Saya ada jumpa klien yang tak mahu upgrade Takaful Hayat. Dia takut pewaris senang-senang dapat duit pampasan dari hasil titik peluh dia bayarkan caruman Takaful tiap-tiap bulan. Takaful Hayat dia hanya cukup menampung perbelanjaan selama 2@3 bulan sekiranya dia ditimpa musibah. Saya tak boleh nak kata apa-apa. Kita sebenarnya meninggalkan legasi untuk menolong mereka meneruskan kehidupan yang sungguh mencabar. Cara kita menolong mereka dengan meninggalkan asset yang kita ada. Salah satu daripadanya dengan cara hibah Takaful.
Kalau tak nak
Hibahkan Takaful pada pewaris yang lain... Yerlahh... kita takut tak berbaloi hibahkan kerana kita
merasakan senang-senang sahaja mereka dapat dengan hasil titik peluh kita. Ada caranya..Takaful boleh buat sebagai Tabung akhirat.
Kita boleh hibahkan pada
badan-badan kebajikan yang kita suka atau mana-mana badan kebajikan yang kita
rasa rasa amat memerlukannya. Sekurang-kurangnya, bila kita sudah tiada, duit
pampasan yang bakal mereka terima dapat memberi pahala sedekah yang
berpanjangan. Moga kehidupan kita diberkati.
Apabila
seorang anak adam meninggalkan dunia, dia akan meninggalkan 3 perkara:-
1. Sedekah yang
berpanjangan
2. Ilmu yang
manfaat
3. Doa anak-anak
yg soleh dan solehah.
Kenapa
Sedekah di awalkan dari Ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh?
Sesungguhnya orang yang sudah meninggal dunia pun memohon untuk dihidupkan
semula agar mereka dapat bersedekah sebanyak mana yang mereka inginkan. Betapa
besarnya pahala dan manfaat bersedekah ini. Mengikut hadis HR Tirmidzi, Sedekah
dapat menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.
#Takafultabungakhirat
mbk
Perunding Takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com
21.09.2016 (19 Zulhijjah 1437H)
No comments:
Post a Comment