Monday, May 28, 2018

Sudahkah anda mempunyai takaful?

Apabila ditanya seorang KETUA KELUARGA. Apakah persediaan Encik buat sebelum pulang ke kg untuk beraya
Pasti jawapan
1. Tukar Minyak Hitam
2. Service Aircond
3 Tukar Tayar Baru
4. Check Air
5. Dan Macam-Macam Lagi

Tujuannya adalah 1 iaitu :
"Untuk memastikan supaya KERETA tidak buat hal di pertengahan jalan. Supaya tidak ada masalah semasa dalam perjalanan dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju"
Tetapi jika di tanya pula
Apakah persediaan yang Encik lakukan kepada keluarga jika hari ini Encik pergi buat selama-lamanya. Adakah Encik akan tinggalkan HUTANG-HUTANG yang akan menjadi BEBAN 100% di atas bahu isteri Encik??
Pasti mereka tidak tahu apa yang hendak di jawab.
Sebab itu tugas kami sebagai Perunding Takaful adalah memberikan penerangan dan memberikan kesedaran tentang perkara di atas.
Kerana ramai yang beranggapan bahawa apabila KETUA KELUARGA meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka, secara automatik harta tersebut akan menjadi milik isteri.
ITU SEMUA TIDAK BENAR !!!
CnP...


#celiktakaful
#takaful
#askfortakaful
#mbk

Thursday, May 24, 2018

Make it simple but significant


Konsep takaful sangat simple. So jangan sulitkan sangat urusan bila nak amik mana-mana pelan.

Tak perlu nak jumpa semua 11 ejen drp syarikat takaful yang ada kat Malaysia utk compare. Katakan setiap ejen present 2 produk drp syarikat mereka, bermakna kita ada 22 pelan utk dipilih. Sah-sah makin pening, atlast tak ambil sampai ke sudah

Konsider situasi berikut:

✔sehat=kerja=ada gaji=ada duit
✔sakit=tak dpt kerja=tak ada gaji=nak pakai duit
✔takaful=bagi duit

Bagaimana klo tak de takaful ?

❌guna kredit card
❌keluarkan duit tabung haji(kalau ada)
❌jual barang kemas bini
❌jual kereta
❌jual rumah
❌jual apa saja selagi boleh
❌gadai maruah

Diulang lagi sekali, mana-mana syarikat ada manfaat utama dalam sijil:

Mati
Tpd
Sakit kritikal
Kemalangan

Jadi, pergi jumpa mana-mana ejen dari mana-mana syarikat minta diaorg quote manfaat seperti diatas.

Berapa jumlah ???

✔Untuk manfaat asas kematian dan tpd:

Kaedah 1(Liquidity)
=jumlah gaji × 120

Kaedah 2(Conservation)
=jumlah gaji × 12 ÷ 0.07

✔Untuk manfaat penyakit kritikal
=jumlah gaji × 60

Kenapa 60 ? Tempoh 60 bulan adalah bersamaan dgn 5 tahun adalah satu tempoh sukar sekiranya seseorang disahkan mengidap salah satu drp 36 penyakit. Banyak kos-kos terlibat terutamanya melibatkan barang pakai buang, supplement, dan peralatan bantuan lain.

Pastikan ada manfaaat diatas dulu sebelum nak fikirkan produk-produk lain yang berfungsi sebagai pelengkap.

Medical plan stand alone atau rider ?

✔Kalau belum ada apa-apa pelan, boleh konsider untuk ambil jenis rider. Pastikan ada manfaat waiver

✔Ambil yang jenis standalone jika dah ada pelan hayat lain

Semoga bermanfaat. 
PERFECT PEACE✌

Sila2 pm sy utk info lanjut serta consultation dan quotation PERCUMA 💕

Mardiyah.

