Friday, December 29, 2017

TEMPOH MENUNGGU & TEMPOH BOLEH PERTIKAI

Ramai yang sangka kalau beli polisi Takaful, ia akan terus covered. Betul, untuk accident ya.

Tapi untuk plan Takaful lain yang anda ambil, seperti kematian kerana sakit, penyakit kritikal, elaun hospital dan medical kad, ada tempoh menunggu bila ia mula cover. Jangan ingat, beli je terus boleh pakai, boleh claim.

Contoh kematian kerana sakit, cover selepas 30 hari polisi diluluskan. Kalau kematian berlaku selepas 7 bulan akibat serangan jantung, adakah ianya cover?

Jawapan dia - Bergantung kepada siasatan. Ya semua polisi yang kurang dari 2 tahun, syarikat berhak siasat terlebih dulu, jika ada keraguan. Tempoh 2 tahun inilah dipanggil tempoh boleh pertikai. Maknanya syarikat hanya akan buat keputusan selepas siasatan lengkap dilakukan

Client saya meninggal dunia kerana serangan jantung selepas 7 bulan ambil polisi. Siasatan ambik masa 15 bulan, baru claim diluluskan setelah syarikat puas hati tiada lagi keraguan

So, apa moralnya disini? 

MOHON TAKAFUL CEPAT CEPAT

Karang claim kena siasat sebab baru beli, anda marah dan mengamuk tak tentu hala. Jangan ingat, beli je terus dapat claim.

mbk
0192853910

kredit: Azhar Syazri Azizan

ROC (replacement of certificate)


1. ROC berlaku apabila pemegang polisi ‘surrender’ polisi asal dan ambil polisi baru.
2. Ada 2 keadaan; inter/internal dan external ROC
3. Inter/internal contohnya, dah ada polisi dengan company A, ada agen dari company yang sama datang dan ajak ambil polisi lain dengan dia. Dan polisi asal surrender dalam masa 1 tahun.
4. External ROC contohnya, dah ada polisi dengan company A, datang agen company B ajak ambil polisi dengan dia. Dan polisi asal serrender.
5. Inter/internal ROC, company akan detect jika berlaku. Dan komisyen ditarik balik, dapat surat amaran dan paling teruk jika di-‘terminate’.
6. External ROC, agen asal perlu membuat laporan kepada BNM. Agen company B akan dapat Hukuman seperti no.5.
7. Komisyen tak dapat tapi tetap kena service. ( service free)
8. Tidak perlu sailang client orang lain. Bahaya menanti.
9. Agen asal bisanya jarang buat laporan memikirkan ‘kesian’ kepada agen baru.
10. Jika merasakan polisi asal ‘bakal’ client tidak sesuai, minta jumpa agen asal dan buat ubah suai. Bagi nasihat yang betul.
11. Saya pernah terkena, client ambil 2nd polisi dengan saya. Tiba-tiba surrender polisi asal sebab ambil polisi baru dari company lain. Tak pasal-pasal saya dapat surat dan kena jawab.
12.Mari wujudkan suasana yang harmoni dalam industri takaful dan insuran

kredit: Muhammad Rahmat
0192853910

JOM BERTAKAFUL... Takaful tak menjadikan seseorang itu kaya, akan tetapi ia boleh meringankan beban kewangan orang tersayang apabila ANDA TIADA.

mbk
0192853910

Thursday, December 28, 2017

SURRENDER POLISI

******************************

Tahun nie ada klien saya yang surrender polisi. Saya ada tanya kenapa nak surrender? Rata-rata ada masalah kewangan dan kena adjust financial depa balik. Ralatnya, tak sempat nak consult pasai surrender polisi, depa dah pi kaunter buat surrender sendiri. Dah itu muktamad, saya akur. Moga mereka didalam sejahtera dan sihat sentiasa.

Berkenaan dengan surrender polisi, saya tertarik dengan status dan komen Tuan Nazri Othman:-
kalu klien saya nak surrender kalu bgtau sy pun sy tak halang. Cuma sy akan tanya sebab je. Kot2 ada perkara yg boleh diselesaikan.
Jika itu dah muktamad mmg sy akur je. Sy takkan pujuk rayu org ambik dan takkan pujuk org supaya jgn surrender. Tugas sy hanya bg info yg patut klien tahu kesan dan akibat.
Duit orang... Apa kita boleh buat. Semoga klien2 yg surrender tu sihat dan selamat. Kalu pas surrender kena musibah Innallillah.
Dan dalam banyak komen balas dari friendlistnya, saya tertarik dengan komen ini:-

" Saya ada satu klien saya x pujuk.. dia lapsed dan 4 bulan lepas dia lapsed dia meninggal dunia sebab kemalangan.. mak arwah call saya sambil menangis dan tanya ada pampasan apa2 x sebab nak settlekan kereta arwah dan motor besar dia.. sampai sekarang saya rasa ralat sebab x pujuk dia bayar sambung sikit 2 3 bulan..

