Friday, September 30, 2016

Hibah melalui pampasan takaful.

Salam Jumaat,


Saya sekarang sedang create awareness berkenaan dengan Hibah Takaful. Saya target 100 orang untuk menolong adanya Hibah Takaful. Sudah ada beberapa artikel berkenaan dengan hibah yang boleh kalian baca didalam belog nie. 

Kenapa beria-ria nak create awareness berkenaan dengan Hibah Takaful? Medikal kad tak penting ker? Bukan medikal kad tak penting. Pattern sudah berubah. Berubak macam mana tue? Dulu, ramai orang...sakit....then dapatkan rawatan, then meninggal dunia. Tapi sekarang...ramai yg sakit tak sempat buat rawatan dah meninggal dunia. So, keutamaan ambil life coverage skrg ni lebih dari ambil medical card...

Menurut Suratkhabar  The Star bertarikh 29.09.2016, menyatakan setiap 15 minit, ada rakyat Malaysia akan meninggal akibat penyakit Jantung. Tak sempat buat rawatan. Ramai yang tak sedar mereka menghidap Sakit Jantung. Sebab itu ia juga dikenali sebagai pembunuh senyap.  Jika berlaku meninggal secara mengejut, apa yang kita tinggalkan harta untuk keluarga?

Pampasan takaful?


+ Dewasa ini, ramai yang memiliki takaful hayat. Mati, waris menerima pampasan yang ditabaru'kan.
+ 2 isu sama ada pencarum menghibahkan atau membuat penamaan atau membuat keduanya sekali.
+ Ambil contoh hutang.
+ Jika pencarum menamakan isterinya, maka setelah mati, duit pampasan tersebut perlu dibelanjakan badal haji (jika belum haji), fidyah atau hutang atas orang lain kemudian barulah diagihkan.
+ Jika pencarum menghibahkan kepada isteri, maka segala hutang perlu dibayar menggunakan aset lain. Isteri boleh ambil terus pampasan yang diterima.
+ Jika isteri yang menerima hibah tersebut ingin membayar hutang, ia tidak menjadi kesalahan.
+ Jika kita ada aset-aset lain, uruskan dan siapkan agar waris tidak dibebani dengan harta-harta yang ditinggalkan.

kredit: FB Mohamed Akmal Mohamed

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Thursday, September 29, 2016

SIANG MALAM PAGI PETANG CAKAP PASAL MATI. EJEN TAKAFUL LAH NAMANYA

Ejen A : Assalamualaikum bang, abang dah buat HIBAH



TAKAFUL? Asset tunai yg abg boleh tinggalkan untuk keluarga bila abg dah takde nanti.

Prospek : Dik, korang ni memang sifir hidup korang kematian je ke? Cakap pasal mati siang malam pagi petang untuk melariskan produk? Tak selesa la. Mmg korang buat keuntungan dari kematian orang ke?

Ejen A : Maaf kalau abg kurang selesa. Saya bukan berniat nak buat abang marah.

Ejen A : Dalam surah Al Imran ayat 185 Allah sebut setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Dalam hadis pun Nabi sebut orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan melakukan persiapan amal untuk itu. Abang dan saya pun CONFIRM akan mati.

Ejen A : Apa salahnya saling mengingatkan? Lagipun yang saya share ni HIBAH untuk keluarga abang, bukan keluarga saya. Dimana untungnya saya jika dibandingkan dengan manfaat yg keluarga abg akan peroleh?

Prospek : ok 😞. Produk apa yg ada?

Ejen A : ........



kredit: Zaman kini.

mbk
perunding takaful
0192853910

Monday, September 26, 2016

Friday, September 23, 2016

Hati-hati dengan Hutang!!!!!!


Hidup kita zaman sekarang tidak boleh lari dari hutang. Beli kereta rumah pun dengan hutang. Kang bayar cash datang pulak si abang hasil. Apatah lagi hutang duit dengan kawan-kawan rapat.

Jadi, jika berhutang mesti juga mau ada perlindungan, kot2 Allah tarik nyawa awal, sape nak bayarkan hutang kita?

Buatkan satu plan hibah, kita meninggal waris dapat tunai untuk setelkan hutang-hutang kita. Dapat je polisi hibah, terus tulis dalam polisi atau pesan dekat pewaris tujuan kita tinggalkan tunai kepada mereka supaya mereka tahu bila dapat duit hibah mereka setelkan hutang kita dulu baru setelkan benda lain.

