Tuesday, December 26, 2017

MENIPUKAH INSURANS/TAKAFUL?

*************************************

ALHAMDULILLAH, pg ni tgk sms GL approved dpt jam 1.40 pagi tadi saya dah lena, anak klien warded demam rotavirus. Walaupun klien tak bagitau pun saya anak warded semalam tapi GL lulus tanpa masalah.

Syukur pada Allah sepanjang 9 tahun saya bersama syarikat Takaful setakat ni semua klien yang warded tidak ada lagi apa masalah nak warded atau claim.

Kalau tuan puan ada baca atau dengar viral masalah insuran/takaful tak keluarkan GL atau tak bayar claim pasti ada sesuatu yang tak kena dengan polisi yang klien ada. Kebiasaaan masalah timbul ialah:

1. Polisi baru bawah 2 tahun admit sebab penyakit2 yang menimbul keraguan seperti ketumbuhan, diabetis, jantung dan banyak lagi penyakit yg berkemungkinan telah wujud lama bukan datang tetiba dalam tempoh singkat. Hanya Dr yang tahu untuk menentukan...syarikat insuran/takaful hanya berpandukan report Doktor dan disahkan oleh Doktor dalaman syarikat.

2. Tidak Jujur dalam mendedahkan maklumat sama ada dari pihak klien atau ejen.

3. Penyakit tidak dilindungi sebab berkait dengan Penyakit Sedia ada atau Pengecualian Khusus dalam polisi.

4. Diagnosis penyakit wujud dalam tempoh waktu menunggu 30 hari, 90 hari atau 120 hari.

5. Had tahunan dah habis diguna.

6. Polisi luput...jagala bayaran takaful...sebaiknya ambil yang ada cash value...

Jadi fahamilah apa yang anda ambil. Patuhilah segala term n condition.

Jika claim anda "direject" pahamilah istilah ini :

1. GL not offerd - Defered For Investigation - Kes begini claim belum tentu rejek cuma GL tak dikeluarkan kalau nak dpt rawatan juga boleh bayar sendiri dan buat claim semula dengan kemukakan laporan perubatan lengkap dan apa2 requirement syarikat spt medical history jika ada. Jika anda dapat mengemukakan segala requirement yg diperlukan dan tiada apa yg didapati sesuatu yg boleh menyebabkan claim decline, claim itu akan tetap dibayar. Jika terjadi peranan ejen amat penting untuk membantu dan klien wajib bagi kerjasama.

2. Decline - untuk sampai tahap Surat Decline atau Repudiate Claim bukanlah suatu keputusan yg mudah oleh mana2 syarikat insuran/takaful. Mereka akan nilai daripada semua dokumen yg diminta hingga berpuas hati dan didapati mmg terbukti ada maklumat jelas tidak mendedahkan maklumat secara jujur atau claim tidak memenuhi syarat dalma polisi barulah akan dikeluarkan surat PENOLAKAN TUNTUTAN yang disemak dan dibincangkan antara pegawai2 syarikat yang ada kuasa bukan keputusan seorang Claim Accessor.

Dalam surat penolakan claim akan dilampirkan risalah dan tatacara membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan keputusan syarikat utk diajukan ke OMBUDSMAN FOR FINANCIAL iaitu sebuah Timbangtara yg diwujudkan utk menerima aduan dan pertikaian dalam urusan kewangan melibatkan insuran, takaful dan perbankan.

Semoga bermanfaat

kredit: Mohd Nazri Othman

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...