Monday, July 14, 2014

Stroke/Strok/Angin Ahmar : Dari pengalaman kecil Ejen Takaful

Salam,

Jumaat lepas saya bergegas balik kg kerna dapat berita mak sedara kena attack dengan mild stroke. Takut jugaklah kan. Bimbang pun ader. Sampai jer kat umah mak sedara, sayu jer pandangan. Yerlah tetiba kena maser lepas solat subuh. Menurut ayah sedara, mak sedara start jadi biler dier tak boleh pegang pisau untuk potong ayam. Ingatkan dier tak larat. Al maklumlah posa, cuaca pun tak menentu ditambah faktor usia. Maka ayah sedara n mak sedara tak raser apa2. Ayah sedara ader perasan, percakapan mak sedara lain sikit. Macam cakap pelat. Maser sungguh kejam. Tak pernah delay. Lepas solat subuh, mak sedara raser x leh jalan. Kaki raser berat. Ayah sedara call mak sedara yg bongsu. Then terus pi klinik. Dr sahkan mak sedara kena mild stroke sebelah kanan. Sekarang nie tengah jalani rawatan urut (rawatan alternative) selain makan ubat yg dr beri.

Sekali rawatan altenative tue boleh cecah RM80 sehari selama sejam. Kena pi 7 kali. Ubat ubatan boleh cecah RM300++. Hmm kesian jugak dgn ayah sedara. Dah lamer dier tak pi kerja. Semoga Allah permudahkan segala urusan beliau. Amin

Apa yg berlaku menginsafkan saya. Kita kena jaga makan, kena exercise n kena minum air banyak. Mak sedara saya tak der insurans mahupun takaful. Umur dah 70++.... Nasib baik anak2 dah kerja. Boleh lah kurangkan kos perbelanjaan ubat ubatan dan others expenses.

So korang, dari pengalaman nie saya terus ambik buku Critical Illness yg diberi oleh pihak Takaful. Apa yg dapat saya nyatakan, simptom2 stroke dah ader kat mak sedara nih. Exactly apa yg buku critical illness tue cakap seperti ditunjuk dalam gambar dibawah:-

Pada mula kena serang stroke tue, muka mak sedara mmg ader sengit sikit, tangan sebelah kanan mmg lemah (tak boleh angkat), percakapan mmg pelat dan tidak jelas, dan saya bersyukur ayah sedara bertindak dengan pantas. Terus pi jumpa dr untuk rawatan susulan.

Menurut istilah Takaful atau insurans, strok nie suatu kejadian atau kemalangan pada otak, yang menghasilkan komplikasi tetap neurologi, yang berterusan tidak kurang dari 180 hari (6 bulan). Ini termasuk kegagalan tisu otak, pendarahan dan embolisme dari satu sumber tambahan kranium. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau imbasan MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi atau pakar bedah neuro.

PENGECUALIAN (TAKAFUL/INSURANS X COVER) JIKA:-

1. Simptom cerebral akibat serangan iskemik sementara (strok tidak kekal)
2. Sebarang kepincangan iskemik neurologikal boleh sembuh
3. Iskemik Vertebrobasilar
4. Simptom serebrum akibat migraine
5. Kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia
6. Penyakit Vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular otak.

Glosary:
1. Iskemik Perantara (transient ischemic): Gangguan fungsi otak yang terjadi akibat dari berkuranganya aliran darah ke otak untuk sementara waktu (tidak sampai hingga 1-2 jam). Contoh simptom adalah gangguan penglihatan, bicara tidak jelas, raser ketidakseimbangan badan 
2. Iskemik Neurologikal :Terjadi akibat kekurang pengaliran darah ke saraf
3. Iskemik Vertebrobasilarsimptom sementara kerana aliran darah menurun dalam peredaran posterior otak
4. Cerebral: brain
5. hypoxia: kekurangan oksigen mencapai tisu-tisu tubuh

Cara tuntutan:
1. Isi borang tuntutan Takaful/insurans berkaitan  penyakit kritikal
2. Pernyataan/Report pakar Neurologi
3. Pernyataan/Report Imbasan Otak CT/MRI
4. Laporan Ujian Klinikal
5. Penilaiaan Aktiviti Kehidupan Harian (Borang yg diperolehi dari pihak Takaful/insurans)

"Aktiviti Kehidupan Harian" hendaklah mempunyai pengertian berikut: 

(a) Pengalihan 
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal. 

(b) Pergerakkan 
Berkeupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal. 

(c) Buang Air/Penggunaan Tandas 
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi sistem pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri. 

(d) Berpakaian 
Berkeupayaan untuk memakai dan menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain. 

(e) Mandi/Membasuh 
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk atau keluar dari tempat mandi) atau membersih diri dengan cara-cara lain. 

(f) Makan 

Semua tugas memasukkan makanan yang telah disediakan ke dalam tubuh badan. 

Tempoh Bertenang:-




mardiyah79@gmail.com

5 comments:

Ayah Najmi said...

insuran dah jadi satu keperluan sekarang ni.

akok is a person not a kuih said...

salam,

betul tue... kalau tak der medical card ada insurans hayat pun dah memandai sekurang-kurangnya takaful /insurans boleh cover up hutang dan expenses yg akan datang. Insya Allah.

mbk

Unknown said...

Assalam , masalah strok ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah strok bukanlah seusatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengatasi Masalah Strok Daripada Membelenggu Diri Anda.
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

Daud Mohamad said...

Assalamualaikum..terima kasih atas infonya.

akok is a person not a kuih said...

Wa'alaikumussalam.

Terima kasih sudi baca blog saya. Sama-sama. Happy to help and create awareness to others.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...