Kang mati tak bayar hutang duk lekat kat titian Siratulmustaqim, orang duk kait2 kaki kita supaya jatuh dalam api..haaa, tak takut?

Plan hibah adalah yang terbaik, tanpa perlu melalui proses Faraid.

kredit: Muhammad Fauzi.

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com



Saya selalu tanya prospek..........

Di antara weekdays (Isnin-Jumaat) atau weekend (Sabtu-Ahad) mana satu korang belanja lebih? 😳😳

Most of them jawab "sure lah weekend!" 😎😎

Ye betul. u all sedar tak? lepas bersara nanti everyday is weekend? kawan saya cerita semasa bersara ayah dia ada RM1.2 million dalam EPF. live moderately, simpan bebaik..after 11 years sekarang dah start cakap takde duit..😢😢

Tapi still ok lah 11 tahun sustain epf. tapi average statistik habis dalam 3 tahun! dan yg kesiannya ramai yg menghabiskan EPF sebab nak biaya bill hospital 😓😓

Ambil iktibar ye kawan2. pejam celik pejam celik dah 30 tahun, 40 tahun pastu eh dah bersara. Saya share realiti ni sebab saya sayang.

Saya boleh tolong untuk plan financial anda. 

Pm saya untuk maklumat lanjut

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Kenapa syarikat insuran&takaful akan menolak permohonan seseorang yang telah disahkan mengalami Diabetes atau lebih dikenali sebagai Kencing Manis?


Kerana oleh komplikasi 3N!!!

1. Nephropathy
-seseorang yang mengidap diabetes yang tidak terkawal mempunyai risiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang (renal failure).
-renal failure memerlukan rawatan dialisis seumur hidup yang menelan kos yang tinggi.
-renal failure juga adalah termasuk didalam 36 sakit kritikal.

2. Neurophaty
-keadaan saraf pesakit telah hilang deria rasa (sensory).
-bila berlaku kecederaan dikaki, pesakit tidak perasan kaki nya telah luka sebab tidak merasa sakit.
-jika tidak dirawat dengan baik, keadaan kaki akan menjadi lebih teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
- jika kedua-dua kaki nya dipotong, maka pesakit akan mengalami kecacatan kekal.
- atau lebih dikenali sebagai Total Permenant Disability (TPD).

3. Retinophaty
- keadaan dimana bila diabetes tidak dikawal, kesan akan melibatkan mata.
-pesakit boleh menjadi buta!!
- blindness termasuk didalam TPD dan 36 sakit kritikal.

Faham tak sekarang kenapa kencing manis company terus reject??

▶sebab company perlu menjaga FUND orang ramai. Adalah tidak adil kepada peserta yang memohon ketika sihat.

▶TPD dan 36 sakit kritikal melayakkan seseorang untuk mendapat manfaat waiver/contributor.

▶dan mendapat pampasan yang telah termaktub dalam kontrak (jika ada).

Credit to: Dr. Muhammad Rahmat

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Wednesday, September 21, 2016

Takaful sebagai tabung akhirat

Saya ada jumpa klien yang tak mahu upgrade Takaful Hayat. Dia takut pewaris senang-senang dapat duit pampasan dari hasil  titik peluh dia bayarkan caruman Takaful tiap-tiap bulan. Takaful Hayat dia hanya cukup menampung perbelanjaan selama 2@3 bulan sekiranya dia ditimpa musibah. Saya tak boleh nak kata apa-apa. Kita sebenarnya meninggalkan legasi untuk menolong mereka meneruskan kehidupan yang sungguh mencabar. Cara kita menolong mereka dengan meninggalkan asset yang kita ada. Salah satu daripadanya dengan cara hibah Takaful.

Kalau tak nak Hibahkan Takaful pada pewaris yang lain... Yerlahh... kita takut tak berbaloi hibahkan kerana kita merasakan senang-senang sahaja mereka dapat dengan hasil titik peluh kita. Ada caranya..Takaful boleh buat sebagai Tabung akhirat. 

Kita boleh hibahkan pada badan-badan kebajikan yang kita suka atau mana-mana badan kebajikan yang kita rasa rasa amat memerlukannya. Sekurang-kurangnya, bila kita sudah tiada, duit pampasan yang bakal mereka terima dapat memberi pahala sedekah yang berpanjangan. Moga kehidupan kita diberkati.

