Kes 1
"Beli Takaful cover RM1.2 juta?
Alaaa tak payah lah. Aku dah beli property RM1.5 juta dah. MRTA semua masuk loan. Aku tak payah bayar apa-apa. Semua bank uruskan. Cover dah semua. Lagipun aku lebih percaya kat bank dari ejen Takaful macam kau!"
Kes 2
"Apa? Beli Takaful? Tak payah lah. Aku dapat takaful coverage free je bila aku invest Unit Trust. Ejen unit trust aku uruskan semua. Membazir je ambik Takaful dengan kau ni. Kena bayar itu ini"
Lepas 6 bulan, mati mengejut kerana sakit jantung. Lebih mengejutkan MRTA enggan bayar baki loan. Unit trust pun, Takaful free tak bayar gantirugi. Investment pulak kena beku hingga keluar surat kuasa tadbir kerana tiada wasiat.
Pewaris tak puas hati. Kenapa tak bayar?
Pegawai bank pun hairan tak tau kenapa. Ejen unit trust pun kelu, tak cakap apa
Last last ejen Takaful ni jugak yang dirujuk
"Claim semua tu kena investigation" jawab saya. Sebab claim kurang 2 tahun, timbul keraguan pada syarikat Takaful.
Lepas investigation setahun, claim reject. Rupanya si mati menghidap hypertension dan diabetic. Pernah kena gout 2-3 kali. Tak declare masa permohonan
Pegawai bank tulis semua sihat sebab si mati "nampak sihat" dan berduit. Ejen unit trust pun declare semua sihat sebab ini FREE Takaful. Hakikatnya, betul ke boleh dapat duit pampasan free free?
Itulah masalahnya. Bab Takaful ramai yang ambil mudah macam pandai.
Ingat takaful ni beli duit pampasan ke? Asal register, bayar caruman, confirm dapat claim? Ingat Takaful dapat free, maka tak payah declare apa apa? Tulis je sihat semuanya?
Bab Takaful, berurusan lah dengan konsultan yang terlatih. Orang yang anda pandang sebelah mata tu lah, lebih arif dalam bab Takaful, berbanding orang lain yang cuba-cuba nak buat Takaful yang BUKAN kerja utama mereka!
mbk
0192853910
#hibah
#tabungkecemasan
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#takaful
No comments:
Post a Comment