Saya sebagai perancang kewangan, bila klien nak surrender selepas kita bagi good servis dan explanation yg baik, maksudnya klien masih x faham kepentingan product yg kita beri.. saya rasa gagal sebagai seorang agent kalau klien saya x nak bayar bukan sebab x mampu bayar atau ada beli insurance lain.."

Moga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua


mbk
0192853910

LAPSED

***********

Lapsed adalah bila akaun perlindungan a.k.a polisi Insurans atau sijil Takaful sudah TIDAK AKTIF. Bila ia tak aktif, sebarang tuntutan (CLAIM) tak boleh dibuat. Pihak Insurans dan Takaful, dah tak cover. Jika ejen kalian ada message atau call, mohonlah buat bayaran dengan kadar segera untuk aktifkan kembali akaun Takaful itu. Mereka bukan nak kejar komisen semata-mata. Tapi lebih kepada keprihatinan pada klien mereka sahaja.

Berdasarkan kisah benar, klien saya sijilnya sudah lapsed. Sudah diingatkan untuk buat bayaran, tapi dia senyap sahaja. Nak dijadikan cerita, dia ada message saya kerna kakinya ada bisul. Nak buat macam mana sijil Takaful sudah lapsed. Maka terpaksa dia bayar sendiri kos pembedahan kakinya itu. Kos rawatan RM11,000.  Akibat dari peristiwa ini, saya beryukur kerna pintu hatinya terbuka semula untuk buat bayaran untuk atifkan kembali sijil Takaful itu.


Mohon share jika status ini bermanfaat. Tak perlukan kredit pun.

mbk
0192853910

Wednesday, December 27, 2017

Takaful ni bukan diukur dari SUDAH ADA atau takde.

**************************************************
Takaful ni bukan diukur dari SUDAH ADA atau takde.

Tapi diukur dari berapa jumlah coverage yang ada dan adakah ia mampu selesaikan BENCANA KEWANGAN yang menimpa anda atau sebaliknya?

Sebab ramai pemilik polisi yang gah cakap DAH ADA POLISI, tapi bila disemak, BAYAR MAHAL, COVERAGE KECIK JE.

Jangan tunggu dah ditimpa musibah, baru nak menyesal dan nak ubah.

kredit: Azha Syazri Azizan

mardiyah
www.wasap.my/60192853910

BEBANAN UNTUK KELUARGA : Gambar nie buat orang terkejut

BACA ARTIKEL BERKENAAN: LOVING COUPLE POLICIES

BACA ARTIKEL BERKENAAN: LOVING COUPLE POLICY

BACA ARTIKEL BERKENAAN: ABANG HADIAHKAN POLICI INI TILL JANNAH

BACA ARTIKEL BERKENAAN: ❤ Loving Couple Policy  ❤

Apabila kematian ketua keluarga, maka terkeluarlah pertanyaan dari ahli keluarga, adakah arwah ada meninggalkan Takaful? 

Beginilah keadaanya jika ketua keluarga sudah tiada. Suatu bebanan untuk dipikul. Memang benar wang ringgit tak dapat diganti dengan nyawa orang yang kita sayang. Tapi duit yang arwah tinggalkan dapat meringankan waris untuk membantu mereka meneruskan hidup.

mardiyah



Gambar kredit: Takaful Awareness Through Cartoon

KEMPEN ❤ Loving Couple Policy ❤ BERSEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

BACA ARTIKAL BERKENAAN: LOVING COUPLE POLICIES

BACA ARTIKAL BERKENAAN:loving couple policy

BACA ARTIKAL BERKENAAN: Abang hadiahkan polisi Takaful ini 

BERSEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK, SAYA MENJALANKAN KEMPEN KESEDARAN LOVING COUPLE POLISI. ABANG SAYANG YOU, YOU SAYANG ABANG. SUKA TAK KALAU SUAMI TERSAYANG HADIAHKAN SESUATU YANG TAK TERNILAI LEBIH BERHARGA DARI INTAN, BERLIAN & EMAS??

