Ramai orang sebut Takaful tu 'INCOME PROTECTION'. Tapi kita faham ke apa tu 'income protection' atau dalam Bahasa Melayunya perlindungan pendapatan. Bagaimana pula cara nak kira?
Ok. Ada banyak cara macamana nak kira 'income protection' ni. Saya bagi satu cara yang senang untuk korang kira sendiri.
Gaji/pendapatan X 12 bulan X 10 tahun. Maka dapatlah berapa jumlah perlindungan yang korang diperlukan.
Contoh : RM3,000 × 12 × 10 = RM360,000
'Income protection' ni digunakan bagi menggantikan gaji/pendapatan yang hilang akibat tidak lagi mampu bekerja setelah berlakunya cacat kekal menyeluruh ataupun lumpuh. Begitu juga apabila berlakunya kematian peserta (saya tak doa ya), pampasan yang diterima oleh waris tadi dapat digunakan untuk meneruskan perbalanjaan sedia ada.
Siapa pulak yang perlukan 'income protection'? Semua orang ke?
Taklah, tapi PENTING untuk mereka yang di dalam kategori ini :
- pasangannya tidak bekerja
- anak-anak masih kecil
Bagus juga untuk mereka yang :
- mahu menghibahkan kepada pasangan / waris
Kenapa 10 tahun, bukan 3,5 atau 7 tahun? 10 tahun hanya cadangan kepada mereka yang masih memiliki anak kecil. Perjalanan mereka kan masih panjang. Dapat jugak membantu dalam perbelanjaan sekiranya peserta ditimpa musibah dalam membesarkan mereka.
Untuk memberikan cadangan dan quotation percuma, korang boleh hubungi saya.
mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910
mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910
1 comment:
Salam singgah sini dan follow :)
Post a Comment