Monday, March 26, 2018

Sindrom bapak-bapak

Saya petik sebahagian dari status Zaid Zolkipli

Baru baru ni, korang mesti perasan kan ejen insurans duk promote hibah hibah. Amenda la hibah. Insurans je kan senang. Sebenarnya sama je konsep hibah dan insurans nyawa. Cuma hibah ni islamik. (dan direct kepada pasangan)

Untuk ketua keluarga, saya menitik beratkan untuk ambik hibah. Ada hibah serendah rm50 sebulan. Ada yg rm100. Saya mencarum hibah rm100, dimana jika saya meninggal sebelum berumur 80 tahun,atas apa apa sebab kematian, isteri saya akan menerima rm150 000. Semakin tinggi caruman, semakin tinggi nilai hibah yang diterima, sehingga jutaan ringgit.

Kekurangan hibah ialah, kalau kita sakit, dia takde medical card yang boleh cek in hospital swasta 5 bintang dan duduk 1 bilik sorang sambil tengok saluran tv satelit. Hibah khusus untuk perlindungan selepas kematian. Sakit demam accident apa semua masuk hospital kerajaan. Lagipun servis hospital kerajaan sekarang terbaik. Subsidi lebih 90%. Murah kan

Lagi satu, hibah juga ada pelaburan. Bermakna selepas beberapa tahun, akan akan nilai yang diberikan. Sebagai contoh, plan hibah saya menganggarkan selepas 30 tahun, ada nilai tunai sebanyak rm20000. Tak kisah la kita masih hidup atau dah meninggal dunia. Saya boleh keluarkan untuk apa apa kegunaan. Ia bersamaan rm666 setahun ataupun rm55 sebulan. Not bad kan. Kita bayar rm100 sebulan, dalam masa yang sama kita 'paksa simpan' rm55 sebulan. (ada company yang bagi extra cash rm80000 untuk caruman rm155 sebulan)

Zaman semakin pantas. Setiap ketua keluarga mesti ada caruman hibah. Biarlah kita tak mampu nak bayar medical card rm200-300 sebulan sakit nak masuk hospital swasta. Asalkan kita boleh tinggalkan sedikit duit untuk keluarga. Cumanya, nak taknak kena asingkan sekurang kurang rm50-100 sebulan untuk mencarum hibah.

mbk | 019 285 39 10



No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...