Kehidupan manusia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, sama ada ianya besar atau kecil Allah sentiasa ada untuk kita menginsafi segala kesalahan dan bertaubat kepadaNya.
Anak angkat. Ianya bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri. Fenomena mengambil anak angkat sangat tinggi dan menjadi perkara biasa sekarang terutama sekali kepada mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata (semoga Allah SWT mendengar doa anda untuk mendapatkan anak). Islam membenarkan amalan mengambil anak angkat, malah diriwayatkan Rasulullah SAW sendiri pernah mengambil Zaid bin Haritah sebagai anak angkat Baginda SAW.
Kasih sayang dan cinta itu adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Sudah pasti atas dasar kasih sayang dan cintalah, seseorang itu mengambil anak angkat untuk hidup dan membesar bersama mereka. Namun, adakah anak angkat ini layak untuk menikmati kehidupan dunia seperti insan-insan biasa yang lain. Pendidikan, pekerjaan dan perkahwinan adalah antara perkara yang mereka akan lalui juga. Disebabkan itu, Islam memberi ruang kepada ibu bapa angkat untuk memberikan hak kepada anak angkat bagi mendapat semua perkara diatas.
Bercakap tentang pendidikan, acap kali saya menerima permintaan daripada ibubapa angkat ini untuk mendaftarkan plan takaful pendidikan dan perubatan kepada anak angkat mereka. Boleh ke ?? Jawapannya sudah pasti BOLEH!
Namun, ada beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh anda sebelum mendaftarkan anak angkat anda dalam plan takaful pendidikan dan perubatan. Dokumen ini wajib dikepilkan bersama ketika proses pendaftaran takaful:
1. Sijil Kelahiran Anak Angkat (abaikan kotak merah)
2. Sijil Pengangkatan Anak Angkat (boleh di apply di Jabatan Pendaftaran Negara selepas umur anak angkat genap 2 tahun)
Benar, Islam menetapkan bahawa anak angkat tidak berhak untuk mendapat harta pusaka ibu bapa angkat mereka kerana mereka bukanlah waris yang asal, namun Islam tetap menjamin keadilan bagi semua pihak. Melalui cara hibah keluarga angkat dibolehkan menghadiahkan wang kepada sesiapa saja daripada keluarga ataupun bukan keluarga.
Semoga sedikit coretan ini dapat membantu anda untuk memberikan perlindungan terbaik untuk anak-anak syurga ini. InshaAllah.
Jika inginkan FREE QUOTATION, mohon isi borang di sebelah kanan.
mbk
perunding takaful
0192853910
credit:https://rezekirizkeetakaful.wordpress.com/2015/03/27/anak-angkat-dan-takaful-mereka-juga-manusia/
No comments:
Post a Comment