Wednesday, May 16, 2018

KISAH BENAR MEDICAL CARD YANG MUNGKIN ADA KENA TAHU SEBELUM JADI POKAI SEBAB BIL HOSPITAL..

Tahukah korang..??
BILA kita dapat #sakit tu,termasuk sekali #BILAkitaDapatsimptom2 sakit akan dikira sekali dalam insurans untuk #menjustifikasikan sama ada #medicalcard tu akan cover ke tak bil hospital kita.
Sebanya ,kalau kita dah ada sakit tu berserta simptomnya sebelum apply medical card ,pihak insurans memang takkan cover bil hospital kita.
Jenis penyakit pun kena check sama.Sebab certain penyakit ada #waitingperiod masing-masing sebelum medical card boleh digunakan,maksimum kena tunggu 120 hari .
Selain daripada tu,ada gak investigation period selama 2 tahun dari tarikh insurans commenced, investigation ni akan check semua tentang sakit korang tu dengan doktor dan even Mc korang di ofis pun bakal ditanya untuk memastikan sakit dan simptom penyakit tu betul-betul baru dapat ke selepas apply medical card dengan pihak insurans...
Kalau memang baru dapat sakit tu berserta simptomnya,korang tak payah risau pasal investigation period ni.Sebab tu jangan suka suki tukar medical card, sebab ada tempoh-tempoh siasatan dan menunggu macam ni..Korang juga yang rugi nanti ..
WALAU BAGAIMANAPUN
Kalau sakit tu ataupun simptom sakit tu berlaku dalam tempoh " waiting period' menggunakan medical card,yakni dah apply medical card tapi medical card belum boleh guna lagi,patient boleh claim selepas membayar dulu secara cash atau guna credit card di hospital.* berdasarkan terma dan syarat tempoh bertenang.

 Contohnya.
KES 1
======
Ali sakit batuk yang teruk selama seminggu sehingga kena pneumonia,dia dah apply medical card tetapi medical card masih BARU DAN DALAM TEMPOH MENUNGGU LG untuk digunakan di hospital,so Ali kena bayar dulu dekat hospital semasa discharge and claim kemudian duit tu dekat insurans selepas keluar hospital. Alhamdulillah duit savings Ali tak burn begitu saja disebabkan bil hospital.

KES 2
======
Alia sesak nafas kerana asma yang teruk. Kawan-kawannya panik dan membawanya ke hospital untuk dirawat secepat mungkin. Alia kata pada kawan-kawannya dia dah ada medical card so mereka pun terus membawanya ke hospital pakar berhampiran. Nyawa Alia dapat diselamatkan tetapi Alia terkejut bil hospitalnya tidak dapat dibayar oleh pihak insurans. Alia marah dan cuba call agent dan pihak insurans. Rupa-rupanya report doktor yang menjadi referensi pihak insurans mengatakan Alia sudah ada asma sejak kecil lagi, oleh itu pihak insurans tidak dapat membayar bil hospital Alia according to the Pre-existing Illness (penyakit atau simptom penyakit yang sedia ada dekat Alia sebelum apply medical card) term. Pre-existing illness memang insurans takkan cover punya.🌸Sebab tu kena appy medical card ni seawal mungkin, ketika sihat dan walafiat ni.🌸
Oleh itu, Alia terpaksa membayar bil hospital menggunakan card creditnya dan berhutang banyak lepas tu kerana interest credit card yang sangat tinggi.
Alia bersyukur penyakit lain masih dapat ditanggung oleh pihak insurans selain asma yang telah dihidapinya sejak kecil.

KES 3
=====

Azmil berumur 36 tahun dan amat aktif bermain futsal sejak remaja lagi. Malang tidak berbau, akhirnya lutut Azmil mengalami kecederaan yang serius pada satu hari.
Kedua-dua lutut Azmil kena bedah secepat mungkin dan Azmil tidak dapat menunggu waiting list di hospital kerajaan kerana terlalu sakit dan susah untuk bergerak lalu dia mendapatkan rawatan di hospital pakat swasta.Tapi malangnya bil hospital pakar swasta sebanyak RM35K tidak dicover oleh pihak insurans dan dia terpaksa membayar cash dulu bil tu kerana lutut Azmil sudah mula sakit( ada simptom) sebelum dia apply medical card lagi.
So pihak insurans akan reject payment request dari hospital dan Azmil kena tanggung bil hospital dengan savings sendiri. Sedih Azmil savings dia sebanyak RM35K habis begitu saja disebabkan bil hospital.

