampung dengan kadar segera (duit minyak dan toll). Yang paling utama kena cipta #tabungperlindungan.
3. #tabungperlindungan bukan sahaja menggunakan medikal kad jika dilanda musibah seperti tolong bayarkan kos rawatan. Tapi ia juga untuk #incomereplacement (dalam bahasa penggantian pendapatan).
4. Kalau nak maintain gaji RM15,000 sebulan, Ayah perlu ada RM 2,000,000 ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜ฑ dalam #tabungperlindungan. Nampak macam banyaknya kena ada dalam simpanan. Boleh ke tue? nak kena simpan berapa tahunlah agaknya baru mencapai RM 2 juta tue? Hanya dengan cipta #tabungtakaful nak dapatkan RM2 juta Tak mustahil. Bayangkan, hari ini kita senang, esok atau lusa kita susah. Bagaimana nak kekalkan perbelanjaan kita? Cukup tak nak menampung kos rawatan? Cukup tak nak menampung bayaran hutang piutang kita?
5. Tak susah nak cipta #tabungperlindungan, cuma asingkan 1/3 dari simpanan sahaja. Saya ada cerita di status saya sebelum ini, klik disini untuk baca :

Mardiyah kamarudin
Selamat tengahhari
31.07.2019


bila kita kerja sendiri......

1. Semalam appointment di area Gombak, jumpa klien nak tahu pasal Takaful.
2. Usianya dalam linkungan 33 tahun, bekerja sendiri sebagai Real Estate Negotiator. Pi jumpa klien naik motor. Jarang naik kereta atau pengangkutan awam.
3. Maka saya cadangkan dulu ambik manfaat Takaful penggantian gaji. Ini kerana klien saya nie kerja sendiri. Duit gaji yang dia dapat berdasarkan komisen tiap bulan. Kalau dapat jual rumah adalah gajinya. Kalau tak berjaya, tak dapatlah gajinya.
4. Bayangkan pi kerja terlibat dengan kemalangan, masuk hospital kemudian discharge. Dr bagi cuti sebulan. Dalam sebulan rasanya duit gaji tue jatuh dari langit tak? Takkan. Pasal kita kerja sendiri. Bila tak kerja, duit pun tak ada. Bila duit tak ada, diri pun jadi stress. Depression pun mula melanda. Dari situlah timbul nak marah tak bertempat. Marah pada anak-anak dan pasangan. Sebab tuelah faktor masalah kewangan adalah penyebab berlaku penceraian rumahtangga. Ngeri bukan?
5. Bila kita menabung #tabungpenggantiangaji, bila berlaku perkara diatas, tak adalah kita rasa serabut tak ada duit untuk menampung perbelanjaan harian keluarga dan kita sendiri. Bila Dr beri cuti sakit sebulan, kita boleh guna duit penggantian gaji sebagai ganti gaji kita sepanjang sebulan itu. Barulah muka ada senyum. Bersinar, ada nur orang cakap. Anda rasa dia ada masa sakit kepala?
Belajar sesuatu?
Mardiyah kamarudin