Apabila seorang anak adam meninggalkan dunia, dia akan meninggalkan 3 perkara:-

1.      Sedekah yang berpanjangan
2.      Ilmu yang manfaat
3.      Doa anak-anak yg soleh dan solehah.

Kenapa Sedekah di awalkan dari Ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh? Sesungguhnya orang yang sudah meninggal dunia pun memohon untuk dihidupkan semula agar mereka dapat bersedekah sebanyak mana yang mereka inginkan. Betapa besarnya pahala dan manfaat bersedekah ini. Mengikut hadis HR Tirmidzi, Sedekah dapat menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.

#Takafultabungakhirat

mbk
Perunding Takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com
21.09.2016 (19 Zulhijjah 1437H)


Tuesday, September 20, 2016

❗️Untunglah Insurance "Company Cover"❗️

🎈UMUR 25:
Insurance i "Company Cover"
Tak perlulah cari yg personal

🎈UMUR 28:
diagnosed with cyst cost RM8,000
Insurance i "Company Cover"
Nasib baik ada company cover

🎈UMUR 34:
accident 3 bulan tak boleh bekerja kos rawatan hospital almost RM60,000
Insurance i "Company Cover"
Fuhhh nasib baik

🎈UMUR 48:
mata kabur-kabur, doctor cakap border line kencing manis.
Insurance i "Company Cover"
Alamak, kene carik insurance personal ni, nti klau berhenti kerje pencen saper nak tanggung. Call lah agent memana.
"Maaf encik, mengikut record dan medical history encik, company insurance terpaksa menolak permohonan insurance Encik"

🎈UMUR 55:
pencen Insurance i "Company dah TAK Cover"
Akhirnya penat-penat kumpul duit KWSP, kene larikan banyak untuk kos medikal. Tak ke sia-sia namanya tu??? Ini bukan cerita yang dibuat-buat tau, perkara ini berlaku kebanyakan rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pelan kewangan yang lemah.

Company provide insurance memang untung...Tapi, lagi beruntung kalau amik takaful time muda 😌
Harga MURAH Coverage TINGGI👍

Dah pencen baru nak amik, belum tentu layak dan harga pun jadi mahal..

So, nak yang mana?

Jom jumpa kita discuss plan terbaik utk awak and coffee on me ☺️

FREE QUOTATION

mbk
perunding takaful
0192853910



Jom kita buat hibah Takaful

Teringat bila saya approach klien saya untuk update Takaful hayat. Kiranya Takaful hayatnya masih sedikit. Kalau berlaku musibah, pampasan yang ada hanya cukup menampung pendapatan 2@3 bulan sahaja. Dia reject cadangan saya untuk upgrade kerana dia kira agak tak berbaloi pampasan yang akan saudara-mara dia dapat hasil dari titik peluh dia sendiri. Dia rasa sia-sia dia kumpul harta dan at the end saudara mara yg dapat dengan senang. 

Kita kena ingat, bila kita sudah tiada, kita boleh hibahkan pampasan pada ibu dan ayah kita. Berapa bayaran yang perlu kita bayar balik dengan jasa dan budi mereka yang membesarkan kita selama ini? Priceless bukan? Dengan duit pampasan yang kita tinggalkan, mak ayah kita boleh tolong bayarkan hutang piutang kita, boleh tolong mereka pi buat haji, boleh tolong kita buat sedekah amal jariah. Walaupun sedih kita dah tiada, tapi itulah yang dapat tolong mak ayah kita. Teringat kisah seorang polis bantuan wanita yang sanggup buat Hibah Takaful semata-mata nak hibahkan pada kedua ibu bapa nya. Dia tahu dia bukan orang senang, jika berlaku musibah, dengan pampasan yang bakal dihibahkan itulah asset yang sungguh bernilai yang dapat dihadiahkan pada kedua ibu bapanya. 

#hibahtakaful

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com


Sunday, September 18, 2016

Hibah Takaful

Assalamualaikum

Selamat pagi hari Ahad. Mendung diluar sana, macam nak hujan. Kelmarin cerah yang riang. Begitulah kehidupan kita seharian ini. Macam cuaca. Banyak perkara yang tak dijangka. Tetiba hari nie berlaku musibah, kelmarin elok saja gelak ketawa sama-sama. Adakah kita meninggalkan duit yang mencukupi untuk keluarga yang kita sayang untuk memudahkan mereka meneruskan kehidupan yang baru?.

