Tuesday, May 1, 2018

Ada beberapa kesilapan yang perlu kita tahu


1. Dia rasa dia perlu ada insurans "sekarang" sebenarnya dia silap. Insurans perlu dimiliki sebelum sakit dan ketika sihat. Jika insurans boleh dimiliki ketika atau sedang sakit itu bukan syarikat insurans namanya. Itu welfare....

2. “Alah...Jangan la declare penyakit yang saya sedia ada"
Maaf....saya serius dengan karier saya. Yang mana kita nak? Kepentingan kerja dan keuntungan atau kesinambungan perlindungan yang berterusan? Jika kita tidak declare penyakit yang ada, kemudian hari akan berlaku "drama" claim tidak lepas atau bahasa insurans nya claim decline.

3. Tempat kerja menyediakan insurans pekerja tidak bermaksud kita boleh abaikan insurans peribadi. Anda buat andaian dan kesilapan yang besar. Jika kerap sakit kemungkinan syarikat akan berhenti kan kita kerja. Jadi di mana pendapatan kita dan "insurans free" selama ni pergi?

4. Saya Andaikan dia kini sudah berumur 54 tahun. Tahukah anda faktor umur memainkan peranan penting dalam sebut harga insurans kita selain status merokok, jantina, kelas kerja. Saya yakin premium bulanan dia paling tidak RM500 dan ke atas sebulan.

5. “Mahal....saya cari yang paling murah"
Silakan.... Tapi jangan mengeluh jika banyak limitations dari segi jumlah pampasan, jumlah penggunaan tahunan, penggunaan. Penggunaan yang dimaksudkan di sini apabila kita pernah claim contohnya Fibroid, hanya sekali sahaja sedangkan Fibroid penyakit yang boleh berulang dan mungkin memerlukan pembedahan untuk kali kedua.

Jika sekadar ingin tahu boleh bertanya pada saya. Kita bertanya tak semestinya kita beli. Kadang Kadang kita bertanya untuk kefahaman sendiri. Jadi jangan malu bertanya.

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...