Monday, November 27, 2017

TAKAFUL TIDAK DI HIBAH KEPADA SUAMI!

Rata-rata klien perempuan yang dah berkahwin yang ambil takaful dengan kami tidak meletakkan nama suami sebagai penerima hibah.
Mereka lebih memilih untuk letakkan nama anak-anak2 sebagai penerima hibah walaupun anak belum cukup umur.πŸ˜…
Siap ada tu, mulanya letak nama suami di awal perkahwinan, kemudian bila ada anak, di tukarkan nama penerima hibah kepada nama anakπŸ˜‚
Kadang2 saya terfikir..kenapa ye begitu?
Satu hari..saya bertanya kepada suami..
‘Kenapa ye ramai klien perempuan kita yang ambil takaful tidak meletakan nama suami diorg sebagai penerima hibah? Diorang tak percayakan suami diorg ke? Bukan ke diorg yang pilih suami diorg, kenapa tak percaya?’
Suami menjawab..
‘Macam mana mereka nak percaya kalau suami mereka tak buat benda yang sama?’
‘Maksudnya?’ saya bertanya lagi..
‘Suami diorg ambil takaful tak letak nama isteri sebagai penerima hibah! Kalau ada ambil la.. or even worse tak ambil langsung takaful! Maknanya suami diorg tak fikir langsung nasib isteri apabila mereka tiada. So, buat apa si isteri nak ambil takaful letak nama suami kn?’ jawab suami saya.
‘Oooo..betul jugak tu’
Bila saya fikir balik..kenapa saya letak nama suami saya sebagai penerima hibah takaful saya..
Betul!! Sebab saya terharu suami saya meletakkan nama saya sebagai penerima hibah takaful beliau.
Bila ada orang terdekat tahu tentang suami saya letakkan nama saya sebagai penerima hibah, ada yang berkata.. ‘amboi, jadi janda jutawan la sya nanti’
ermm..saya agak berkecil hati bila dgr ayat tersebut sebenarnya. Macam la saya ni seronok sangat kalau suami mati sebab akan jadi kaya! huhu...
Tak ada siapa pun akan seronok/gembira kalau orang yang dia sayang mati.😒
Tapi suami selalu berpesan, hidup harus diteruskan walaupun dia atau saya mati. Harta yang dihibahkan adalah untuk kegunaan kami teruskan hidup tanpa salah seorang kelak.
At least, kami tinggal kesenangan pada pasangan apabila kami sudah tiada, bukan tinggalkan kesusahan/hutang.
Kalau umur kami panjang bersama, kami akan berusaha bersama-sama mencari rezeki untuk kesenangan hidup masa depan.
This is marriage!! Saling bahagia membahagiakan!
*******
Therefore suami-suami...jangan la marah isteri ambil takaful!
Isteri ambil takaful sebab dia fikir masa depan anak-anak bila dia sudah tiada kelak. Encik suami tak fikir ke??
Bukankah hibah itu juga akan menyenangkan en suami kelak? Anak-anak dapat harta, boleh la guna untuk besarkan mereka. Tapii..itu harta anak yatim tauuu..sbb anak2 adalah penerima hibah!😝
Kalau nak isteri hibahkan pada encik suami..Encik suami sila hibahkan pada isteri dulu yer..

kredit: Sakinah Shabudin

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...