Jom kita berhibah Takaful. Saya kira dah banyak artikel dalam blog nie saya tulis pasal hibah. Disini saya panaskan kembali erti Hibah secara santai.

4.HIBAH TAKAFUL
Zaman : Apa aset yang abg ada sekarang?
Bro A : KWSP RM50,000 sahaja. Rumah dan lain lain semua takde lagi. Saving ada dalam rm2000.
Zaman : Abang dah berkawin? Wife kerja?
Bro A : Dah. 4 anak. Wife tak kerja.
Zaman : Andaikan abg dah takde semalam, abang ada RM52,000. Bahagian wife abg RM6500 sahaja mengikut hukum faraid. Selebihnya milik anak anak dan parent abang. Nak besarkan 4 anak dengan RM6500 mesti mencabar. Lagi lagi wife abg tak pernah bekerja.
Bro A : Betul jugak tu.
Zaman : Macam ni lah, abg buat satu tabung emergency untuk keluarga. RM100 sebulan komitmen sebagai permulaan. RM200,000 dana kecemasan buat mereka.
Bro A : Oh yeke? Boleh explain lebih lanjut?
😊👍 Jom ajak suami anda daftar HIBAH TAKAFUL. Simpan RM100 je sebulan untuk anda.
Kredit untuk : Zaman Kini

Apa-apa persolan berkenaan hibah, bolehlah menghubungi saya.

mbk
Perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com


Friday, September 16, 2016

Oppss terlupa bayar Takaful. Allaaa baru terlupa bayar 2 kali jer pun....

 Lepas setahun dua konsisten caruman Takaful, mungkin ada yang rasa nak ponteng caruman 2-3 kali.
Alasannya, ala x guna pun, tapi hati masih mahukan polisi tu tetap inforce. Tibe2 jadi seronok ponteng caruman hingga 3-4 bulan berturut-turut. Polisi lapse, masa tu jugak la sakit perut muntah2 x boleh makan minum sampai sehari. Disebabkan dah tak sanggup menekan perut dan kepala pun dah pusing, tiba2 je teringat ada medical card dan ada agent yg bermulut manis.
Sampai di hospital GL declined. Memang teruk betul company tu dan agent mulut manis tu. Punya banyak habis duit bayar caruman sebelum ni, tapi sebab x bayar 4 bulan..kau x nak cover...
Takaful kongsi tanggung risiko awak..bukan ambik alih tanggung beban risiko awak sepenuhnya..jadi, sila jangan memonteng caruman tu..
Kawan IG FB And Twitter pun komen status awak, Baik simpan di bank dari bayar Takaful.
Jom buat kire2.
Simpan Di bank lagi baik dari Caruman Takaful
150x12 bulan=1800
1800 x 10 tahun = 18,000
20 tahun 36,000 - campur sikit dividen
Simpan di Takaful
150x12 bulan=1800
1800 x 10 tahun = 18,00
20 tahun 36,000 dah carum tapi jumlah cash cuma 40% je..
Ada cover kos rawatan 90k setahun
Ada pampasan 30k kalau Sakit kritikal
(duit poket lepas tahap akhir)
Sehari di hospital dapat rm100
Ohh..bukan satu keperluan pada awak polisi Takaful..sebab awak dan keluarga mengamalkan hidup sihat. Tiada sejarah dalam keluarga awak mengidap penyakit kritikal. Kencing manis pun Xde..
Tak perlu penyakit kritikal, cukup lah batu karang. Bila dah sakit, rawatan di hospital kerajaan perlu melalui temu janji yang ditetapkan. Kerana ramai pesakit menunggu giliran. Mungkin 3 minggu atau sebulan baru sampai giliran awak. Sementara menunggu giliran, bersabar dan basahkanlah bibir dengan zikir menahan sakit sambil mengambil ubat mengikut jadual.
Oh terlupa...awak ada 36,000 lebih2 sikit dalam saving account...cepat guna dan pergi ke hospital swasta...awak akan dilayan dengan segera kerana memiliki Rm36,000 lebih2 sikit..
Sambil menyimpan di bank..buat juga polisi Takaful..supaya simpanan ratus ribu awak dalam bank tu x hangus sebb bayar bil hospital....

