Monday, August 4, 2014

Takaful @ Insurans COVER MRI/CT SCAN /X RAY/MAMMOGRAM/ULTRA SOUND/ETC... JIKA.........

9. TAKAFUL TIDAK COVER UNTUK Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

Salam Aidilfitri,

Nampak tak apa yg saya tulis kat atas tuh (mulut muncung). Punyerlah besar saiz tulisan tuh. Kalu tak nampak.. alamt nyer... hmmmm (paham sendiriklah). Ok.. kali nie saya nak citer pasal Pengecualian no 9. Ramai yg tanya .. apa jadi jika ini, jika itu, jika begini, jika begitu.. jenuh I nak jawab uols. So...nih I nak tolong jawabkan. Sila baca soklan dibawah:-

Situasi 1
Salam...

Saya pemegang medical card prubsn sudah 6 tahun.2 hari lepas saya telah ke Hospital Pantai Batu Pahat untuk memeriksa leher saya yang bengkak dan doktor mengesyorkan saya membuat CT scan dan telah menunjukkan ade nanah pada kelenjar leher saya yang perlu dibuang melalui pembedahan..saya telah dimasukkan ke wad keesokan hari dan operation telah dilakukan dan sekarang saya masih dalam wad.

Soalan saya:
1)adakah kemasukan ke wad dan operation ini termasuk dalam cover insurans?
2)saya telah membuat ct scan dan kos adalah RM968.00,adakah termasuk dalam insurans cover?bagaimana harus claim kerana ejen saya sudah tidak aktif.

Jawapan.
1. Ya... Kemasukan ke wad dan operation ini Takaful atau Insurans COVER. KECUALI puan tak BAYAR mengakibatkan LAPSED, atau TIDAK DECLARE JIKA PERNAH BUAT PEMBEDAHAN YG BERKAITAN DGN PENYAKIT ITU (existing illness).

2. Ya... Pihak Insurans atau Takaful COVER kos CT Scan kerna CT Scan, Dr dapat diagnose puan ader bengkak di leher dan didapati ader nanah didalam leher dan ia memerlukan operation dgn kadar yg segera. Jika CT Scan semata mata untuk siasatan atau medical check up utk kemasukan pekerjaan atau further study atau routine check up, PIHAK TAKAFUL @ INSURANS TIDAK COVER.

Situasi 2
Encik A ke hospital untuk check up biasa (ini adalah rutin check up). Semasa membuat MRI atau CT Scan, Dr suspect ader sesuatu. Maka Encik A di sarankan tinggal di hospital untuk siasatan lanjut. Maka Encik A akur dengan nasihat Dr. Setelah buat siasatan lanjutan, apa yg Dr syak itu adalah salah (false alarm). Keesokan harinya Encik A dibenarkan pulang.

Untuk situasi diatas, pihak Takaful TIDAK COVER DARI KOS BILIK, KOS RAWATAN CT SCAN @ MRI , KOS PERUBATAN (JIKA ADA). INI KERNA, DR HANYA SYAK SAHAJA KEMUNGKINAN ADER PENYAKIT. JIKA DISYAKI BENAR N DIDIAGNOSE ADER SESUATU CONTOH CYST ATAU LUMP, MAKA ENCIK A boleh buat tuntutan secara reimbursement (pay n claim) atau terus menggunakan medical card. Medical record mesti disertakan sekali untuk sebarang tuntutan.

Situasi 3
Cik Mardiyah, kalau sakit pinggang akibat tulang dislocate & tekan saraf cover tak? buat mri or ct scan cover ke?

Jawapan: Jika sakit pinggang akibat tilang dislocate & tekan sarag Takaful cover. Harap ia terjadi selepas ambik polisi Takaful. Jika ia dikesan berlaku sebelum itu, maka pihak Takaful tak cover. Buat MRI or Ct Scan cover jika tuan/puan masuk spital untuk rawatan lanjut akibat sakit yg sama. MRI or Ct Scan sama ada boleh reimbursement (pay n claim) atau dimasukkan terus dalam bill rawatan (semasa discharge) yg mana medikal kad dah byrkan dah.

 klau untuk rawatan samada bedah atau fisio terapi adakah fully cover? kena admitted ke baru cover? terima kasih..

Jawapan: Bedah dah fisio terapi pihak Takaful cover. Kalu nak fully atau tak fully tue tertakluk pada Ko-takaful atau fully coverage. Sila rujuk polisi anda kembali. Of course... semestinya kena admitted spital baru cover.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum. Sy nak tnye.. kalau sgt selalu sakit kepala smpai doc minta untuk admit & buat MRI utk kepala & keputusannya cuma migrain yg agak teruk. Insurans cover x ..? Thanks in advance..

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam.

Terima kasih sudi baca blog saya dan sudi bertanya...

Soalan:
kalau sgt selalu sakit kepala smpai doc minta untuk admit & buat MRI utk kepala & keputusannya cuma migrain yg agak teruk. Insurans cover x ..?

Jawapan:
Disebabkan referral dari dr yg memerlukan warded untuk further check up.. Pihak insurans akan cover. Sama ada sis perlu pay and claim (reimbursement) atau hanya guna medikal kad. (Berdasarkan terma dan syarat)

cheers

mbk

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...