1) Oleh itu, korang jangan musuhi agent takaful / insurans ni.
2) Mereka suruh cepat apply takaful /insurans ni bersebab sangat-sangat. Korang ingat komisyen ejen banyak sangat ke? Around 20% je averagely ejen dapat dari premium korang bayar tu..
3) Sebab nak elak kejadian macam ni lah semua agent takaful sanggup contact dan follow up korang pasal medical card ni.
Baik guna savings tu untuk benda lain kan.
Biarlah risiko hidup kita ni,kita boleh minta tolong dari takaful/insurans bukannya kena berhabis savings dan berhutang serious dengan credit card.

4) Lagi satu..jangan simply nak admit hospital swasta ni walaupun dah ada medical card.
Tanya agent and check dulu apa coverage medical card korang dan dah lepasi waiting period utk guna medical card ke tak. Kalau rasa mcm borderline je baru lepas waiting period ,better masuk hosp kerajaan dulu .Takut tengok bil hospital swasta ni. Minimum dalam RM3K-RM4K gak kalau dok 2 hari 1 malam sebab demam biasa.

4 comments:

lyna said...

Salam Puan,

Nama saya Lyna saya nak tanya satu soalan..

saya baru ambik insurance PRUBSN, waktu tempoh 120hari masih belum habis lagi.

sekarang Dr sahkan saya ada Endo Polyps dan mencadangkan utk saya remove polyps berkenaan, jika saya ikut saranan Dr sekarang, adakan di kemudian hari PRUBSN tidak akan cover penyakit Endo Polyps jika ianya terjadi semula?

Saya ada AIA & PRUBSN (baru ambil plan ini), jika saya nak remove polyps mengunakan insurance AIA, adakah ins PRUBSN saya akan terganggu? (saya bercadang untuk tamatkan AIA dalam masa 4bulan lagi)

Terima Kasih Puan

akok is a person not a kuih said...

Waalaikummusslam Lyna,

Terima kasih kerna sudi bertanya,

Soalan: Sekarang Dr sahkan saya ada Endo Polyps dan mencadangkan utk saya remove polyps berkenaan, jika saya ikut saranan Dr sekarang, adakan di kemudian hari PRUBSN tidak akan cover penyakit Endo Polyps jika ianya terjadi semula?

Jawapan: Memandangkan puan sudah ada Polyps dan tempoh bertenang belum habis lagi, di kemudian hari PRUBSN sudah TIDAK COVER POLYPS kerna ia berlaku dalam tempoh bertenang.

Soalan: Saya ada AIA & PRUBSN (baru ambil plan ini), jika saya nak remove polyps mengunakan insurance AIA, adakah ins PRUBSN saya akan terganggu? (saya bercadang untuk tamatkan AIA dalam masa 4bulan lagi)

Jawapan: Alhamdulillah puan ada medikal kad pertama yaitu AIA. Saya assume medikal kad AIA sudah lama puan ambil. Jika sudah bertahun puan ambil, saya sarnkan sesangat pakailah medikal kad AIA ini untuk cover kos rawatan polyps. Polyps harus di rawat secepat mungkin takut melarat. Jika puan guna medikal kad AIA, kad perubatan PRUBSN takaful tak akan terganggu. Cuma pihak PRUBSN Takaful SUDAH TAK COVER PENYAKIT POLYPS KERNA IA WUJUD KETIKA TEMPOH BERTENANG.

Emak saya ada endometrium polyps. Period dia non stop. Dr buat cuci rahim sahaja. Yg lain hanya jaga pemakanan.

Gunalah kad perubatan AIA tue puan. Jadikan kad prubsn takaful sebagai kad perubatan kedua. Manalah tahu medikal kad kedua dapat cover penyakit lain SELAIN POLYPS.

Moga saya menjawab soalan puan

mbk
0192853910

lyna said...

Puan,

terima kasih atas maklumat yang di berikan, sungguh terang and jelas.

menurut puan perlu ke saya ada dua medical card? apakah kelebihan memiliki 2 medical card?

ya dah lama saya memiliki insurance AIA, saya nak upgrade tapi mahal pulak quotation AIA berikan, dalam RM400 sebulan.

Medical card AIA mempunyai coverage yang sikit dan tiada simpanan.. saya bayar hanya 3bulan sekali RM300

akok is a person not a kuih said...

Hi Lyna,

Soalan: menurut puan perlu ke saya ada dua medical card? apakah kelebihan memiliki 2 medical card?

Jawapan: Kad perubatan ke dua boleh cover up others treatment jika had tahunan kad pertama habis digunakan. Jika had tahunan kad perubatan pertama habis digunakan untuk treatment polyps, dan katakan kita ada virus fever, dan ia perlukan rawatan segera, kad perubatan ke dua boleh digunakan untuk cover kos rawatan virus fever.

Boleh saya tahu berapa coverage tahunan medikal kad AIA? Ya, Kad perubatan AIA adalah stand alone. Tiada simpanan. Sebab tue ia murah.

moga saya menjawab soalan Lyna.

mbk 0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...