Tuesday, July 23, 2019

#Kembara2Alam

Kasih ibu bawa ke Syurga
Kasih bapa bawa bahagia

Bila tengok cerita nie teringat kan pengorbanan dan jasa abah. Nak nangis rasanya. Moga Allah melimpahkan rezeki kekayaan yang berkat dan cukup dan dilimpahi rezeki kesihatan yang berpanjangan buat abah. Aamiin.
Life is unpredictable. Siapa tahu nak predict apa yang berlaku masa hadapan. Hari ini kita senang, hari esok lusa kita tak pasti senang atau susah. Siapa tahu sedang bersiap nak hadirkan diri majlis kejayaan anak disekolah, tiba-tiba boleh diserang angin ahmar @ stroke. Paralise satu badan. Dah jadi bedridden. Bila dah bedridden, majikan pun dah tak nak simpan kita kerna sudah jadi liabiliti kepada syarikat. Bila dah dibuang kerja, pendapatan pun tak ada. Siapa nak tolong semua nie? Anak masih kecil dan bersekolah. Isteri pula ada yang menjadi suri rumah tangga. Nak dapatkan pendapatan serta merta macam mana? Kalau pasangannya bekerja kemungkinan perlu berhenti kerja kerna perlu menjaga pasangannya yang sakit terlantar. Putus juga pendapatannya.
Sebab itulah, orang tua-tua kata sediakan payung sebelum hujan. Kita kena cipta #tabungperlindungan dan #Tabungkembara2alam. Bila waktu yang sesuai untuk cipta tabung nie? Sekarang... Buat ketika kita masih sihat dan ada duit. Ada yang layak tapi tak mampu nak cipta kerna dah sakit kritikal. Bila dah tak layak baru menyesal. Timbullah istilah KALAU...........
Kita mampu sebenarnya nak cipta #tabungperlindungan dan #tabungkembara2alam nie. Tak perlu ambik dari duit gaji pun. Cuma perlu asingkan saja duit tabungan yang kita simpan untuk cipta tabungan ini. Jika kita simpan RM200 dalam bank, Why not kita allocate RM100 untuk tabung ini. Bayangkan dengan hanya RM100 , anda dah cipta aset tunai RM250,000. Duit nie boleh dituntut jika berlaku musibah. Kiranya kita tak usik pun duit saving dibank tadi. Kalau simpan dibank, dan ditimpa musibah macam  ayahnya kena stroke, alamatnya habislah semua simpanan di bank hanya untuk menampung kos rawatan dan perbelanjaan harian yang lain seperti pampers, makan khusus (susu), personal fisioterapi, supplement, toll, duit minyak untuk pergi balik hospital, semuanya perlu duit nie.
Hidup kita ibarat kitaran bumi. Ada kala diatas, ada kala dibawah. Tak semuanya kita mimpi yang indah. Mesti ada mimpi ngeri. Perlu ada back up plan untuk kita menghadapi mimpi ngeri itu supaya tak terus bermimpi kisah yang menakutkan.
#TabungPerlindungan

Mardiyah Kamarudin



Tuesday, July 16, 2019

Harta nie awak punya ke?

Salam 3 rakaat ๐Ÿ˜˜
TV9 - Tanyalah Ustaz: Harta Siapa Punya?
Antara keyword menarik ustaz bagi:
“Jika hutang tak habis bayar, 10-20 tahun, menangislah roh dia tergantung”.
“Sebab tu ada TAKAFUL. Masyarakat ramai terlepas pandang bab TAKAFUL ATAU ALTERNATIF yang ada sekarang. Kesian mak ayah kita kat sana. Lahirkan kita, jaga kita.”
“Selesaikan hal simati tu dulu. Baru bab harta.”
“Jangan kerana sayangkan seratus dua, keluarga merana”
“BIAR TAHU, JANGAN KELIRU”
Ustaz sendiri tekankan untuk sediakan HIBAH TAKAFUL untuk keluarga.


MULAKAN DENGAN CARUMAN BASIC TAKAFUL.

1. Pernah dengar "statement" orang miskin tak boleh sakit kerana hospital tempat orang kaya yang ada duit? Hanya yang layak sahaja boleh mencarum Takaful.
2. Kalau mampu tapi sakit, sudah tidak layak mencarum Takaful walaupun dia sanggup nak bayar RM 1 juta sekalipun. Hanya yang layak sihat yang boleh apply Takaful. Bersyukurlah pada yang sihat. Tapi sayang, mereka berlengah nak ambil. Diakhir cerita ..... Kasihan.
3. TAKAFUL ejen sering kali mendengar ucapan saya tak layak mencarum Takaful kerana tidak mampu.
4. Tuan puan boleh mula menjinakkan diri menabung perlindungan DENGAN MULAKAN manfaat yang asas dahulu. Manfaat yang asas seperti kematian, kemalangan atau penyakit kritikal.
6. Kalau pekerjaan tuan puan melibatkan pengangkutan awam, menaiki kenderaan seperti kereta atau motor, elok ambil manfaat kemalangan sebagai manfaat asas.
7. Jika pekerjaan melibatkan bahan kimia, saya sarankan mencarumlah dengan manfaat penyakit kritikal.
8. Kalau nak ambil semua, caruman bulanan jadi mahal. Kita kena tahu apa yang manfaat kita perlu. Jangan dengar sangat cakap ejen ๐Ÿ’ฏ%. Takut nak kejar komisen. Nanti kelaut nasihatnya nanti. Kita hanya mampu ternganga dan diselubungi perasan takut. Nak carum Takaful pun kena ada ilmu. Boleh layari blog saya di www.akupenjualinsurans.blogapot.com untuk ilmu lebih manfaat.
9. Jangan sesekali pada mulanya kita bayar, kemudian lama-lama tak dapat bayar kerana masalah kewangan atau ada komitmen yang lain. Kita mula rasa beban dan Takaful ini menyusahkan. Kan dah rugi. Baik ejen dan pelanggan. Ejen jejaskan KPI manakala pelanggan tiada perlindungan yang sewajarnya.
10. Manfaat asas Takaful tak mahal. Hanya bermula RM50* pun dah boleh mencarum.
*Terma dan syarat.
Mardiyah kamarudin