APAKAH LOVING COUPLE POLISI?

1. Suami bayarkan sumbangan sijil takaful isteri. Isteri bayarkan sumbangan sijil takaful suami.

2. Apabila salah seorang ‘bye-bye’ , pasangannya akan dapat hibah daripada sijil takaful dan sumbangan sijil takaful beliau akan ditanggung oleh syarikat takaful. Bahasa mudahnya, sijil beliau dah tak perlu bayar sumbangan lagi.

3. Hanya terguna pakai untuk pasangan suami isteri yang sah sahaja. Tunang, couple boifren girlfren, skandal, kawan dan sebagainya, tidak valid sebab tiada ikatan yang sah.

4. Menggunakan kelebihan ‘Rider Payor (Spouse) dalam pelan takaful.

5. Sesuai untuk suami isteri yang bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga.

6. Kalau lepas sign-up dan bercerai macam mana? Ianya sudah tidak valid. Oleh itu, jangan bercerai nanti sijil takaful akan jadi tidak valid.

7. Baru lah til jannah.

8. Menarik tak? PM

SAYA AKAN BERI REBATE SEBULAN JIKA ANDA MEMBAYAR CARUMAN LOVING COUPLE POLISI SECARA TAHUNAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT MAYBANK. DENGAN KERJASAMA MAYBANK DAN PRUBSN TAKAFUL, KAMI ADAKAN KEMPEN SKIM PEMBAYARAN MUDAH KAD KREDIT MAYBANK. Maybank Ezypay Scheme is a 0% profit rate instalment plan that will provide an easier and more consistent way for you who holds Maybank Visa and MasterCard® Credit Card to make payment. 

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!!!

Jika nak tahu quotation sila klik sini: https://docs.google.com/forms


mbk
www.wasap.my/60192853910

Tuesday, December 26, 2017

MENIPUKAH INSURANS/TAKAFUL?

*************************************

ALHAMDULILLAH, pg ni tgk sms GL approved dpt jam 1.40 pagi tadi saya dah lena, anak klien warded demam rotavirus. Walaupun klien tak bagitau pun saya anak warded semalam tapi GL lulus tanpa masalah.

Syukur pada Allah sepanjang 9 tahun saya bersama syarikat Takaful setakat ni semua klien yang warded tidak ada lagi apa masalah nak warded atau claim.

Kalau tuan puan ada baca atau dengar viral masalah insuran/takaful tak keluarkan GL atau tak bayar claim pasti ada sesuatu yang tak kena dengan polisi yang klien ada. Kebiasaaan masalah timbul ialah:

1. Polisi baru bawah 2 tahun admit sebab penyakit2 yang menimbul keraguan seperti ketumbuhan, diabetis, jantung dan banyak lagi penyakit yg berkemungkinan telah wujud lama bukan datang tetiba dalam tempoh singkat. Hanya Dr yang tahu untuk menentukan...syarikat insuran/takaful hanya berpandukan report Doktor dan disahkan oleh Doktor dalaman syarikat.

2. Tidak Jujur dalam mendedahkan maklumat sama ada dari pihak klien atau ejen.

3. Penyakit tidak dilindungi sebab berkait dengan Penyakit Sedia ada atau Pengecualian Khusus dalam polisi.

4. Diagnosis penyakit wujud dalam tempoh waktu menunggu 30 hari, 90 hari atau 120 hari.

5. Had tahunan dah habis diguna.

6. Polisi luput...jagala bayaran takaful...sebaiknya ambil yang ada cash value...

Jadi fahamilah apa yang anda ambil. Patuhilah segala term n condition.

Jika claim anda "direject" pahamilah istilah ini :

1. GL not offerd - Defered For Investigation - Kes begini claim belum tentu rejek cuma GL tak dikeluarkan kalau nak dpt rawatan juga boleh bayar sendiri dan buat claim semula dengan kemukakan laporan perubatan lengkap dan apa2 requirement syarikat spt medical history jika ada. Jika anda dapat mengemukakan segala requirement yg diperlukan dan tiada apa yg didapati sesuatu yg boleh menyebabkan claim decline, claim itu akan tetap dibayar. Jika terjadi peranan ejen amat penting untuk membantu dan klien wajib bagi kerjasama.

