Wednesday, July 31, 2019

bila kita kerja sendiri......

1. Semalam appointment di area Gombak, jumpa klien nak tahu pasal Takaful.
2. Usianya dalam linkungan 33 tahun, bekerja sendiri sebagai Real Estate Negotiator. Pi jumpa klien naik motor. Jarang naik kereta atau pengangkutan awam.
3. Maka saya cadangkan dulu ambik manfaat Takaful penggantian gaji. Ini kerana klien saya nie kerja sendiri. Duit gaji yang dia dapat berdasarkan komisen tiap bulan. Kalau dapat jual rumah adalah gajinya. Kalau tak berjaya, tak dapatlah gajinya.
4. Bayangkan pi kerja terlibat dengan kemalangan, masuk hospital kemudian discharge. Dr bagi cuti sebulan. Dalam sebulan rasanya duit gaji tue jatuh dari langit tak? Takkan. Pasal kita kerja sendiri. Bila tak kerja, duit pun tak ada. Bila duit tak ada, diri pun jadi stress. Depression pun mula melanda. Dari situlah timbul nak marah tak bertempat. Marah pada anak-anak dan pasangan. Sebab tuelah faktor masalah kewangan adalah penyebab berlaku penceraian rumahtangga. Ngeri bukan?
5. Bila kita menabung #tabungpenggantiangaji, bila berlaku perkara diatas, tak adalah kita rasa serabut tak ada duit untuk menampung perbelanjaan harian keluarga dan kita sendiri. Bila Dr beri cuti sakit sebulan, kita boleh guna duit penggantian gaji sebagai ganti gaji kita sepanjang sebulan itu. Barulah muka ada senyum. Bersinar, ada nur orang cakap. Anda rasa dia ada masa sakit kepala?
Belajar sesuatu?
Mardiyah kamarudin


2 comments:

Roqaiyah said...

Info yang sangat bermanfaat

akok is a person not a kuih said...

terima kasih puan. Moga ia bermanfaat

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...