Thursday, July 4, 2019

BILA ANDA SANGKA MEDICAL KAD ADALAH SEGALANYA

Satu benda yang anda tak tahu pasal medical kad sekarang adalah, walaupun penyakit kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical kad anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN
Contoh kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta.
Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.
Tu belum masuk kena rawatan stemcell yang kosnya boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri rekomen rawatan tersebut, namun hospital awam tak sediakan ubat tu. Anda kena order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu sebab kerajaan tak tanggung! 
SO, ANDA ADA CUKUP DUIT TAK NAK BAYAR CASH? ๐Ÿ˜ž

Saya cakap berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan nak takut takutkan anda. Tapi ni realiti.
PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL ATAU CANCER PROTECTOR RM200,000 dan ke atas sebab kanser adalah penyakit MAHAL. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL.
Kredit cerita asal: FB Gas Elite.
#cpmbk
Mardiyah Kamarudin
wasap.my/+60192853910


Apa yang bakal anda dapat dengan simpanan RM5 setiap hari?



02072019
Client saya bayar cash untuk bulanan hibah takaful.
Terharu dengar ceritanya. Kerja biasa-biasa sahaja. 
Gaji RM1500 boleh cecah RM1800 kalau OT.
Katanya sehari kumpul Rm5 so sebulan dapat RM150 untuk dicarum kepada tabung takaful. Makan pun kadang-kadang berjimat.

Dengan RM150 sebulan dia dah prepare RM350,000 untuk anak-anak dia jikalau dia meninggal secara tiba-tiba tanpa sebarang bekalan kepada keluarga. Simpan sendiri memang payah la. Takde pun baki utk anak-anak di masa kecemasan.
Dia tahu takde sapa akan tolong bagi duit kat anak-anak dia kalau dia tade. 
Mungkin ada badan kebajikan atau saudara-mara yg tolong. Tapi itu semua kebarangkalian tidak pasti.

Yang duit terjamin adalah RM350,000 dalam akaun takaful , duit yg terjamin dapat kepada keluarga tanpa mengharapkan simpati badan kebajikan atau orang ramai.
Simpan RM5 sehari je bang. 
Boleh sediakan bekalan RM350,000 utk keluarga .
Mati itu pasti. Kita je taktau bila.

Benar bukan?
Kredit : FB Saidatul Liyana Zamhuri
Mardiyah


Nielah dikatakan rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit...

Maka, nikmat apa yang kau dustakan.
1. Petang tadi pi check up Dr. Patutnya bulan Julai. Terpaksa diawalkan kerna ada something need to clarify. Takut jugak pada mulanya. Yalah , bila libatkan period yang ngo ngek memang akan effect our health. Especially reproduction organ.
2. Result: Cyst baru jadi 2.3 x 2.8 cm. Walaupun kecil namun kena control juga. Dr beri habbatul sauda dan apprikod seed untuk dimakan. Makanan Sunnah sudah terbukti berkesan. Lagipun illness nie no specific medicine need to consume.
3. Sebelum jumpa Dr, saya sempat bermesra dengan 2 wanita. Seorang anak yang sedang menunggu rawatan ibunya dan seorang isteri bakal jadi seorang mama sedang kandungkan dalam 28 minggu.
4. Saya tegur kakak nie yang sedang menidurkan anak lelaki sambil memerhati anak perempuannya bermain.
Saya: Datang check up?
Kakak: Tak, bawa mak buat rawatan.

Menurut anaknya, ibunya sudah monopose. Tapi tiba-tiba boleh bleeding. Something wrong somewhere kalau macam tue. Menurut anaknya lagi, kalau ikutkan pandangan rakan-rakan ibunya, perkara itu normal dan biarlah ibunya nak jadi perawan balik. ๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜จ Nasib baik anaknya educated. Boleh fikir. Dengan kes kanser saban hari nie, anaknya pujuk jugak ibunya buat pemeriksaan. Alhamdulillah ibunya setuju. 
(Kalau korang nak tahu pasal cancer protection boleh wasap.my/0192853910. Siap ada skim bantuan lagi....)

