Ada orang cakap yang mengambil medical card itu hanya membazir duit sahaja kalau kita tak gunakan. Saya bersetuju dengan dia.
Tapi mungkin dia lupa yang dia pun mengambil insurans kereta yang 'first party' bukannya 'third party'.
Saya tanya dia balik kenapa dia ambil insurans kereta yang 'first party, bukan 'third party'? Sedangkan itu lagi murah?.
Dia kata iya lah, kalau ambil third party, nanti kalau kereta saya kemalangan atau hilang macamana? Third party tak cover yang itu. Jadi saya ambillah yang first party.
Saya cakap kat dia, samalah juga dengan takaful. Hari ini en. ambil takaful bukan untuk kegunaan hari ini.
Tapi hari esok. Kalau en kemalangan, mengalami sakit yang kritikal, mana en nak dapatkan duit untuk rawatan? Sama macam en ambil insurans third party dan kereta en kemalangan, mana en nak dapatkan duit untuk baiki?
Kebanyakkan apabila saya ceritakan sebegini, 80% yang mula sedar. Dan lagi 20% tak sedar-sedar. Bukan takda duit, tapi tidak pandai dalam financial planning.
Satu lagi, medical card Takaful adalah dibawah pelan takaful. Didalam kontrak takaful, wang yang dicarum oleh pencarum akan diletakkan didalam tabungan tabarru' (tabung derma). Jadi istilah yang tepat adalah bukan wang kita 'burn', tapi wang kita itu digunakan oleh orang lain yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment