Absolute Deeds of Assignment dalam bahasa melayunya penyerahan hak mutlak. Dari kefahaman lain, Absolute Deeds of Assignments nie adalah hibah. Hibah itu adalah hadiah. Bila jadi hadiah, penerima akan dapat hak mutlak keatas sesuatu. Sama ada berbentuk barang, harta, duit dll.
Apa yang istimewanya Absolute Deeds of Assignment nie? Kebiasaanya Absolute Deeds of Assigment digunakan jika penerima bukan individu. Contoh bank, badan kebajikan, keyman policy (syarikat Sdn Bhd atau Berhad). Ia banyak digunakan untuk MLTT atau Key Man polisi. Untuk MLTT, duit pampasan Takaful akan diberikan terus pada pihak bank tanpa waris yang tolong bayarkan. Pembayaran pada pinjaman rumah terjamin. Dapat elak rumah dilelong. Jika ada duit lebihan dari duit pinjaman, baki tersebut akan dipulangkan pada pihak waris (bank perlu diberikan borang Re Deeds of Assignment). Key Man polisi pula, jika seseorang yang penting dalam syarikat meninggal dunia, duit pampasan Takaful akan diberikan pada syarikat. Dengan duit tersebut syarikat boleh beli Share dari waris simati (Pengarah syarikat, pengurus syarikat, CEO,COO). Tak derlah campur tangan dari waris simati untuk ambil alih pengurusan syarikat.
Punyalah power Absolute Deeds of Assigments nie, boleh secure plan Hibah Takaful si isteri. Cer baca soalan bawah nie.
No comments:
Post a Comment