Masa masuk bilik ada nampak something dekat skrin ultrasound (mak cik tue punya). Takut nak tanya Dr. (Pasal kita pun duk takut nak tahu result diri sendiri). Saya doakan mak cik cepat sembuh. Dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
5. Kerna sedikit tertekan dengan kisah mak cik tadi, saya tegur pula bakal mama nie. Sejuk bila melihatnya. Rupanya nie kandungan kedua. Anak pertama guna khidmat cara IUI. Jangan citerlah bab IUI nie. Banyak prosess. Banyak suntikan jugak. Anak kedua dapat cara normal. Memandangkan usia kandungan sudah 28 minggu, saya kongsikan plan #infantcare yang cover since baby usia 14 minggu dalam perut ibu. Kalau baby jaundice kita bagi elaun RM1,000. Kalau ada konginetal illness boleh dapat pampasan RM30,000. Baby masuk inkubatur pun kita bagi elaun RM200 sehari. (Nak tahu lebih lanjut wasap.my/0192853910). Panjang karang status nie kang. Tak pasal jadi macam cerpen.
6. Apa yang saya dapat hari nie, ketika kita sakit betapa cemburunya orang yang ada nik mat sihat. Tapi tak dihargainya. Ketika tengah gundah gulana nak tahu keputusan Dr, ada yang sedang gundah gulana nak tahu komisen masuk berapa ringgit. Nak buat shopping katanya
7. Ketika sedih dengan ibunya yang sakit, bersyukur lah kita ada ibu yang sihat. Itupun ada lagi yang derhaka kat ibu.
8. Sedang orang yang tak ada kad perubatan, sedang pilih hospital gomen mana nak refer. Sedangkan yang ada kad perubatan sedang pilih nak pi hospital swasta atau gomen (boleh pay and claim). Banyak pulak pilihan nya... Nak dapat rawatan terbaik katanya.๐Ÿ˜
9. Pada isteri yang ingin hamil, jangan putus asa k. Pasti nya akan hamil. Adanya hikmah yang Allah beri kenapa dilambatkan. Kakak yang hamil tue pun 2 Kali buat IUI. Duit belanja IUI jangan citerlah. Satu suntikan pun dah cecah ribu. Kos bersalin anak pertama pun cecah RM18,000. Hah... Bersediakah anda?
10. Bersyukur lah dengan apa yang Allah kurniakan. Yakin padanya. Ada hikmah yang terpendam
11. Allah jentik sikit jer pada saya kerna dia nak dengar suara saya, doa saya, ibadah saya. Bila jadi cam gini, pada Allah kita mengadu.
Maka, nikmat apa lagi yang kau dustakan.
27.06.19
Di kawasan zoo negara

Selamat tengahari semua. Moga dapat makan yang sedap-sedap.
Mardiyah kamarudin
0192853910


Surat ini saya tujukan khas untuk bakal mama dan bakal ayah. Baca dengan hati yang tenang dan in love. Feel like prayers.

Surat untuk bakal mama dan papa,
Assalamualaikum Intan. Saya baru text berkenaan plan #infantcare. Sambil attend open house dan makan ketupat, bolehlah baca perkongsian nie. Hehehe ๐Ÿ˜‹.
Plan #infantcare satu-satunya ada diMalaysia yg cover baby since dalam perut dari usia kandungan 14 minggu lagi. Tahu tak kita kalau baby premature (Nau' zubillah) lahir dan ingin apply Takaful, kena tunggu hingga 2 tahun. Ada kes hingga 5 tahun baru boleh apply. Kenapa ya? Kerna pihak Takaful nak tengok development baby.
Tak ada mana-mana syarikat Takaful yang cover baby dalam perut. Hanya plan #infantcare saja.
Cover baby coginetal illness dengan pampasan RM30,000 sehingga anak umur 5 tahun. So kiranya RM150,000 jumlah pampasan nya. Pasal premature pulak, apa akan jadi kalau baby premature? Masuk dalam inkubatur Kan? Masa anak dalam inkubatur tue, mak mesti dalam pantang lagi Kan? Ayah pun kena berkorban ulang alik hospital. Tue semua perlukan Kos Kan? Setuju?
Ok Tak kalau Kita bagi elaun RM200 sehari sekiranya baby masuk incubator ? Untuk ringankan beban boleh cover duit petrol semua tue. Sehari RM200 kalau seminggu berapa? Kiralah sendiri. Kalau masuk incubator dalam ICU/HDU dapat lagi RM500. Ok dah tue.
Tue baru incubator belum.masuk Bab jaundice lagi. Kalau baby kena jaundice Dan wajib masukkan dalam phototherapy, pihak Takaful akan bagi elaun RM1000. Ok ke atau ok sangat?
Ada juga kita bagi bonus untuk baby dapat infection diseases macam measles.
๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ Ringkasan manfaat

Moga dapat ketemu
Love
Mardiyah kamarudin


Kesian dia kena Jaundice. Cepat baik ya sayang.


Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...