Friday, June 22, 2012

Dana Pendidikan IPT Anak : Insurans atau Unit Trust ?

Topik yang menarik untuk dibaca. Ramai yang mak ayah dah celik pelaburan biler bab pendidikan anak2. Pasal dierorg dah merasa hutang PTPTN, JPA atau maner2 isntistusi yg mereka dapat untuk pinjaman pendidikan. Kenah perah keringat nak bayar hutang nie semua. Tak masuk bayar loan rumah dan keta lagi. So.. harap2 korang semua dapat membacanyer dengan hati yang senang dan tenang... 


Ramai orang mungkin tertanya2, kalau nak create dana pendidikan IPT untuk anak, nak simpan di Insurans ( Investment Linked ) ker atau nak simpan di Unit Trust ( saham amanah ) ? Dua – dua agen Insurans dan Unit Trust datang dan memberikan pakej dan tujuan yang sama, iaitu EDUCATION FUND. Mana satu lebih baik ? Mana satu lebih efisyen ? Salah satu atau kedua – dua sekali ?
Ya, izinkan sya memberikan sedikit panduan 2 sen untuk tatapan dan panduan untuk para ibu bapa dalam mencari instrumen terbaik untuk dana pendidikan anak.
PANDUAN 1 : Ketahui dimana, dan BERAPA kos pendidikan akan datang.Kepada ibubapa, seperti yang kita sedia maklum, inflasi memainkan peranan penting dalam harga barangan hari ini. Begitu jugalah kos pendidikan nanti. Bila disebut kos pendidikan, ia bukan bermakna Yuran Pengajian IPT shj, tetapi merangkumi kos sara hidup seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, komputer, bahan ilmiah dan pelbagai lagi keperluan seorang manusia yang bernama student IPT.
Pada hari ini, di dalam negara, kebiasaannya student yang masuk IPTA seperti USM, mereka akan meminjam antara RM 40 000 – RM 45 000 dari PTPTN untuk membiaya pengajian mereka. Jumlah ini boleh dikatakan agak tinggi pada hari ini. Ini adalah IPT AWAM. Sebahagian kos disubsidi oleh kerajaan. Untuk IPT Swasta mcm Petronas, Uniten dll, student akan pinjam antara RM 60 000 ++. 12 tahun lepas, sy sendiri meminjam RM 17 000 ++ utk masuk IPTA. Hari ini, sy sendiri menjamin adik sy untuk program berkembar dgn IPT Awam, pinjaman dari MARA, sebanyak RM 80 000++. Figure ini adalah situasi untuk HARI INI. Untuk anak2 di masa hadapan, 15 – 20 tahun lagi, nilainya adalah 2 atau 3 kali ganda dari hari ini. RM 100 000 +++? TAK MUSTAHIL.
Kos IPT luar negara…lagi tinggi lah.
Jadi bersikap prihatinlah dengan kos pendidikan di masa hadapan. Untuk menjadi lebih mudah, anda boleh dapatkan University Cost Guide dari sy bagi mengetahui jumlah yuran IPT masa hadapan untuk dalam dan luar negara. Email kpd sy jika beminat.
 PANDUAN 2: Bersikap realistik dengan jumlah simpananSedar and wake up. Dengan kata lain, jika anda sudah mengetahui jumlah kos pendidikan akan datang meningkat 2 atau 3 kali ganda, maka anda juga perlu bersikap REALISTIK dengan jumlah simpanan yang ingin dibuat. Tak kira lah dgn Insurans atau Unit Trust, kalau anda simpan RM 50 jer sebulan, 20 tahun akan datang rasanya anda hanya mampu utk bayar yuran pengajian semester pertama jer…
Jadi bersedialah untuk menyimpan dari 9 – 15% dari gaji anda untuk simpanan pendidikan anak. Perancang Kewangan kata, 1/3 gaji sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insurans. So dari 1/3 nih, allocate sedikit untuk keperluan pendidikan anak.
PANDUAN 3 : Insurans atau Unit Trust?Seperti yang sedia maklum, Insurans pada hari ini menawarkan polisi yg berbentuk pelaburan yg disebut Investment Linked Insurans. Ia adalah polisi yang menggabungkan 2 elimen iaitu perlindungan dan pelaburan. Sebahagian premium digunakan untuk membayar charge insurans dan sebahagian lagi digunakan untuk pelaburan saham amanah. Syarikat Insurans sendiri sekarang mempunyai dana saham amanah mereka sendiri. Sama macam syarikat pelaburan Saham Amanah yg lain.
Perlu diketahui, jika anda menyimpan RM 100 di Insurans dan dengan Unit Trust, untuk tempoh yg sama katakan 20 tahun, jumlah pelaburan yang anda akan dapat nanti tidak sama. Secara logiknya, simpan RM 100 di Unit Trust akan mendapat jumlah pelaburan yg lebih banyak dari Insurans. Kenapa ? Insurans tetap insurans, sebahagian dana akan digunakan untuk membayar charge insurans. Tambah2 lagi kalau ada byk rider mcm premium waive, atau medical card. Jadi sebahagian besar premium akan digunakan untuk membayar charge2 rider tadi. Berbanding Unit Trust, 100% dari RM 100 tadi akan digunakan untuk pelaburan saham amanah. Of course memang ada initial service charge tapi tak tinggi sgt around 5%.
Tetapi, Insurans memiliki kelebihan perlindungan kepada investor. Contoh : kalau anak yg diinsuranskan jatuh sakit kritikal, anda mendapat sejumlah wang untuk rawatan si anak. Dan juga ada medical card untuk rawatan kos perubatan si anak. Jika si bapa meninggal atau lumpuh, si anak tetap mendapat bayaran premium percuma dari syarikat sampai tempoh matang. Berbanding Unit Trust, jika anak terkena penyakit kritikal, anda terpaksa menggunakan duit poket sendiri utk merawat penyakit, sbb takda medical card atau pampasan yg diberikan. Silap2 anda terpaksa menggunakan dana pendidikan sedia ada untuk menampung kos rawatan. Jika si bapa meninggal, pelaburan RM 100 utk anak setiap bulan akan terhenti. So masa depan si anak akan terjejas.
———– ——– ———————————
KESIMPULAN
Kedua – dua instrumen di atas memainkan peranan yang penting. Insurans utk perlindungan, Unit Trust utk pelaburan.
Bagi sesiapa yg baru bercadang membina dana pendidikan anak, ingat, apa2 pun safety come first. Untuk anak, Insurans perlu diutamakan dahulu. Sakit kritikal dan kos rawatan hospital anak perlu anda perolehi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan yg seterusnya. Terlebih dahulu Insurans utk anda, pencari nafkah keluarga, perlu diutamakan. Untuk mendapat pakej lengkap dengan rider spt premium waive, medical card,anda mungkin perlu mengeluarkan RM 120 – Rm 150. Utk pelaburan dana pendidikan, jumlah ini tidak cukup. jadi jika ada bajet lebih, barulah fikirkan soal pelaburan. Anda boleh memilih untuk melabur di Saham Amanah yg dimiliki oleh syarikat insurans atau pun syarikat saham amanah yg khusus. Pelaburan akan dibuat secara 100%. Ini kerana charge insurans telah anda sediakan terlebih dahulu.
Jika anda sudah membeli plan pendidikan utk anak ( mula dari bayi 1 bulan ) dari Insurans berkait pelaburan, pastikan jumlah yg akan anda perolehi nanti adalah menepati dengan target kos pendidikan akan datang. Jika ia sudah mencukupi, tidak perlu lagi anda invest dalam Unit Trust yg lain. Selalunya, premium dibayar adalah antara RM 200 – RM 300. Jika belum cukup, anda harus memikirkan untuk menambah pelaburan di dalam dana syarikat insurans sendiri atau saham amanah syarikat yg lain. Yg penting target dana pendidikan akan datang adalah menepati.
Jika anda sebelum ini hanya melabur di dana saham amanah yg tak menyediakan pakej insurans, anda harus pastikan :
- medical card utk anak anda bagi rawatan penyakit kritikal
- anda sendiri memiliki insurans dgn jumlah pampasan yg tinggi. Pendek kata, jika anda meninggal dunia, pampasan yg diperolehi dapat menampung dana pendidikan anak anda.
Bagi yg terbaik adalah, allocate 30% dari dana pelaburan anda ke insurans bagi tujuan perlindungan, dan 70% di saham amanah bagi tujuan pelaburan. Dan yg paling penting, pastikan jumlah dana yg akan anda perolehi nanti MENEPATI TARGET KOS PENDIDIKAN masa tersebut.
credit to: http://rancangwang.wordpress.com 

