Saving/pelaburan & Insurans adalah 2 instrumen kewangan yang berbeza... setiap satu mempunyai objektif berbeza.. Jom kita tgk objektif setiap satu.
(a). Saving/pelaburan = untuk menghasilkan harta/dana/wang yang lebih banyak dengan penghasilan untung/dividen. Wang yang terkumpul pula kebiasaan adalah untuk seseorang membelanjakannya seperti haji, pendidikan anak, deposit beli rumah dll.
(b). Insurans/takaful = perlindungan terhadap risiko kehilangan pendapatan/gaji seseorang ataupun risiko kehilangan saving yg disebut pada (a) diatas.
Ya, sekarang ini terdapat produk insurans yg juga mempunyai ciri2 saving spt no 1 td. Tetapi objektif UTAMA insurans masih lagi kekal sbg perlindungan.
Jadi sebagai asas kewangan, seseorang perlukan kedua-dua instrumen ini. Kenapa?
Jom kita lihat situasi-situasi berikut:
1. Ali bekerja di syarikat swasta dan memperoleh gaji sebanyak RM4,000 sebulan. Isterinya Aminah juga bekerja dengan gaji RM3,000 sebulan, dan mempunyai seorg anak berumur 2 tahun.
2. Dari hasil pendapatan mereka berdua (RM7,000), 70% iaitu RM4,900 dibelanjakan setiap bulan untuk bayaran bil utiliti, loan rumah, barang dapur, pengasuh anak, loan kereta, wang ibu bapa di kampung dll.
3. Mereka juga ada menyimpan setiap bulan, 20% dari gaji mereka berdua iaitu sebanyak RM1,400 didalam ASB, dengan objektif penyediaan dana pendidikan anak-anak. Bila anak mereka berumur 20 tahun nanti, dana didalam ASB akan berkembang kepada RM592,612 (berdasarkan keuntungan 7% setahun selama 18 tahun).
4. Baki 10% dari pendapatan mereka iaitu sebanyak RM700 dibelanjakan setiap bulan untuk 2 polisi insurans, atas nama Ali & Aminah. Setiap seorang mempunyai pampasan kematian sebanyak 10 tahun gaji bulanan masing-masing dan kad perubatan.
5. Selepas 5 tahun, Aminah disahkan menghidap penyakit kronik dan memerlukan pembedahan yang bernilai RM80,000. Aminah membayarnya menggunakan kad perubatan. Gaji Aminah tidak terusik dan mereka masih boleh teruskan perbelanjaan bulanan seperti biasa (point no 2). Dana pendidikan anak mereka juga (point no 3) tidak perlu diusik.
6. Pada tahun ke-10, Ali ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Aminah mendapat pampasan RM480,000 dari pihak insurans. Aminah dapat meneruskan perbelajaan bulanan dan simpanan anak seperti biasa selama 10 tahun lagi. atau;
7. Aminah menyimpan RM400,000 didalam ASB dan mendapat dividen 7% atau RM28,000 setahun, sekaligus Aminah mendapat RM2,333 pendapatan extra setiap bulan (RM28,000 bahagi 12)
Dari senario diatas, kita dapat melihat dengan membelanjakan hanya 10% dari pendapatan, Mereka dapat melindungi 90% pendapatan mereka dan juga saving!. Jika Aminah tiada kad perubatan, mereka mungkin terpaksa mengorbankan sebanyak 11 bulan gaji mereka atau korek dari simpanan ASB dan seterusnya menjejaskan objektif dana pendidikan anak mereka.
Jadi saranan saya, anda perlukan kedua-dua instrumen kewangan ini. Saving untuk mencapai matlamat anda, dan insurans untuk lindungi matlamat anda dan pendapatan anda.
Jika anda hanya ada saving/pelaburan sahaja, seolah-olah anda menternak/membiak lembu diladang yang terbuka tanpa ada sebarang pagar.
kredit: KC lau
No comments:
Post a Comment