Wednesday, August 28, 2013

Tips dari sayang (N.3)

Lain betul layanan corporat company punya medikel dengan aku punya Takaful medikel ni.

Takaful yang aku amik untuk anak bini aku ni, kalau aku mati hari ni, esoknya terus Takaful batalkan bayaran bulanan. 

Kau nampak tak?

Batalkan bayaran bulanan untuk seluruh ahli keluarga tau, bukannya batalkan benefit macam kompeni kau buat tu. 

Faham tak? Power ke tak power ni?

mardiyah79@gmail.com

Tips dari sayang (N.2)

Malam tadi, aku dan cikgu kkb ke KPJ Ipoh menziarah klien cilik, adik syasya yang dirawat akibat mengalamai Nephrotic Syndrome.

Kata doktor, mungkin minggu depan baru boleh keluar wad.
Tapi rawatan perlu diteruskan sekurang kurangnya 6 bulan ke 1 tahun untuk mengelakkan recurrence. Kata Nurse yang jaga tu, ongoing bill dah RM5k, mungkin cecah RM8k, atau RM10k bergantung pada progress adik Syasya dan jenis ubat yang doktor guna dalam masa seminggu ni.
Kita doakan adik syasya lekas sembuh.

Syukur juga, beliau ada Takaful.

Aku bukanlah nak meniaga atas kesusahan orang, tapi aku merayu pada semua yang belum ada Takaful, ambillah..tak ambil dengan aku pun tak apa, aku bukannya peduli. 

Yang aku peduli, kau orang mesti ada Takaful, nak ambil dengan siapa pun lantak kau orang lah, asalkan benda ada.

Supaya, bila terjadi ujian yang sebegini, ada ikhtiar kewangan yang dah tersedia.
Dan lagi penting, kau tak menyusahkan orang lain.

Tahu tak ni?

mardiyah79@gmail.com

Tuesday, August 27, 2013

Tips dari sayang

Rapat sikit sayang nak bagi tips.

Kalau korang masih lagi dok pikir bila patut angkat medikel kad, masih takut2 nak kontek sayang, masih rasa selesa sebab belum merasa macam nak sakit, korang buat macam ni.

Tengok orang keliling korang, kawan2, sedara mara ke atau jiran. Korang tengok ada tak antara orang2 tu yang dah/pernah jatuh sakit. Tengok time dia sakit muda ke tua, tengah susah ke tengah senang, tengah makan ke tengah bercangkung baca status fb, tengok hospital mana deme pegi, tengok macam mana treatment deme tu, tengok ke mana deme kena hantar, tengok wad, tengok misi sama dokter yang handle dan tengok lah apa yang patut. 

Dah tengok? Dah nampak ke sakit tu datang di macam mana, time bila, nak ubat dia macam mana, kena pergi hospital patern macam mana, pakai duit ke pakai ayaq liuq?

Jadinya, bersediakah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan?

Ahh, takkan la tak nampak lagi. Kamooon, kontek sayang lekas! lagi elok kalau boleh tulis dan simpan no.ni dalam telipon canggih kalian.


0192853910

Monday, August 26, 2013

abang tentera boleh masuk takaful ker?



Aku beborak dengan sorang member tadi pasal Askar dan peranannya pada negara.

Aku cakap; "Ko rasa bebaloi tak kerajaan invest bepuluh juta beli kelengkapan perang, bagi latihan, rekruit, beli teknologi semua ni untuk pertahanan negara? sebab negara kita tak perang pun, aman damai sejahtera, dalam 20-30 tahun ni baru ada kes Bukit Jenalik dan Sandakan je. Macam mana pendapat ko?"

Kawan aku geleng kepala sambil menjawab lemah, "Malu betul aku kau tanya soalan bodoh ni. Sekarang ni memang la aman, kemudian hari? ko tau ke bila negara kita nak kena serang? ko boleh jamin ke takde kumpulan yang nak buat porak peranda negara kita?"

Aku tersenyum. Aku jawab balik;
"Orait, bagus, nah borang Takaful. Mohon sain sekarang"


ps:// abg tentera boleh ambik Takaful. But make sure declare tentera apa n pangkat. kalau kena tembak pihak takaful akan cover.

Thursday, August 22, 2013

KRONOLOGI NAHAS BAS DI GENTING!!!


Dilaporkan bahawa nahas bas kali ini adalah diantara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia. Berikut 5 kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Malaysia.



Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.


Salam takziah dari saya untuk keluarga yang terlibat dengan tragedi bus di Genting Highlands. Al-Fatihah. Saya cuba kaitkan dengan kemalangan diatas dengan Insurans/Takaful. Apa kaitan dengan Takaful?

Seperti sedia maklum Takaful nie aderlah insurans hayat atau nyawa. Sekiranya penumpang ader mencarum Insurans/Takaful, pampasan nya macam mana?

