Thursday, July 4, 2019

Medikal kad arwah ayah boleh beli beras tak mak?

02.07.2019
Selasa

1. Tahukah anda? 89%* dari pelanggan Takaful mempunyai nilai perlindungan bawah RM50,000.
2. Jumlah perlindungan sewajarnya adalah 3@5 kali pendapatan anda.
3. Cukupkah hanya sekadar medikal kad yang tanpa had atau nama glamour unlimited medical card?
4. Apa yang kita nampak adalah medikal kad tolong biayai kos rawatan semasa dihospital. Kemudian apa jadi lepas tue? Itu yang kita tak nampak.
5. Dalam tak sedar, kita dah cipta 2 Kali perbelanjaan dari biasa. Pergi balik hospital perlukan kos petrol, toll lagi nak tempuh, nak bayar parking lagi, makan dan minum lagi, ubat supplement lagi nak kena telan (nak cepat baikkan), rawatan alternative (buat ikhtiar nak cepat sembuh). Semua tue perlukan duit kan? Medikal kad tak cover semua perbelanjaan kita.
6. Bila kita atau pasangan sakit, siapa nak jaga anak-anak? Takkan nak harap kan mak ayah kita. Mesti kena hantar penjaga. Itupun perlukan duit. Kalau dah jatuh sakit teruk, siapa nak handle hal rumah tangga? Dah kena berhenti kerja nak uruskan hal keluarga. Bila dah berhenti, duit pendapatan pun turut berhenti. Manalah nak cari tue? Medikal kad tak dapat nak cover semua tue.
7. Bila pi hospital terus balik rumah ke? Yang duk dekat boleh lah. Yang duduk jauh nie dari Kelantan, dari Johor, dari Kedah, kan kena menginap. Orang dah sakit nie mana boleh letih sangat. Kesian. Mesti kena rehat dalam sehari. Kena kuarkan duit lagi. Medikal kad tak cover semua perbelanjaan kita itu.
8. Medikal kad tak boleh belikan kita beras nak. Medikal kad tak boleh swipe bayarkan pakai baju, yuran sekolah, makan minum kita semua. Dah habis tue? Apa yang bolehnya?
9. Sebab tue kebanyakan Takaful ejen sarankan tengok balik pampasan ilat lumpuh (kemalangan) dan manfaat penyakit kritikal. Lebih afdal kalau perlindungan tue cover 3@5 kali pendapatan kita. Bab penyakit kritikal yang penting you kena tengok cover tak early stage cancer? Kebanyakan manfaat penyakit kritikal tak cover tau early stage cancer. Hanya cover bila virus cancer dah malignant (merebak) saja.
10. Bagus tau ada manfaat penyakit kritikal dan ilat lumpuh. Tak perlu susahkan keluarga yang tersayang nak tolong mintak tolong sana sini. Tak perlu masuk tv atau surat khabar.
11. Ayah yang kacak dan handsome sudah sediakan #Tabungperlindunganbuat keluarga tersayang. Isteri yang jelita sudah ada #cancerprotection untuk persediaan yang tak pasti. Wanita jelita kena ada tau, ada kes hubby cabut lari kerna tak nak jaga isteri yang sakit. Choiii sangat. Kalau kita ada #Tabungperlindungan nie boleh protect our pendapatan dan penggantian gaji. Percayalah kata-kata I. 9 tahun kisah sedih I dengar sepanjang jadi #takafulejen.
melihat mendung berarak lalu
mardiyah kamarudin

*Sumber PruBSN


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...