2. Decline - untuk sampai tahap Surat Decline atau Repudiate Claim bukanlah suatu keputusan yg mudah oleh mana2 syarikat insuran/takaful. Mereka akan nilai daripada semua dokumen yg diminta hingga berpuas hati dan didapati mmg terbukti ada maklumat jelas tidak mendedahkan maklumat secara jujur atau claim tidak memenuhi syarat dalma polisi barulah akan dikeluarkan surat PENOLAKAN TUNTUTAN yang disemak dan dibincangkan antara pegawai2 syarikat yang ada kuasa bukan keputusan seorang Claim Accessor.

Dalam surat penolakan claim akan dilampirkan risalah dan tatacara membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan keputusan syarikat utk diajukan ke OMBUDSMAN FOR FINANCIAL iaitu sebuah Timbangtara yg diwujudkan utk menerima aduan dan pertikaian dalam urusan kewangan melibatkan insuran, takaful dan perbankan.

Semoga bermanfaat

kredit: Mohd Nazri Othman

mbk
0192853910

Tuesday, December 12, 2017

"Abang Hadiahkan Polisi Takaful ini Sebagai Tanda Kasih Sayang Kita till Jannah."


Gambar sekadar hiasan

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi Takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami memiliki polisi isteri dan isteri memiliki polisi suami.

Dengan kata lain;

Polisi A: Suami sebagai Pemegang Polisi dan isteri sebagai Peserta, dan

Polisi B: Isteri pula sebagai Pemegang Polisi dan suami sebagai Peserta.

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.

Kelebihan 'Polisi Kasih Sayang' ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu Faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan Hibah kerana faktor no (2)

4) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang masih hidup. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

P/S :

Artikel ini adalah nukilan asal dari saudara Afyan (RahsiaTakaful.com)
Saya kekalkan sebahagian artikel asal ini untuk saya kongsikan bersama-sama pembaca blog akupenjualinsurans

Kongsikan artikel ini pada kawan-kawan dan buah hati anda yang tersayang yer. 

mbk
0192853910
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Orang wanita wajib ambik Takaful wanita.


Sebagai wanita, kita diberkati dengan keupayaan untuk membawa kehidupan ke dunia ini. Oleh sebab tu, badan kita mempunyai organ-organ yang istimewa untuk mencapai matlamat tu.

Akan tetapi, struktur badan kita lah, membuatkan kita lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Contohnya, kanser.

Tahukah anda, yang mana 5 organ yang sering terkena penyakit kanser di Malaysia? 

1. 

Hidung & kerongkong

2. 

Payudara

3. 
Paru-paru

4. 

Usus

5. 

Servik

Yang menyedihkan adalah, setiap 19 wanita Malaysia, terdapat 1 wanita yang terhidap penyakit kanser. Risiko mendapat kanser amatlah tinggi.





Tahukah anda? Dalam manfaat plan 36 penyakit kritikal ada melindungi penyakit kanser. Akan tetapi penyakit karsinoma in-situ (dilabel sebagai kanser peringkat awal) TIDAK DILINDUNGI oleh plan penyakit kritikal sedia ada.

Alangkah baik jika kanser dikesan lebih awal. Ini boleh meningkatkan kadar survival.

Uols bersetuju tak jika kanser dikesan lebih awal boleh meningkatkan survival?

Saya sarankan 100% , orang perempuan mencarum plan Takaful wanita. Plan ini direka khas untuk melindungi penyakit berkaitan wanita.



Apabila penyakit karsinoma in situ berlaku, anda perlu membuangnya dan tiada bayaran daripada perlindungan Penyakit Kritikal.

Anda mungkin perlu pembedahan untuk mengeluarkannya. Jika ambil pelan 3, RM45k akan dibayar. Jika karsinoma in situ berkembang secara agresif kepada kanser, maka pelan ini akan membayar baki RM105k.



Anda mungkin sudah mempunyai kad perubatan. Kad perubatan akan membayar untuk pengeluaran sahaja; ia tidak akan membayar untuk pembinaan semula payudara.

Pelan ini membayar untuk pembinaan semula payudara sebanyak RM45k.