1. Jika penumpang tue ader funeral expenses dalam Takafulnya bolehlah agent claim funeral expenses tue terdahulu. Agent just mintak death cert sebagai dokumen sokongan. Pampasan funeral expenses boleh di kuarkan within 24 hours atau paling lewat 7 hari waktu bekerja

2. Pihak takaful akan membayar pampasan kematian + cash value + pampasan kemalangan

3. Sebab kematian kerana kemalangan dengan menggunakan pengangkutan awan (jalan yg sama digunakan sehari-hari [routine road as per bus schedule]), maka pampasannya akan menjadi double imdemnity yaitu pampasan akan naik dua kali ganda.


4.Jika penumpang tidak meninggal hanya lumpuh kekal atau total permanent disability (TPD) , maka pihak takaful akan membayar pampasan TPD dan pampasan kemalangan. Pastikan Insurans/Takaful korang semua ader waiver. Waiver tue jika berlaku kemalangan macam nie n TPD, maka insurans/takaful korang akan FREE sehingga tarikh matang atau sehingga Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  (yang mana lebih dahulu)

5. Jika mengalami TPD, jika ader rider atau manfaat tambahan disability benefits atau TPD elauns, anda seorang yg cukup bertuah kerana akan diberi elauns tahunan.

6. Jika korang sekadar patah tangan atau kaki atau bahu yang tidak melibatkan kecacatan yang kekal seumur idup korang, maka korang akan diberi elaun mingguan (itupun kalau rider tue ader termasuk dalam polisi korang).


PS:// wokeh. sedey sebenarnya biler baca accident bus nie di genting. Tuelah pasal takut jugak kiter kat sini kalu ajak naik genting. Al-fatihah untuk yang telah tiada.

mardiyah79@gmail.com

Wednesday, August 21, 2013

Alahai Artis!!! Kalau saya sakit macam artis macam mana erk?

Datuk Yusof Haslam Pengsan & Dikejarkan Ke Hospital


gambar: credit to beautifulnara
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dikejarkan ke Hospital Tawakal di sini setelah rebah di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi ini.
Menurut anaknya yang juga seorang pengarah & pelakon, Syamsul Yusof, keadaan ayahnya masih belum diketahui kerana pihak hospital perlukan sedikit masa bagi mengenal pasti masalah kesihatan pengarah tersebut.
Laporan terbaru mStar Online menyebut yang Yusof Haslam akan menjalani pembedahan petang ini selepas doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera.
“Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini”
“Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat,” kata isteri Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail yang di’hubungi.
credit to: rotikaya.com
Soalan: Jika A menghidap batu karang seperti Datuk Yusof Haslam, adakah PruBSN Takaful cover?
Jawapan: Ya, PruBSN takaful ader cover dengan menggunakan medikal kad. Tetapi perlu di ingat, pihak Takaful hanya akan cover selepas 120 hari tempoh bertenang. Jika berlaku diantara tempoh 120 hari, pihak takaful TIDAK akan cover.

Adi Putra Masuk Hospital, Kini Keaadan Semakin Pulih


Credit to: beautifulnara

Difahamkan pelakon Adi Putra masuk hospital di Surabaya, Indonesia semasa menjalani penggambaran video klip di sana.

Soalan: Pihak PruBSN Takaful ader cover tak jika sakit di Luar negara?

Jawapan: Ya ader. Tapi dengan syarat tidak bermastautin lebih dari 90 hari. Claim berdasarkan pay n claim.

Soalan: Adakah jumlah claim yang saya dapat sama dengan bayaran di Luar negara?

Jawapan: Tidak. Ini kerana pihak Takaful akan membayar berdasar kan exchange rate semasa atau Pihak Takaful akan membayar jumlah pampasan berdasarkan harga kos rawatan di Malaysia yang mana sama dengan rawatan di Luar Negara (atau yang mana lebih tinggi)

Soalan: Jika kos rawatan di Luar Negara cover oleh company 100%, bolehkah client claim untuk follow up di Malaysia?

Jawapan: Masih boleh cover asalkan client tidak bermastautin lebih dari 90 hari di Luar Negara.

mardiyah79@gmail.com

Tuesday, August 20, 2013

claim pampasan kematian

Salam 13 Syawal ,

Saya tertarik dengan statement nie dan nak share dengan korang semua
ANDA tidak layak untuk membuat tuntutan jika berlaku kematian terhadap pemegang polisi kerana Insuran Conventional MEWAJIBKAN post mortem ke atas si mati. Tuntutan TIDAK boleh dibuat sekiranya tiada post mortem. Ini tidak berlaku di dalam Takaful kerana post mortem adalah menyeksa mayat dan ia bertentangan dengan hukum syarak.
Saya masih ingat sewaktu arwah mama meninggal secara mengejut di rumah. Terkejut jugaklah. Tapi Allah lebih sayang pada arwah mama. Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya. Waktu tue, adik susah payah panggil Dr Klinik datang rumah, untuk buat pemeriksaan. Satu Dr tak nak datang.. kerna tak nak tanggung risiko katanyer. Mereka nasihatkan pi hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pada tue, kami tak mau hantar spital takut Dr saner nak buat post mortem. Kami tak mahu. Kesudahannya pihak polis datang ke rumah n buat declaration mati tua untuk tutup citer. Dalam death cert yang kami dapat dari JPN ader nyatakan cause of death mati tua berpandukan laporan polis.

