Semua manusia, selagi normal, takkan suka benda yang buat dia bayar duit lagi banyak daripada sebelum tu. Saya pun!
Mesti rasa dah tak nak beli, nak boikot pun ada.
Tapi untuk polisi takaful, berbaloi tak anda stop bayaran setelah harga naik?
Anda lagi rugi kalau anda berhenti atau bertukar pada yang lain. Sebab apa?
✅medical card anda dah pun melepasi tempoh menunggu. Dah matang untuk anda pastikan bil untuk apa-apa* penyakit dibiayai(*seperti dalam kontrak). Takkan nak mula balik waiting period. Nanti tiba-tiba sakit pulak sementara waiting period nak habis, macam mana? Kalau waive waiting period pun, tak semudah tu nak cover terus. Akan ada investigations juga. Leceh.
✅dah pernah guna medical card. Jadi dah ada sejarah sakit. Jadi kalau nak ambil medical card lain, kemungkinan besar akan ada pengecualian penyakit yang akan dibiayai. Rugi lah. Dan anda sebenarnya ada 'tanggungjawab' nak menyumbang kepada tabung tabarru yang anda dah pernah guna. Bayangkan baru carum RM5K tapi dah guna dana tabarru sampai RM45K. Takkan nak berhenti macam tu je kan? Kesian la orang lain.
✅anda berhenti medical card, anda terpaksa tanggung risiko masalah kewangan bila sakit seorang diri. Dah tak ada tabung takaful nak bayarkan. Nak jimat RM40, sekali kena bayar bil RM20K! Aduh!
✅anda tukar company medical card lain, percaya lah semua pun akan naik harga. Sebab tak ada syarikat yang boleh control berapa orang akan sakit tahun tu dan berapa banyak claim akan dibuat. Jangan lupa juga faktor inflasi perubatan kita yang memang tinggi. Jadi hakikatnya, semua syarikat tu sama je. Berdepan dengan kemungkinan yang sama.
Nasihat saya,
Selagi manfaat medical card anda bagus, anda mampu lagi nak carum, teruskan lah. Kecuali benefits takaful anda tu kecil sangat, so tukar la. Dan, janganlah marahkan ejen anda. Bukan dia yang suruh naikkan. Malah dia lah yang fight gila-gila untuk anda, tak nak harga naik. Allah je tau betapa tak tenang nya ejen fikir pasal ni. Yang sampai kurus pun ada😅
Apa pun, sebelum nak terminate apa-apa polisi takaful, fikir baik-baik dulu. Adakah dengan menghentikan caruman anda berbaloi untuk anda pertaruhkan perlindungan yang masih bagus?
Moga Allah pun tambahkan rezeki kita, sebab kita derma lagi banyak dalam tabung tabarru. InsyaAllah. Aameen.
No comments:
Post a Comment