Friday, June 29, 2012

Kanser Serviks membunuh!!! Cegah awal untuk selamatkan NYAWA




ACAPKALI kita dengar dan baca mengenai kanser serviks. Ia antara penyakit yang digeruni wanita dan merupakan kanser ketiga paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Di seluruh dunia, setiap dua minit seorang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.

Asia mencatatkan 312,900 kes baharu dan separuh daripada jumlah tersebut iaitu 159,800 melibatkan kematian.

Sungguhpun data-data tersebut cukup menggambarkan betapa ‘garangnya’ penangan kanser serviks yang disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV), masih ramai wanita tidak ambil pusing.

“Penyakit ini jarang sekali menunjukkan simptom-simptomnya pada peringkat awal kanser serviks.

“Namun, apabila kanser ini semakin berkembang, ia mula menunjukkan simptom-simptom seperti sakit belakang badan, sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil, pendarahan selepas menopaus dan pendarahan atau pengeluaran cecair abnormal pada vagina,” kata Ketua Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin.

Pemeriksaan berkala

Sungguhpun begitu katanya, seseorang wanita itu tidak perlu menunggu sehingga tercetusnya simptom-simptom tersebut untuk berjumpa dengan doktor kerana mereka seharusnya menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala.

Menurut Dalilah, seseorang wanita itu terdedah kepada jangkitan HPV sebaik sahaja aktiviti seks mereka bermula.

Ia mengambil masa dua dekad untuk kanser serviks menular selepas seseorang mendapat jangkitan HPV.

Insiden kanser serviks mula meningkat selepas seseorang berumur 30 tahun dan mencapai klimaks penyakit tersebut pada umur 65 hingga 69 tahun.

“Serviks yang sihat bersifat licin dan permukaannya berkilat, tetapi serviks yang mempunyai kanser sebaliknya.

“Hampir 99.7 peratus kanser serviks disebabkan oleh sekumpulan virus iaitu HPV. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV yang telah direkodkan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), BFFs Break the Silence baru-baru ini.

Jelasnya, HPV 16 dan HPV 18 merupakan HPV paling bahaya dan berisiko tinggi menyebabkan majoriti kes kanser serviks iaitu kira-kira 70 peratus.

Terdapat lima jenis HPV paling lazim yang menyebabkan kanser serviks di seluruh dunia iaitu HPV 16, HPV 18, HPV 45, HPV 31 dan HPV 33.

Sungguhpun begitu, wanita sahaja berisiko menghidap kanser yang berpunca daripada HPV. Kira-kira 94 peratus HPV berkaitan kanser berlaku dalam kalangan wanita manakala enam peratus berlaku pada lelaki.

“HPV dipindahkan atau dijangkiti melalui dua cara iaitu laluan seks dan bukan laluan seks.
“Walaupun jangkitan HPV berkaitan dengan aktiviti seksual ia juga boleh berlaku tanpa sentuhan seksual,” katanya.
Jangkitan boleh berlaku daripada ibu kepada anaknya, melalui sarung tangan pembedahan, pakaian dalam yang tidak bersih dan forseps biopsi.
Sebanyak 80 peratus wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hayat mereka.
Vaksinasi
“Setiap wanita yang aktif melakukan hubungan seks berisiko memperoleh jangkitan HPV onkogenik yang boleh menyebabkan kanser serviks.
“Faktor lain yang berkaitan dengan jangkitan HPV ialah merokok, bertukar-tukar pasangan seksual dan sistem imunisasi yang lemah,” ujarnya.
Sungguhpun ia boleh menyebabkan kematian, kanser serviks merupakan kanser yang boleh dicegah pada peringkat awal melalui vaksinasi dan pemeriksaan pap smear berkala.
Vaksinasi diberi sebelum jangkitan HPV berlaku. Ia meningkatkan tahap antibodi bagi menyerang virus tersebut.
Pemeriksaan pap smear pula mampu mengesan perubahan atau keabnormalan yang berlaku pada serviks. Pengesanan awal membolehkan rawatan awal diberikan segera.
“Pap smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.
“Risiko kanser serviks menjadi tiga hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan pemeriksaan pap smear secara berkala,” katanya.
Jadi, sudahkah anda mengambil langkah pencegahan yang diperlukan? Jalani pemeriksaan pap smear berkala bagi mengelakkan anda dijangkiti kanser serviks.
credit to: http://www.kosmo.com.my , Pesona, 29.06.2012


1 comment:

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...