salam,
hari ni saya akan share info mengenai case lapse bagi medical card. perkataan lapse didalam case ini bermaksud terlupa untuk membayar caruman untuk medical card dalam tempoh yang di tetapkan.
untuk makluman semua.. medical card polisi menegaskan bahawa caruman mesti di bayar didalam tempoh yang diberikan atau medical card anda akan ditamatkan perkhidmatannya, ini bermaksud.. anda tidak dapat lagi menggunakan card ini sekiranya anda tiba2 di kehendaki admit to hospital.. apabila waktu itu berlaku.. anda mungkin akan menghadapi kesulitan untuk memasuki hospital swasta. tetapi masih ada opsyen lain.. rujuk la kepada hospital kerajaan. kesihatan anda amat penting untuk diri anda dan juga keluarga anda.
terdapat case dimana ada seorang hamba allah ini telah mengambil medical card untuk anak beliau, dan seperti sedia maklum, anak2 yang kecil ini senang di serang penyakit, sebagai contohnya. demam. ada sesetengah kes, anak ini di kehendaki masuk ke hospital. nak di jadikan cerita.. ibu kepada anak ini terlupa untuk membayar caruman bulanan untuk medical card ini. Dan card itu telah dibatalkan oleh pihak PruBSN Takaful... apa bila menyedari kad itu telah dibatalkan, ibu itu telah cuba memohon kembali medical card di pejabat maa and permohonan itu telah diluluskan kecuali untuk penyakit demam.. mungkin ibu ini akan mengatakan bahawa PruBSN Takaful tidak adil and penyakit yg terlibat hanyalah demam.. tetapi nak buat macammaner. dalam case ini, si ibu telah membuat permohonan baru untuk medical card anak beliau, dan mengikut syarat (bg semua syarikat takaful/insuran) penyakit sedia ada tidak akan dilindungi, dan kerana si ibu telah menggunakan card itu untuk penyakit demam anaknya dan telah ada record, maka dgn automatik nya, demam akan di keluarkan dari senarai penyakit yg dilindungi bagi polisi anak beliau. kalaulah si ibu tidak luper membayar carmuan tepat pada masanya.. insyallah perkara ini dapat di elakkan.. dan anak itu akan menggunakan kemudahan medical card itu dengan sepenuhnya..
walaupun hanya RM50 keatas setiap bulan untuk medical card ni.. anda akan dapat perlindungan RM50,000 setahun, tetapi sekiranya anda terluper nak bayar.. card itu berkemungkinan akan dibatalkan dan untuk memperolehinya kembali, mungkin susah.
hanya itu pesanan sy kepada semua pemegang medical card untuk semua company takaful dan insuran. patuhilah tempoh pembayaran anda atau anda mungkin akan menyesal nanti
ps:// so.. jangan lupa @ malaz nak bayar.. susah bro nantiiiiiii
No comments:
Post a Comment