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya, buat masa sekarang saya masih tercari pelan yang terbaik untuk simpanan anak saya, samada pelan takaful atau unit trust. Mengikut pandangan puan pada entry ini, safety come first.. untuk pengetahuan puan saya merupakan penjawat awam, persoalan saya;

1. sbg penjawat awam, untuk mendapat rawatan dihospital kerajaan bg ahli keluarga adalah mudah dari segi kos, adakah saya masih perlukan pelan takaful bagi anak-anak saya? memandangkan rawatan hospital kerajaan skrg setanding dengan swasta

Di harap, puan dapat memberikan pandangan berkenaan hal ini.

akok is a person not a kuih said...

Waalaikumussalam.

Maafkan saya kerna lambat balas pertanyaan anonymous.

Memandangkan tuan/puan seorang penjawat awam dan ya, saya akui hospital kerajaan sidan setanding dgn hospital swasta terutama hospital kerajaan yg entitled sebagai hospital pakar. Memandangkan tuan/ puan ingin fokus pada simpanan semata2, ada beberapa pilihan yg boleh saya syorkan selain invest di LUTH dan ASB

1. Unit trust - nak invest dalam nie mmg digalakkan akan tetapi kita juga kena tahu unit trust yg macam mana kita nak invest. Kena tgk jugak prestasi semasa dan yg terdahulu. Kalau invest dalam nie ada tax exemption tak? Tax exemption pun penting diambil kira kerna agar berbaloi dengan simpanan yg kita buat dapat pulak rebat dari kerajaan. Tak derlah duit kena kuar banyak.

2. SSPN-i - saya tak pasti performance sspn macam mana. Tapi saya sarankan agar buat simpanan berbentuk investment disini kerna ia adalah jaminan kerajaan plus ada offer takaful kematian untuk ibu dan bapa dan ada tax exemption.

Jika nak Takaful pada anak, memang saya akan nasihatkan ambik medikal kad terlebih dahulu baru investment dan life. Kerna anak2 nie mudah sakit dan risiko diluar sana mmg ada jika anak seorang yg aktif dan masih bersekolah. Memandangkan tuan/puan adalah warga kerja kerajaan, sudah memandai untuk buat simpanan di tempat yg saya sebutkan tadi.

Apa yg paling penting, saya sarankan tuan/puanlah yg patut dilindungi terlebih dahulu dengan mencarum takaful sebagai income replacement. Kenapa? Kerna kita adalah bread winner dan sebagai ketua dan org yg bertanggungjawan mencari duit pada keluarga , jika berlaku kematian atau diagnose penyakit kritikal atau accident, sekurang-kurangnya income replacement mboleh cover loss income tadi.

Ini semua hanyalah pandangan saya. Moga ia memberi pencerahan puan tuan/ puan.

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...