#askfortakaful
#ssixmataqwadreamteam
#takaful
#chepuanmbk
#celiktakaful

Credit Intan Nurliyana


[KISAH BENAR EDISI TAKAFUL]: Ovarian Cyst

Saya start ambil takaful hayat plus takaful kad perubatan pada tahun 2012. Selepas 5 tahun, Allah uji saya dengan penyakit ovarian cyst. Baru diagnose cyst terus Dr suruh operate takut cyst pecah dalam perut. Kalau dah pecah, alamatnya banyaklah prosedure kena buat. Sengsara pun ada. Sakit weiiii... Alhamdulillah tahun lepas kad perubatan selamat berkhidmat buat tuannya. Kos pembedahan RM17k ++. Saya sarankan wanita diluar sana mencarumlah kad perubatan untuk diri sendiri. Kalau tak mampu juga, carilah takaful yang cover khusus untuk wanita. Kalau kita lihat sekarang, penyakit seperti cyst, endometriosis, fibroids, polyps dah jadi "common" kes dikalangan wanita.
Nota tengah hari: Perlu diingatkan pihak takaful akan ambil bila Kita dah sihat. Bila dah sakit macan nie, bye-bye lah jawabnya.

Gambar whatsapp: Kisah benar dari kenalan ejen



mbk|019 285 3910

Ramai yang bertanya pada saya. Stand alone atau rider yang sesuai untuk kad perubatan? Inforgrafik untuk rujukan anda.


Wednesday, May 16, 2018

KISAH BENAR MEDICAL CARD YANG MUNGKIN ADA KENA TAHU SEBELUM JADI POKAI SEBAB BIL HOSPITAL..

Tahukah korang..??
BILA kita dapat #sakit tu,termasuk sekali #BILAkitaDapatsimptom2 sakit akan dikira sekali dalam insurans untuk #menjustifikasikan sama ada #medicalcard tu akan cover ke tak bil hospital kita.
Sebanya ,kalau kita dah ada sakit tu berserta simptomnya sebelum apply medical card ,pihak insurans memang takkan cover bil hospital kita.
Jenis penyakit pun kena check sama.Sebab certain penyakit ada #waitingperiod masing-masing sebelum medical card boleh digunakan,maksimum kena tunggu 120 hari .
Selain daripada tu,ada gak investigation period selama 2 tahun dari tarikh insurans commenced, investigation ni akan check semua tentang sakit korang tu dengan doktor dan even Mc korang di ofis pun bakal ditanya untuk memastikan sakit dan simptom penyakit tu betul-betul baru dapat ke selepas apply medical card dengan pihak insurans...
Kalau memang baru dapat sakit tu berserta simptomnya,korang tak payah risau pasal investigation period ni.Sebab tu jangan suka suki tukar medical card, sebab ada tempoh-tempoh siasatan dan menunggu macam ni..Korang juga yang rugi nanti ..
WALAU BAGAIMANAPUN
Kalau sakit tu ataupun simptom sakit tu berlaku dalam tempoh " waiting period' menggunakan medical card,yakni dah apply medical card tapi medical card belum boleh guna lagi,patient boleh claim selepas membayar dulu secara cash atau guna credit card di hospital.* berdasarkan terma dan syarat tempoh bertenang.

 Contohnya.
KES 1
======
Ali sakit batuk yang teruk selama seminggu sehingga kena pneumonia,dia dah apply medical card tetapi medical card masih BARU DAN DALAM TEMPOH MENUNGGU LG untuk digunakan di hospital,so Ali kena bayar dulu dekat hospital semasa discharge and claim kemudian duit tu dekat insurans selepas keluar hospital. Alhamdulillah duit savings Ali tak burn begitu saja disebabkan bil hospital.

KES 2
======
Alia sesak nafas kerana asma yang teruk. Kawan-kawannya panik dan membawanya ke hospital untuk dirawat secepat mungkin. Alia kata pada kawan-kawannya dia dah ada medical card so mereka pun terus membawanya ke hospital pakar berhampiran. Nyawa Alia dapat diselamatkan tetapi Alia terkejut bil hospitalnya tidak dapat dibayar oleh pihak insurans. Alia marah dan cuba call agent dan pihak insurans. Rupa-rupanya report doktor yang menjadi referensi pihak insurans mengatakan Alia sudah ada asma sejak kecil lagi, oleh itu pihak insurans tidak dapat membayar bil hospital Alia according to the Pre-existing Illness (penyakit atau simptom penyakit yang sedia ada dekat Alia sebelum apply medical card) term. Pre-existing illness memang insurans takkan cover punya.🌸Sebab tu kena appy medical card ni seawal mungkin, ketika sihat dan walafiat ni.🌸
Oleh itu, Alia terpaksa membayar bil hospital menggunakan card creditnya dan berhutang banyak lepas tu kerana interest credit card yang sangat tinggi.
Alia bersyukur penyakit lain masih dapat ditanggung oleh pihak insurans selain asma yang telah dihidapinya sejak kecil.