Jika ada pelan seperti ini, adakah anda akan mempertimbangkannya?



mbk
0192853910

Friday, December 8, 2017

PRUBSN ANUGERAH

*********************
Back up plan sesuai utk;
✔️mereka yg company dah bagi benefit utk kos rawatan hospital 👍tapii kan Itu company punya, selagi kita bekerja dengan mereka dpt lah dicover Jgn lupa bila2 akan ditarik or ditamatkan bila dah tukar kerja or pencen 😅
✔️sebagai "income replacement" bila mana terkena salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal 
(pampasan akan diberi secara lump sum & income tahunan)

Nak tahu lagi???? Klik dibawah:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910


Wednesday, December 6, 2017

Kita faham ke apa tu 'income protection' ?


Ramai orang sebut Takaful tu 'INCOME PROTECTION'. Tapi kita faham ke apa tu 'income protection' atau dalam Bahasa Melayunya perlindungan pendapatan. Bagaimana pula cara nak kira?

Ok. Ada banyak cara macamana nak kira 'income protection' ni. Saya bagi satu cara yang senang untuk korang kira sendiri.

Gaji/pendapatan X 12 bulan X 10 tahun. Maka dapatlah berapa jumlah perlindungan yang korang diperlukan.

Contoh : RM3,000 × 12 × 10 = RM360,000

'Income protection' ni digunakan bagi menggantikan gaji/pendapatan yang hilang akibat tidak lagi mampu bekerja setelah berlakunya cacat kekal menyeluruh ataupun lumpuh. Begitu juga apabila berlakunya kematian peserta (saya tak doa ya), pampasan yang diterima oleh waris tadi dapat digunakan untuk meneruskan perbalanjaan sedia ada.

Siapa pulak yang perlukan 'income protection'? Semua orang ke?

Taklah, tapi PENTING untuk mereka yang di dalam kategori ini :

- pasangannya tidak bekerja
- anak-anak masih kecil

Bagus juga untuk mereka yang :

- mahu menghibahkan kepada pasangan / waris

Kenapa 10 tahun, bukan 3,5 atau 7 tahun? 10 tahun hanya cadangan kepada mereka yang masih memiliki anak kecil. Perjalanan mereka kan masih panjang. Dapat jugak membantu dalam perbelanjaan sekiranya peserta ditimpa musibah dalam membesarkan mereka.

Untuk memberikan cadangan dan quotation percuma, korang boleh hubungi saya.

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Tuesday, December 5, 2017

7 SEBAB KENAPA MASIH RAMAI TIADA PERLINDUNGAN TAKAFUL.



1.-Desakan kos hidup yang tinggi punca ramai tak sanggup nak commit dengan bayaran takaful yang bersifat jangka panjang.


2-Merasakan bayar takaful itu merugikan berbanding simpanan tradisional.

3-Tak rasa keperluan untuk ambil segera kerana masih sehat walafiat dan kemungkinan sakit sangat minumum.

4-Syarikat tempat bekerja telah memberi perlindungan perubatan.

5-Pengalaman buruk terhadapat pelan takaful yang pernah diambil suatu masa dahulu.

6-Mendahulukan prioriti kehidupan lain yg dirasakan lebih mendesak dan perlu disegerakan berbanding takaful.

7-Kurangnya ilmu perancangan kewangan dan risiko dalam masyarakat.

kredit:
Zaman Kini

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

"Medical Card boleh guna untuk SAKIT atau KEMALANGAN"

5 Pantang Larang Medical Card.
------------------------------------------
1. Pre-Existing Illnesses.
Dah ada rekod penyakit di hospital/klinik. (Tak boleh claim!)
2. Incontestable Period.
Nak guna atau claim medical card tapi polisi kurang 2 tahun?
(AIA akan siasat sebab nak check dah ada rekod dekat hospital/klinik atau tidak)
Sakit boleh jadi penyebab DUA keadaan:
a) Virus✔️
InshaAllah boleh claim.
b) Non-Virus/penyakit boleh simpan.
-Ada rekod, rujuk Pantang #1
-Tiada rekod, pay & claim. Claim subject to under-investigation.
Clear rekod, claim will reimburse.
Tujuan: menjaga kebajikan semua pemegang-pemegang sijil. Untuk mengelakkan penipuan atau claim burst yang mana akan mengakibatkan kenaikan harga atau policy withdraw. (Jika tidak dikawal)
3. 30hari Pantang
Dalam 30 hari:
- Kemalangan ✔️
- Sakit  ( Tak boleh claim!)
Selepas 30hari:
-Virus boleh claim tapi rujuk Pantang #4
-Non-Virus pula rujuk Pantang #2
4. Disebabkan polisi kurang dari 90 hari.
Jadi PAY & CLAIM.
5. Specific Illnesses.
-Jika disahkan Doktor penyakit spesifik dalam masa 120 hari, rujuk Pantang #2.
Senang Cerita. Mohon Takaful cepat-cepat ya.
Terima kasih Masila Mukminsupergroup atas perkongsian .
SHARE JIKA BERMANFAAT.
dari FB: Nurul Husna Jaafar

