Terima khabar kematian semalam. Arwah baru usia 42 tahun, meninggal kan seorang isteri dan tiga orang anak yang berusia dalam 2 tahun hingga 14 tahun. Hasil post mortem, meninggal dunia akibat serangan jantung. Sehari sebelum arwah meninggal, arwah ada mengadu pada isteri , dia merasa stress di tempat kerja.
Sekarang nie saya lihat rata-rata yang meninggal dunia dari serangan jantung adalah yang berusia bawah 50 tahun. Salah satu sebab meninggal kerana stress ditempat kerja dan menyebabkan serangan jantung. Bila dah depress, agak sukar kita nak kawal emosi. Bayangkan arwah kena buat 3 kerja dalam satu masa. Mana tak stress.
Sepanjang arwah hidup, dia ada meninggalkan takaful untuk ahli keluarganya. Arwah percaya, jika dia meninggal dunia, duit pampasan takaful tue bolehlah ahli keluarganya menggunakan untuk meringankan beban perbelanjaan dan mengurangkan masalah kewangan. Walaupun isterinya bekerja, agak sukar si isteri menampung perbelanjaan harian yang mana biasanya ditanggung oleh suami dan isteri.
Apa yang saya tulis adalah kisah benar dan realiti kehidupan sekarang. Apa yang boleh saya rasa "release", arwah ada meninggalkan plan penggantian gaji untuk tabung kecemasan ahli keluarganya.
mbk | 019 285 3910
No comments:
Post a Comment