So.. dari citer kat atas kalaulah arwah mama saya ader insurans konvensional, sah-sah tak dapat nak claim pampasan kematian. Apa yang waris dapat buat samaada withdraw polisi tue atau fight untuk dapatkan pampasan tersebut. Tapi panjanglah dramanya. Berepisodlah kisah nya nanti. Nak tak nak, kena buat post mortem untuk dapat medikal report exact cause of death.

Tapi jika ambik takaful post mortem tidak perlu. Waris atau keluarga still kena bawa arwah ke hospital untuk dapatkan medikal attendance report. Normally kalau kes cam gini dr hanya akan declare heart attack jer... So dari Medikal attendance report nie beserta dengan sijil kematian dan juga polis report, waris sudah boleh buat tuntutan kematian. Jika ader funeral expenses, agent hanya akan mohon death cert untuk claim funeral expenses / perbelanjaan pengebumian. Funeral expenses akan dapat dalam masa 24 jam atau less than a week waktu bekerja.

Apa yang saya citerkan diatas jika mati secara biasa atau mengejut. Jika meninggal akibat kemalangan, secara umumnya mesti kena buat post mortem tidak kira ambil Takaful atau insurans konvensional. Sudah jadi SOP untuk pihak hospital.

Moga pencerahan saya nie dapat memberi manfaat buat korang semua.

mardiyah79@gmail.com
019-2853910

Monday, August 19, 2013

Hmmmm.. TOLONG BACA N KOMEN....

17/08/2013

KUCHING 17 Ogos - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menceritakan bagaimana beliau yang menjadi mangsa rompak di rumahnya di Samariang di sini awal pagi semalam, terpaksa menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).


"Perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) harus dipertingkatkan kerana ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga  berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.


"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk  mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya  menerima panadol serta ubat luka," katanya  dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari  ini.


Pada sidang akhbar itu, Dr. Juanda meminta kerajaan menempatkan lebih ramai anggota polis di Balai  Polis Gita di sini bersesuaian dengan peningkatan  jumlah penduduk dan keluasan kawasan  kawalan.


Dalam kejadian semalam, beliau mengalami  detik-detik cemas apabila kediamannya di  Samariang dirompak dua lelaki  bersenjatakan pedang samurai, awal pagi  semalam.


Beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak. - UTUSAN ONLINE


ps:// dapat dari forum cari.com.my..... Mungkin mufti nie x der medikal kad.. tue yg pi spital gomen... paham2 jerlah....

Dr pun dah pandai naik harga 30% untuk consultation fees


sO... Apa tindakan uols?

A )  Pegi klinik 1malaysia.. Consultation fee RM1 je.. 

B) Boikot jumpa doktor.. Beli ubat sendiri kat farmasi..

C) Apa ada hal.. Aku ada medical card/panel hospital company cover..

ps:// nasib baik ader medical card.. Alhamdulillah... Masa membayar jer macam neraka.. biler sakit dah macam syurga pasal medical card tolong bayarkan

mardiyah79@gmail.com

Jgn pakai perumpamaan.. biar papa asal bergaya.

WAJIB BACA & SHARE. kenapa? PENTING UNTUK ANDA TAHU.

Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!

Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu

Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta .kereta itu ialah TIARA the legend.

Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman
Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa. 

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini. 

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta. 
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun). 

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan. 


Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.
Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke..

p/s : jangan terpedaya pada mulut manis salesman. bak ibarat menanan tebu di tepi bibir.abis madu sepah di buang"

kah! kah! kah!

credit to: Admin amRF'

Thursday, August 1, 2013

selamat hari raya aidilfitri



SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI KEPADA PEMBACA BELOG SAYA PENJUAL INSURANS. MOHON MAAF SEKIRANYA SAYA ADER TERKASAR BAHASA SEMASA MENULIS BELOG TAKAFUL NIE.

SAYA DOAKAN AGAR UOLS SEMUA BERBAHAGI DI HARI LEMBARAN NANTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

HAVE A SAFE JOURNEY EVERY ONE

IKHLAS
MARDIYAH
TOKEY AKUSEORANGPENJUALINSURANS

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...