KES 3
=====

Azmil berumur 36 tahun dan amat aktif bermain futsal sejak remaja lagi. Malang tidak berbau, akhirnya lutut Azmil mengalami kecederaan yang serius pada satu hari.
Kedua-dua lutut Azmil kena bedah secepat mungkin dan Azmil tidak dapat menunggu waiting list di hospital kerajaan kerana terlalu sakit dan susah untuk bergerak lalu dia mendapatkan rawatan di hospital pakat swasta.Tapi malangnya bil hospital pakar swasta sebanyak RM35K tidak dicover oleh pihak insurans dan dia terpaksa membayar cash dulu bil tu kerana lutut Azmil sudah mula sakit( ada simptom) sebelum dia apply medical card lagi.
So pihak insurans akan reject payment request dari hospital dan Azmil kena tanggung bil hospital dengan savings sendiri. Sedih Azmil savings dia sebanyak RM35K habis begitu saja disebabkan bil hospital.

1) Oleh itu, korang jangan musuhi agent takaful / insurans ni.
2) Mereka suruh cepat apply takaful /insurans ni bersebab sangat-sangat. Korang ingat komisyen ejen banyak sangat ke? Around 20% je averagely ejen dapat dari premium korang bayar tu..
3) Sebab nak elak kejadian macam ni lah semua agent takaful sanggup contact dan follow up korang pasal medical card ni.
Baik guna savings tu untuk benda lain kan.
Biarlah risiko hidup kita ni,kita boleh minta tolong dari takaful/insurans bukannya kena berhabis savings dan berhutang serious dengan credit card.

4) Lagi satu..jangan simply nak admit hospital swasta ni walaupun dah ada medical card.
Tanya agent and check dulu apa coverage medical card korang dan dah lepasi waiting period utk guna medical card ke tak. Kalau rasa mcm borderline je baru lepas waiting period ,better masuk hosp kerajaan dulu .Takut tengok bil hospital swasta ni. Minimum dalam RM3K-RM4K gak kalau dok 2 hari 1 malam sebab demam biasa.

Monday, May 7, 2018

"Setakat ni suami boleh tanggung lagi, tak perlu lagi takaful nie kot,.nanti nak saya bagitau.."

Pernah saya bertemu dengan seorang kawan perempuan dan saya cuba share tentang kebaikan takaful... Beliau akui takaful suatu alat perlindungan yang penting tapi menolak untuk apply mungkin kerana tahap kesedaran yang belum tinggi.
Responnya :
"Setakat ni suami boleh tanggung lagi, tak perlu lg kot,.nanti nak sy bagitau.."

Ramai isteri ingat bila dah bersuami mereka tak perlukan protection diri, setiap orang adlah manusia, kita mesti bersedia dengan apa sahaja berlaku esok hari.
Kredit: Muhammad Fauzi.


Kalaulahhhh tahu.....

Semalam appointment dengan satu prospect ni kat mamak depan Starling Mall. Member yang referkan.
Pendekkan cerita dia nak apply insurans. Baru lepas kena heart attack. Umur baru 30 tahun. Sanggup nak bayar Rm1000 sebulan, yearly payment terus.
Hmm tapi bukan semudah itu insurans/takaful company nak approve kan application dia. Rasa confirm kena reject ni. Company insurans/takaful only manage future risk. Bukan current ataupun existing risk. Sebab tu berkoyan agent-agent insurans duk advise korang amek insurans/takaful awal-awal. Time sihat walafiat. Baru insurans/takaful company sudi nak insured korang.
Tapi takpe, kita tolong dia submitkan proposal. Nak kata confirm reject tak sampai hati😰
Dia pon willing nak naik turun hospital dapatkan medical report dia. Dia kata memang sangat menyesal tak continue bayar insurans dulu. Pernah 2 kali signed up dengan Prudential tapi lapsed sebab tak bayar.
Kalaulah kita tahu bila musibah nak datang, bila nak kena heart attack, bila nak kena denggi, eksiden, cancer, etc2, confirm since dalam perut mak kita lagi dah plan amek insurans/takaful sesiap.
Kalaulahhh tahu.......
Appointment semalam banyak cakap pasal mati je. Dia duk fikirkan anak bini.
"Kalau I mati macam mana dengan my wife and anak-anak. Kalau ada 5 insurans company approve application I, lima-lima I amek"
"Eh tak banyak sangat ke nanti nak kena bayar"
"Takpe. Memang akan cari duit untuk kasi bayar"
"😅"

