Alhamdulillah.. selesai sudah wedding adik aku. Iyerlah... aku nie terpaksa lantik diri sendiri untuk menjadi AJKKKK wedding adik aku. Penat weeeiiiii. Pancit aku dalam masa seminggu nie. Nasib baik ader tenaga nak pi work out. Takut kang lebihan muatan laks. Aku jugak yang kena smash... Masa kenduri adik aku nie.. aku kena tutup telinga macam kakak kat bawah nie hah....
Mana tak nyer adik bongsu langkau kakak tengah.. Dah jodoh dier nak wat macam mana..Tak kan nak suruh tunggu kot. Kang jadi kes naya laks. Pasal kes nie aku tawakkal jer.. nak wat macam mana laki kat luar... tue banyak yg tak leh caya (aku tak kata semua hookkkeeeyyy)...heheheheh..
Masa aku skodeng FB.. aku terbaca status kawan aku merangkap client aku. Dier pun bujang gaks. Nie aku nak tempek.. Bagi motivasi sikit di pagi nie pada yg still single mingle. Dan setuju 100% apa yang dier kata. Pun semalam aku ader citer ngan kakak nie.. tapi dier dah kawin.. Pernah dier terpikir apsal lah dier kawin. Tapi dah jodoh dier Allah nak tetapkan. Syukurlahhh...
status untuk semua wanita yang belum berkahwin walaupun dah mencecah 3 pointer.
saya tahu ramai anda di luar sana kan..
saya tahu situasi anda.
biar orang berkata apa pun.. memilih sangat la.. tak pandai melawa la.. tak nak bergaya la.. tak nak kahwin la.. dah tak muda la..
tapi saya dan anda faham situasi kita.
saya cuma harap wanita bujang 3 pointer (atau yang 4 flat) ni, bergembira dengan kehidupan masing-masing.
gembira dalam erti kata sebenarnya.
bukan gembira dibuat-buat.
melihat dari sudut positif, kita tiada komitmen keluarga.
maka kita boleh fokus pada perkara-perkara yang kita suka lakukan.
bolehbuat banyak perkara yang golongan bercakap-cakap ini tak boleh buat pun.
ekspresikan diri anda.
kalau suka berenang, berenang lah membina stamina dan kesihatan diri
kalau suka melancong, pergilah serata dunia melihat keindahan alam
kalau berhajat untuk melihat alam di bawah sana, belajarlah menyelam dan ambil sijil
kalau suka menghayati keindahan gunung dan hutan, dakilah berapa gunung sekalipun
jaga kewangan dan buat pelaburan
kita tiada anak yang boleh diharap menjaga kita bila tua
(mungkin yang berkahwin dan ada anak pun tak semestinya boleh bergantung harap pada anak)
jadi, saya harap wanita sebegini mempunyai portfolio kewangan dan pelaburan yang kukuh
ini untuk masa depan yang lebih terjamin
jangan habiskan wang gaji begitu sahaja
kecantikan dan jenama material tidak berkekalan
dan jangan lupa untuk ambil insurans perubatan yang mungkin diperlukan jika sakit
dalam masa yang sama, lakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain
jadikan diri kita berfaedah kepada masyarakat
kita ada lebihan masa berbanding mereka yang berkahwin dan beranak pinak
jadi, gunakan sebaiknya untuk diri sendiri dan untuk menambah nilai kepada orang lain
pedulikan apa orang kata
hidup kita, kita yang tentukan
definisi bahagia kita yang tetapkan
ps:// Andartu start umur beraper erk? aku suka part "dan jangan lupa untuk ambil insurans perubatan yang mungkin diperlukan jika sakit".. Huh.. girls... biler lagi?
3 comments:
wohooooo...
bujang tak apa, janji one day kawin yer
Insya-Allah.. kalau dah ader jodoh. Tapi buat masa sekarang enjoiiiyyyyyyyyy
Post a Comment