Kenapa Income replacement penting untuk keluarga?



mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Monday, December 4, 2017

Loving Couple Policies

Biasanya kita dengar pasal medikal kad, income protection, plan pendidikan untuk anak-anak dan takaful untuk wanita. Tapi.. pernah dengar tak loving couple policies?

Polisi Menarik untuk Suami Isteri.
.
Bulan lepas, alhamdulillah saya telah membantu 4 pasang suami isteri untuk menyumbang dalam takaful untuk Perlindungan Pendapatan atau “Income Protection”.
.
Apa yang lebih menarik, mereka menyumbang dengan cara Loving Couple Policies yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri. Mungkin ramai diluar sana yang masih tidak tahu manfaat polisi ini. Jadi hari ini saya nak kongsikan apa itu “Loving Couple Policies”
.
Apa beza Loving Couple Policies dengan Polisi biasa?
.
Polisi biasa bermaksud suami menyumbang takaful untuk dirinya sendiri begitu juga isteri menyumbang takaful untuk dirinya sendiri.
.
Kesannya, sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang daripada pasangan, seorang lagi akan mendapat pampasan dan masih perlu mencarum takafulnya. Contohnya, sekiranya diizinNya suami meninggal, isteri akan mendapat pampasan polisi suami dan isteri masih perlu mencarum takaful untuk dirinya sendiri. 
.
Apa yang menarik Loving Couple Policies?
.
Untuk polisi ini, ianya berbeza sedikit iaitu suami menyumbang takaful untuk isterinya manakala isteri menyumbang untuk suaminya. Kemudian dimasukkan rider Payor Secure.
.
Apa kesan Payor Secure terhadap polisi pasangan tersebut?
.
Kesannya, sekiranya suami diizinNya meninggal, isteri sebagai pemilik polisi suami akan mendapat pampasan. Kemudian sumbangan polisi isteri akan waive. Begitulah sebaliknya.
.
Atas sebab manfaat rider inilah, 4 pasangan suami isteri yang saya jumpa, semuanya menyumbang kepada “Loving Couple Policies” + INCOME PROTECTION.
Ada pasangan yang berminat untuk tahu lebih lanjut?
.
Sila komen dibawah, kemudian anda akan dihubungi segera.
.

kredit:
RM ‘Azman, IFP
INFAQ Consultancy Utara (Perlis, Kedah, Penang)

Nota: Kalau diPruBSN Takaful rider Loving Couple Policies kita guna Spouse Contributor.

mbk
0192853910

Saturday, December 2, 2017

Benar cakap orang, seseorang akan memahami Takaful apabila.........


"Saya jumpa polisi ni kat almari arwah suami saya. Saya nak semak berapa saya boleh dapat kalau buat tuntutan ni?" 
Kejap ya puan, saya check sistem.
Hmmmm...
Minta maaf puan, polisi arwah suami ni cover RM1 juta. Tapi malangnya, sudah luput. Dah lebih setahun dia tak sambung bayar polisi
"Kenapa boleh jadi macam tu? En Azha tak suruh dia bayar ke? Aduhhhh macam mana saya nak teruskan hidup dengan anak-anak ni?"
Minta maaf puan, bila dia mesej saya cakap dia dah tak nak sambung bayar polisi ni, puas saya mesej dia berkali kali. Takut jadi apa-apa kat family. Telefon pun tak nak jawab
Dia cakap, puan suruh guna duit caruman tu untuk bawak family pergi bercuti tahun lepas. Katanya, puan cakap buat rugi je bayar tapi tak claim apa-apa.
"Aduhhhh menyesalnya saya cakap gitu kat dia. Tak sangka pulak umur dia tak panjang walaupun usia muda lagi"
---------------
Benar cakap orang. Seorang isteri takkan faham kepentingan Takaful. 
Nak fahamkan kepentingan Takaful, tanyalah seorang balu atau anak-anak yatim. Persoalannya, anda nak tunggu jadi balu dulu ke untuk memahami?

Mbk
0192853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...