Semoga dipermudahkan urusan brader ni. Masih lagi on medication dan kena follow up dengan doktor. Rokok pon dah berhenti. Solat pon dah cukup 5 katanya. Pengalaman masuk ICU, tengok orang kanan kiri dijemput Izrail sangat menginsafkan. Macam dapat peluang hidup kedua.
Sis pon seram sekali dengar cerita dia. Fuh.
Kalau ada tergerak hati nak sign up takaful. Boleh roger macam biasa.
Kredit: Intan Aziz


INSURANS BUKAN HARTA PUSAKA.

Ada harta arwah yang payah waris nak tahu sama ada menjadi harta pusaka atau tidak disebabkan wujud unsur tidak patuh syariah.

Contoh wang judi, wang rasuah.

Namun harta insurans pula berbeza, mudah diketahui oleh setiap waris ianya bukan patuh syariah dan tidak boleh menjadi pusaka.

Yang menjadi pusaka hanya bayaran. Contoh

Pampasan RM 100,000
Bayaran bulanan RM 100
Telah bayar 60 bulan (5 tahun)

RM 100 x 60 = RM 6,000

Hanya RM 6,000 sahaja yang menjadi pusaka

#celikpusaka
#celiktakaful
#takafulforall
#askfortakaful
#TabungWanita

Kredit: Mohamad Akmal Mohamad


APA NAK BUAT BILA POLISI TAKAFUL ANDA NAIK HARGA? NAK MARAH KE MARAH SANGAT?

Semua manusia, selagi normal, takkan suka benda yang buat dia bayar duit lagi banyak daripada sebelum tu. Saya pun! 
Mesti rasa dah tak nak beli, nak boikot pun ada.

Tapi untuk polisi takaful, berbaloi tak anda stop bayaran setelah harga naik?

Anda lagi rugi kalau anda berhenti atau bertukar pada yang lain. Sebab apa?

✅medical card anda dah pun melepasi tempoh menunggu. Dah matang untuk anda pastikan bil untuk apa-apa* penyakit dibiayai(*seperti dalam kontrak). Takkan nak mula balik waiting period. Nanti tiba-tiba sakit pulak sementara waiting period nak habis, macam mana? Kalau waive waiting period pun, tak semudah tu nak cover terus. Akan ada investigations juga. Leceh.

✅dah pernah guna medical card. Jadi dah ada sejarah sakit. Jadi kalau nak ambil medical card lain, kemungkinan besar akan ada pengecualian penyakit yang akan dibiayai. Rugi lah. Dan anda sebenarnya ada 'tanggungjawab' nak menyumbang kepada tabung tabarru yang anda dah pernah guna. Bayangkan baru carum RM5K tapi dah guna dana tabarru sampai RM45K. Takkan nak berhenti macam tu je kan? Kesian la orang lain.

✅anda berhenti medical card, anda terpaksa tanggung risiko masalah kewangan bila sakit seorang diri. Dah tak ada tabung takaful nak bayarkan. Nak jimat RM40, sekali kena bayar bil RM20K! Aduh!

✅anda tukar company medical card lain, percaya lah semua pun akan naik harga. Sebab tak ada syarikat yang boleh control berapa orang akan sakit tahun tu dan berapa banyak claim akan dibuat. Jangan lupa juga faktor inflasi perubatan kita yang memang tinggi. Jadi hakikatnya, semua syarikat tu sama je. Berdepan dengan kemungkinan yang sama.

Nasihat saya,

Selagi manfaat medical card anda bagus, anda mampu lagi nak carum, teruskan lah. Kecuali benefits takaful anda tu kecil sangat, so tukar la. Dan, janganlah marahkan ejen anda. Bukan dia yang suruh naikkan. Malah dia lah yang fight gila-gila untuk anda, tak nak harga naik. Allah je tau betapa tak tenang nya ejen fikir pasal ni. Yang sampai kurus pun ada😅

Apa pun, sebelum nak terminate apa-apa polisi takaful, fikir baik-baik dulu. Adakah dengan menghentikan caruman anda berbaloi untuk anda pertaruhkan perlindungan yang masih bagus?

