Wednesday, March 14, 2018

Orang sakit dilarang ambil Takaful!!!

Kekadang sesetengah orang pertikai kenapa takaful tak mau ambil orang yang dah sakit teruk?

"Kata nak BANTU orang, tapi kenapa orang dah sakit tak boleh ambil takaful? Ini bukan nak BANTU orang pun, nak duit semata-mata je. Kalau tak, mesti dah boleh BANTU orang yang ada penyakit ni." kata mereka dengan marah marah.

Sebenarnya, cuba anda fikir balik. Kalau kereta anda accident, baru nak beli takaful, boleh tak beli dan kemudiannya nak claim? Kalau rumah anda dah terbakar hangus, baru nak beli takaful, boleh tak?

Itulah yang anda kena FAHAMI DENGAN JELAS. Takaful ni BUKAN AQAD JUAL BELI WANG PAMPASAN. Bila dah sakit, baru cari takaful, dengan harapan nak tukar duit RM100 kepada RM100,000.

Memang benar sykt Takaful ni satu entiti bisnes, tapi anda kena sedar, Takaful ni suatu khidmat jaminan tanggung kerugian. Ada syarat dia, iaitu dia beri jaminan tanggung kerugian ke atas benda yang belum pernah berlaku. Supaya dapat keadilan kepada semua peserta. Bukan yang dah sakit teruk pun, ambik kesempatan mudah, nak tukar duit RM100 kepada RM100,000 buta-buta macam tu.

Sykt takaful ni pegang amanah orang, jaga tabung pampasan dari peserta2 yang join program ni dan duit pelabur-pelabur sykt. Kalau tabung tu habis, nanti semua peserta merungut, mereka sihat dan bayar tiap tiap bulan, tapi tabung habis diguna pakai oleh org dah sakit teruk, yang terdesak nak pakai duit.

Jadi ingatlah tuan puan, Takaful hayat & perubatan TAK BOLEH DIBELI dengan duit. Ia hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN. Kalau kesihatan sudah tak mengizinkan, ada duit RM100,000 pun tak laku nak beli takaful.


mbk
0192853910
#hibah
#takaful
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#tabungkecemasan

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...