Salam Aidilfitri,
Macam mana dengan raya korang? Best tak? Raya tuan belog nie biaser biaser jer. Bersederhana. Pasal kes MH17 tue, hmmmmm memberi kesan gak lah nak raya sakan. Baju raya pun tak der. Baju kitaran semasa jer. Pun boleh raya jugak kan. Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk menikmati raya n ramadhan di tahun ini. Moga bertemu di tahun depan. Insya Allah.
Balik dari kg sempat jugak ziarah mak cik yg kena strok tue. Alhamdulillah, dier beransur pulih. Dah boleh cakap dengan jelas, dah boleh makan sendiri cuma kakinya belum kuat lagi. Masih perlu bantuan untuk kesana kemari. Saya ader tulis pasal strok mak cik saya nie. Mujurlah mak cik saya nie cuma kena mild strok yg mana peluang untuk pulih seperti biasa cukup tinggi. Kalu nak baca pasal tuntutan strok bolih baca sini http://akupenjualinsurans.blogspot.com/2014/07/strokestrokangin-ahmar-dari-pengalaman.html
Masa saya tulis citer pasal mak cik saya kena strok tuh, saya ader terbaca kisah wartawan TV3, saudara Mazidul Akmal. Dier jugak seorang blogger. Saya jarang baca blogger dier tapi suka tgk dier kat TV. Tak silap saya wartawan 999. Kisah kepolisan gittewww. Terkejut jugak dier kena strok. Teruklah jugak n sekarang sedang menjalani rawatan di Hospital Pantai Medical Centre. Apa yg saya baca dari kisah dier di forum Cari, Saudara Mazidul di komakan sementara atau " induce coma". Namun difahamkan, sebelum menjalani pembedahan, beliau sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Nie petikan dari forumer cari
KL, 25 JULAI 2014: Kerjaya wartawan yang mencabar menjadi pilihan dan ternyata ia membawa nama Mazidul Akmal Sidek menjadi individu yang dikenali dek kerana keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Wartawan senior di TV3 serta lebih dikenali sebagai 'penyingkap fakta' telah dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre kerana serangan stroke. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatan beliau.
Kesihatan wartawan yang sinonim dengan program membongkar kisah-kisah jenayah 999 di TV3 itu dilaporkan semakin agak tenat. Menurut petikan daripada komen-komen yang dibaca di sebuah forum yang membicarakan keadaan kesihatan terkini Mazidul, ia menjelaskan lagi situasi yang dihadapi wartawan penyiaran terbabit.
Credit: forum cari
Nie petikan dari facebook Kamal Affendi Hashim penganalsis jenayah. Daripada Facebook Kamal Affendi , difahamkan blogger dan wartawan terkenal Mazidul Akmal koma semenjak 21.06.2014 yg lalu.
Sama- samalah kita berdoa agar Saudara Mazidul kembali aktif dalam dunia wartawan. Amin
Nie petikan dari facebook Kamal Affendi Hashim penganalsis jenayah. Daripada Facebook Kamal Affendi , difahamkan blogger dan wartawan terkenal Mazidul Akmal koma semenjak 21.06.2014 yg lalu.
Sama- samalah kita berdoa agar Saudara Mazidul kembali aktif dalam dunia wartawan. Amin
Sekali pandang kisah ini memang tak dapat dinafikan strok yg dialami nya ini agak teruk. Istilah strok dari sudut insurans atau takaful sudah menjelaskan ia berkaitan dengan neurologi atau saraf dan strok hampir 6 bulan atau 180 hari. Kalau nak dibandingkan dengan kisah mak cik saya sebelum ini, strok yg dialami hanya mild strok dan dijangka boleh pulih sepenuh nya. Dan jika ingin claim dibawah tuntutan penyakit kritikal, jika mild strok boleh dituntut selagi tidak termasuk dalam pengecualian. Dan juga jika dimasukkan kedalam hospital, medical card boleh tolong bayarkan. Selepas discharge, jika ingin buat fisioterapi pun masih pihak insurans atau takaful cover ( tertakluk pada terms n condition).
Dan dalam kes Saudara Mazidul Akmal pun, jika seseorang mengalami nasib seperti ini pun pihak waris boleh buat tuntutan dibawah tuntutan penyakit kritikal. Saya tulis sekali lagi apa yg perlu waris buat jika ingin buat tuntutan:
Cara tuntutan:
1. Isi borang tuntutan Takaful/insurans berkaitan penyakit kritikal
2. Pernyataan/Report pakar Neurologi
3. Pernyataan/Report Imbasan Otak CT/MRI
4. Laporan Ujian Klinikal
2. Pernyataan/Report pakar Neurologi
3. Pernyataan/Report Imbasan Otak CT/MRI
4. Laporan Ujian Klinikal
5. Penilaiaan Aktiviti Kehidupan Harian (Borang yg diperolehi dari pihak Takaful/insurans)
"Aktiviti Kehidupan Harian" hendaklah mempunyai pengertian berikut:
(a) Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
(b) Pergerakkan Berkeupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
(c) Buang Air/Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi sistem pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
(d) Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai dan menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
(e) Mandi/Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk atau keluar dari tempat mandi) atau membersih diri dengan cara-cara lain.
(f) Makan Semua tugas memasukkan makanan yang telah disediakan ke dalam tubuh badan.
PENGECUALIAN (TAKAFUL/INSURANS X COVER) JIKA:-
1. Simptom cerebral akibat serangan iskemik sementara (strok tidak kekal)
2. Sebarang kepincangan iskemik neurologikal boleh sembuh
2. Sebarang kepincangan iskemik neurologikal boleh sembuh
3. Iskemik Vertebrobasilar
4. Simptom serebrum akibat migraine
4. Simptom serebrum akibat migraine
5. Kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia
6. Penyakit Vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular otak.
No comments:
Post a Comment