Moga Allah pun tambahkan rezeki kita, sebab kita derma lagi banyak dalam tabung tabarru. InsyaAllah. Aameen.

Credit Nazri Aziz


Sunday, May 6, 2018

Kenapa pekerja yang diberi facility insurans dari majikan tak kira samada life atau medical perlu ambil personal takaful insurans sendiri?

▶️ Sebab facility berikut bukan hak milik mutlak pekerja Tapi Hak Milik Majikan yang boleh ditarik dan ditamatkan oleh majikan dalam 2 keadaan, BERHENTI kerja atau DIBERHENTIKAN kerja.

▶️ Facility berkenaan boleh berubah manfaat dan nilai coverage setiap tahun. Potensi besar semakin berkurang dan mengecil shj. Adakah ianya akan mencukupi kepada pekerja?

▶️ Tidak layak mendapat pengecualian Cukai bagi pekerja itu sendiri.

▶️ Pekerja terdedah Risiko Pengecualian atau Di Reject atau TIDAK dicover oleh syarikat Takaful Insurans (jika setiap tahun majikan menukar syarikat takaful insurans) kerana telah mempunyai penyakit atau membuat claim yg tinggi setiap tahun.

Ada banyak lagi info dan fakta yang boleh disenaraikan.

Cuma abg tertanya -tanya, mengapa Anda perlu risikokan atau membazir peluang yg diberikan kepada anda sekarang dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada majikan anda terhadap KOS PERUBATAN dan SARA HIDUP jika anda sudah tidak dapat berkhidmat lagi kepada majikan anda sekarang ??

Kempen abg sempena pilihanraya ni,
1 Rakyat 1 Sijil/Polisi Takaful Insurans.

Kredit: aliff fizzal

Mbk | 0192853910

Friday, May 4, 2018

Jangan biarkan mereka hidup meminta minta.

"Takaful? Oh saya tak perlukan Takaful sebab saya berserah je pada Allah. Lagipun saya ni alim dan taat pada suruhanNya. Tak mungkin diuji dengan musibah atau bencana"

Tuan, 
Sedangkan Ustaz pun diuji dengan penyakit kritikal seperti kanser atau ajal di usia muda. Apatah lagi orang biasa macam tuan.

Jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada kebajikan dan masa depan keluarga. Jangan biarkan mereka hidup meminta minta.


PAMPASAN TAKAFUL UNTUK ANAK DI BAWAH UMUR.

Dalam konsep harta untuk anak dibawah umur terutama harta takaful, pemilik harta boleh memilih pemegang amanah dengan 3 cara.

1. Pemegang amanah kepada pasangan
2. Pemegang amanah 2 individu atau lebih
3. Pemegang amanah oleh syarikat amanah

Pastinya ketiga-tiga pilihan ini ada pro dan kontra. Ianya bergantung kepada institusi keluarga tersebut bagaimana perancangannya selepas mati.

Tapi ada pilihan keempat yang pasti kita jumpai.

"biarkan sahaja, nanti pandai-pandai waris uruskan".

#celikpusaka


Thursday, May 3, 2018

Pesanan pagi Khamis

"Takaful? Oh saya tak perlukan Takaful sebab saya berserah je pada Allah. Lagipun saya ni alim dan taat pada suruhanNya. Tak mungkin diuji dengan musibah atau bencana"
Tuan,
Sedangkan Ustaz pun diuji dengan penyakit kritikal seperti kanser atau ajal di usia muda. Apatah lagi orang biasa macam tuan.
Jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada kebajikan dan masa depan keluarga. Jangan biarkan mereka hidup meminta minta.