Wednesday, September 14, 2016

Laporoskopi. Medikal kad cover tak?

Sudah lama bercuti menulis blog dan update status di Facebook. Pergi bercuti ker? Tak nya....kena jaga adik di Hospital dengan tiba-tiba (jadi penjaga bidan terjun) kerana adik kena menjalani Laporoskopi untuk merawat penyakit Endometriosis Tahap 1. Ward yang adik duduk tue kena dijaga oleh orang perempuan. Suami boleh jaga sampai pukul 10.00 PM sahaja (hanya tertakluk dengan bilik berkongsi katil sahaja). Adik tinggal di Hospital selama 2 hari 1 malam. Jumlah kos rawatan ialah RM14K ++. Medikal kad tolong bayarkan. Huhuhu banyak tueeeeee... Dr yang merawat adik saya adalah Dr Pakar bidan Dato Dr Hamid Arshad. 

Laporoskopi adalah sebuah teknik melihat ke dalam perut tanpa melakukan pembedahan besar, walaupun awalnya adalah adalah prosedur ginekologi, laparoskopi semakin sering digunakan dalam pembedahan cabang lain. 

Adakah Laporoskopi “cover” oleh medikal kad?

Pihak Takaful/Insurans akan lihat medikal report terlebih dahulu tujuan “treatment” dilakukan. Jika Laporoskopi ini melibatkan salah satu pengecualian medikal kad, maka, medikal kad tak akan “cover”.

Sebagai contoh: Laporoskopi di lakukan untuk program kehamilan. Sudah jelas, sebarang prosedur kehamilan tak akan dilindungi oleh medikal kad baik secara langsung atau tidak langsung. Salah satu pengecualian medikal kad seperti dibawah:-
Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.
Jika Laporoskopi dilakukan untuk penyakit puan sebagai contoh endometriosis, medikal kad akan cover. Medikal kad yang cover kos rawatan treatment adik saya itu hanya melibatkan endometriosis Tahap 1. 

Mari kita kenal Endometriosis itu apa? Ia adalah sakit puan akibat tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Endometriosis juga adalah penyebab mengapa kebanyakan wanita diluar sana mempunyai kesukaran untuk hamil. Jika tidak dirawat, ia boleh memberi ketidaksuburan dan kemandulan. Ia juga boleh membawa keguguran di peringkat kehamilan pertama. Agar sukar jadi wanita bukan? Sebab itu Allah SWT memberi ganjaran pahala yang besar buat wanita, ibu, isteri, adik dan kakak. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’* ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.  

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.   

Untuk ubat-ubatan yang disebut itu, medikal kad tak cover home drug yang berkaitan dengan hormon, ubat tahan sakit dan ubat supplement.

* Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat




mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com


Thursday, September 1, 2016

Edisi Celik Takaful: Terkilan



1. Ada seorang pembaca blog saya , dia terlibat dengan kemalangan menyebabkan patah tulang pelvik tapi tidak dimasukkan besi..selain itu terdapat kecederaan parah sehingga perlu dibuat pembedahan plastik rekonstraktif..selain itu dia juga menjalani pembedahan perpindahan otot disebabkan kerosakan otot. Dia tidak sempat mengambil insuran iaitu sebulan sebelum dia merancang untuk mengambilnya. Dia amat terkilan sehingga sekarang..

2. Seorang ayah yang kena slip disk dan perlu menjalankan pembedahan. Risiko pembedahan slip disk nie ada kemungkinan akan menyebabkan beliau lumpuh. Akibat dari kesan pembedahan yang tak pasti ini, dia sudah memikirkan untuk ambil Insurans dan merasa terkilan tidak mencarum awal. Si Ayah cukup bimbang akan nasib keluarga jika beliau lumpuh.

Nasihat saya ambillah Takaful sama ada berbentuk Takaful hayat atau Takaful perubatan. Jika kita mencarum Insurans/Takaful hayat, ia dapat menolong meringankan beban kewangan keluarga jika kita ditimpa sebarang musibah.

Jangan lupa, Takaful/Insurans hayat boleh dijadikan hibah Takaful, Income replacement, boleh bayar kan hutang keta dan rumah dan juga boleh protect active saving kita. :)

Takaful perubatan pula boleh bantu bayarkan kos perubatan di hospital

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...