Monday, November 20, 2017

Kaum wanita, perlukan faedah TOTAL PERMANENT DISABILITY DAN 36 PENYAKIT KRITIKAL yang tinggi. Kalau boleh tambah faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta.......


Sejak saya didiagnose penyakit Endometriosis, saya makin peka dengan penyakit yang berkaitan dengan wanita. Salah seorang klien saya ada didiagnose dengan penyakit puan, 
ia dikenali sebagai Andenomyiosis. Kebanyakan sakit puan ini ada kaitan dengan masalah haid. Jika simptom seperti bleeding period, lama tak datang haid, sekejap datang sekejap tak datang haid, bloated, pening, mual, sakit belakang, sengal di pinggang; saya sarankan sesangat pi jumpa Dr pakar sakit puan. Buat pemeriksaan ultrasound atau buat pemeriksaan berkala untuk wanita berumur 35 tahun keatas. 

Macam kes saya, saya miss period hampir 48 hari. Terus pi buat ultrasound. Sekali.. huh.. keputusannya abnormal di bahagian kedua-dua ovari. Dr diagnose saya ada Endometriosis. Dunia terus gelap... 

Saya menjalani pembedahan secara opem surgery @ laporostomy @ czer dengan kadar  segera. Tak perlu tunggu lama. Hari nie final diagnose, lusa tue terus masuk OT. Sekejap kan? Ada kad perubatan saya tak perlu pikir lama.  Alhamdulillah, saya bersyukur saya punya benign... secara khusus penyakit saya nie dikenali endometriomas cyst atau nama glamour chocolate cysts. Saya bersyukur saya dah ada kad perubatan sejak 2012 lagi. Hampir 5 tahun kad perubatan bersama saya dan hampir 5 tahun di simpan rapi dalan wallet. Tibalah ia memberi khidmat dengan bangga kepada saya.

Saya nasihatkan kaum hawa semua, dapatkanlah kad perubatan secepat mungkin. Kebanyakan yang saya lihat, bila dah sakit baru nak apply. Masa tue sudah terlambat. Sudah menjadi polisi syarikat Takaful atau Insurans untuk tidak mengambil sesuatu yang sudah berisiko pada sekarang dan masa hadapan. Dan satu lagi, kalau boleh tambah satu lagi polisi berkenaan dengan faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta.......



mbk

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...