mbk
0192853910

Tuesday, May 1, 2018

Kita biasa dengar.... bila

Kita biasa dengar atau baca pengguna komen;
.
"Anak saya masuk wad mudah saja dengan medical card AiA Takaful. Swipe sahaja sambil pejam mata..."
.
"Husband saya accident, Prudential BSN cover. 5sen duit pun tak kena bayar..."
.
"Masa saya kena denggi. Alhamdullilah, TAKAFUL IKHLAS cover completely. Zero deposit..."
"Anak saya operate nanah di kepala, Ceupacare cover saja...
Ini adalah cerita-cerita benar yang kita boleh dapat dari friendlist kita.
Ini jugak jelas menunjukkan yang orang kita dah mula buka mata pasal kad perubatan. Tiada lagi yang kata, takaful ini tahyul, kapitalis, penipu dan sebagainya.
.
Dalam industri ini, semua produk adalah terbaek dan tiada satu pun produk yang tercela. Semua produk-produk ini mendapat approval dari Bank Negara Malaysia. Kau fikir BNM ni cap ayam?
.
Jadi, ambillah produk mengikut keperluan dan kemampuan anda, kerana "The Best policy is the paid policy". 
Jangan lupa untuk cari ejen yang betul-betul komited dengan tugasnya macam saya. Produk power pun, kalau kita whatsapp ejen selalu bluetick saja pun tak guna. Kan?
.
Soal produk mana lagi power tu jangan risau, sebab dari semasa ke semasa, setiap company akan keluarkan produk terbaru mereka. Kita ada 11 company takaful yang sentiasa compete each other untuk keluarkan produk yang terbaek untuk keperluan pengguna.
Pasal claims pulak, kalau betul-betul kita layak dapat claim tersebut, memang company akan bayar. Mereka tak goyang pun.
.
Mereka ada banyak paid up capital bernilai ratusan juta bahkan billion. Mereka member PIDM. Mereka juga ada company Retakaful yg cover mereka. Pada masa yang sama, mereka terikat dengan akta Perkhidmatan kewangan 2013 dan diselia oleh BNM. 
Jadi, tiada sebab untuk mereka tak bayar claims dan kalau mereka tak bayar, mereka kena penalti!
Unknown CnP

Ada beberapa kesilapan yang perlu kita tahu


1. Dia rasa dia perlu ada insurans "sekarang" sebenarnya dia silap. Insurans perlu dimiliki sebelum sakit dan ketika sihat. Jika insurans boleh dimiliki ketika atau sedang sakit itu bukan syarikat insurans namanya. Itu welfare....

2. “Alah...Jangan la declare penyakit yang saya sedia ada"
Maaf....saya serius dengan karier saya. Yang mana kita nak? Kepentingan kerja dan keuntungan atau kesinambungan perlindungan yang berterusan? Jika kita tidak declare penyakit yang ada, kemudian hari akan berlaku "drama" claim tidak lepas atau bahasa insurans nya claim decline.

3. Tempat kerja menyediakan insurans pekerja tidak bermaksud kita boleh abaikan insurans peribadi. Anda buat andaian dan kesilapan yang besar. Jika kerap sakit kemungkinan syarikat akan berhenti kan kita kerja. Jadi di mana pendapatan kita dan "insurans free" selama ni pergi?

4. Saya Andaikan dia kini sudah berumur 54 tahun. Tahukah anda faktor umur memainkan peranan penting dalam sebut harga insurans kita selain status merokok, jantina, kelas kerja. Saya yakin premium bulanan dia paling tidak RM500 dan ke atas sebulan.

5. “Mahal....saya cari yang paling murah"
Silakan.... Tapi jangan mengeluh jika banyak limitations dari segi jumlah pampasan, jumlah penggunaan tahunan, penggunaan. Penggunaan yang dimaksudkan di sini apabila kita pernah claim contohnya Fibroid, hanya sekali sahaja sedangkan Fibroid penyakit yang boleh berulang dan mungkin memerlukan pembedahan untuk kali kedua.

Jika sekadar ingin tahu boleh bertanya pada saya. Kita bertanya tak semestinya kita beli. Kadang Kadang kita bertanya untuk kefahaman sendiri. Jadi jangan malu bertanya.

Jangan macam nie...😢



“Buat apa aku ambik Takaful ni.. Bukannya dapat apa pun.. Aku mati, anak bini aku juga yang  kaya.."

Pelik kan ayat ni.. Tapi inilah reality perangai sesetengah orang.. Dah mati pun masih berkira dengan anak bini ??? Tak nak tinggalkan ke duit poket utk anak bini ??? Mereka juga perlu teruskan kehidupan..

RIWAYAT AL-BUKHARI
Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta..

SURAH AL BAQARAH : Ayat 240
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..

Ingat yea...

Takaful ni bukan untuk kita jadi kaya tapi tanpa Takaful mungkin boleh buat kita jadi papa..

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...