Saturday, October 29, 2011

Membazir jer beli insuran, nak buat apa!

Dafi adalah seorang pemuda yang kacak dan bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu. Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja.

Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!

Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..
“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
“Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..
“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap si adik (adik perempuan dafi) itu lagi..
==========
Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..
Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..

Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-

* Diri anda sendiri
* Isteri & anak-anak
* Ibu & bapa (kadangkala) dan juga dapat melindungi
* Aset spt Rumah Dan Duit Simpanan.

Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…

Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…

Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insurans“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!

Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?

Kalau nak tahu dgn lebih lanjut tentang insurans boleh sms atau hubungi saya Mardiyah ditalian 019-2853910 (EMAIL mardiyah79@gmail.com) atau kalau sesiapa nak quatation , saya boleh printkan atau emailkan…free tak perlu bayar.

Terima Kasih..

credit to: http://www.drumah.com/membazir-jer-beli-insuran-nak-buat-apa/655.html

Tuesday, April 12, 2011

2 in 1

Salam Uolssssss,,

Apa Kabar lah korang di sana? Dah lamer raser nyer tak berblog pasal insurans nie.... memang niat di hati nak updatekan sentiasa.. tapi apa kan daya.. masa agak suntuk.. biler letih tue.. Allah saja yang tahu.. Nak tengok komputer pun malaz.... Malaz lagi........ Sifat nie tak boles di buang.. kecualilah atas inisiatif sendiri....

Biler  korang tengok tajuk blog 2 in 1.. apa korang pikir..mesti pikir pasal produk macam air milo, barang kecantikan, syampoo ker.. aper ker... ntah lah nyah.. Mak tak tau aper korang pikir... Sebenarnyer 2 in 1 nie citer sebenar nyer.. Cu citer cu citer cu citer!!!  Pada suatu hari yang tenang,, saya dapat SMS dari adik menyatakan sepupu saya masuk spital... Prince court babe.. Jakon jap pi saner... fuhhh... macam dok dalam hotel 5 bintang.. ehem.. kembali citer sedihhh. Pulaksssss.. dah.... Baru 2 minggu kuar spital pasal operate ACL ( anterior cruciate ligament).. Menatang aper tuesssss???? Nie bukan menatang.. nie jenis operation.... menurut Wikipedia;; errrrrrrrrrrr bacalah sendiri.. tapi dalam omputeh  

" The anterior cruciate ligament (ACL) is a cruciate ligament which is one of the four major ligaments of the human knee. In the quadruped stifle (analogous to the knee), based on its anatomical position, it is referred to as the cranial cruciate ligament.




The ACL originates from deep within the notch of the distal femur. Its proximal fibers fan out along the medial wall of the lateral femoral condyle. There are two bundles of the ACL—the anteromedial and the posterolateral, named according to where the bundles insert into the tibial plateau. The ACL attaches in front of the intercondyloid eminence of the tibia, being blended with the anterior horn of the lateral meniscus. These attachments allow it to resist anterior translation of the tibia, in relation to the femur."

Paham tak? Paham tak??? Tak ngeti?? Tuelah .. bak kata Usop Wilcha... Inilah pentingnyer English Education....... hohohohohohohohohho...(ketawa macam santa claus....)..

Kesian dier.... than doktor diagnosis ader masalah paru paru berair.. kenalah tahan seminggu lebih.... Tak kesian tue.. Syarikat cover sikit jer.. Mana nak cekau ribu ribuan ringgit.. Nasib baik dier ader beli premium Pru BSN Takaful.. Nasib baik ader insurans.. sekurang kurang dia diinsuranskan..... Mika semua macam maner pulaks.. ???? MOh moh ler beli insurans tue... Kalau Jawapan Company ader insurans.. sampai biler depa nak cover??? Jika kita sihat walafiat, ok lah.. jika kita sakit.. sampai biler nak bagi kiter cuti....??? Pikirkan sekejap.. Lagi satu insurans nie buat orang yang tersayang.. sekurang kurang ader lah duit sekupang dua nak bayor hutang piutang, blanjer anak skolah..... dan lain lain akitivit sampingan lah....

Maka, moral of story, malang memang tak berbau.. dier datang menterjah macam tue jerrr.... Masa tue baru berkerut dahi, pikir saner, pikir sini....pi jumpa sedara mara mintak pinjam, pi jumpa YB, masuk paperlah... Insurans nie tak semestinyer pasal life insurans, ia juga pasal saving dan pelaburan... Maka beringatlah sebelum kena....
Ok.. lah Uols.. moga citer kali nie memberi ikhtibar kita semua..... jumpa lagi.. CHowwww

mardiyah: 0192853910

Monday, November 29, 2010

Kenali insurans haram

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.
Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).
Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.

2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.

3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.

4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan

Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:

1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).

2. Riba dan pembahagiannya.

3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:

1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).

2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.
Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.
Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.
Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:

a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.
Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.
Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.
Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

Dipetik Harian Metro Oleh Ustaz Zaharuddin

Thursday, November 25, 2010

Jangan benci kami... Kami bukan ah long.. Kami nak tolong....

Salam UOLS,

Macam maner dgn raya korban korang? Harap Ok jer... Kita? Jangan cakaplah.. siap cirit birit n muntah muntah lagi... Banyak sangat makan daging.. Syukurlah dapat makan yang enak-enak kalau berbanding ngan orang yang tak mampu nak makan daging... Ok.. hari nie tak nak cakap pasal daging maging atau raya sakan.. Cuma nak cakap pasal insurans... Nak tanya sejujur jujurnya.. First impression bila sebut nak jual insurans? Korang anggap agent insurans tue aper? Lipas? semut? lalat? Kumbang? Orang yang desperate sesangat? Kesilapan besar yang selalu agent buat bila sebut perkataan INSURANS atau MATI.. Semua orang akan lari atau menyampah nak tengok muka orang tue.. Diibaratkan kita paksa diaorang kena beli.. dengan harga yang tinggi.. Kita tak pernah paksa..macam Ah Long.. nak pukul orang.. Kita nak tolong jer..Ia suatu amanah yang perlu disampaikan.. Jual insurans berlandaskan syariah lagi....Insurans tue cover perkara yang tak dijangka seperti sakit, atau kematian.. Bukan bila sakit nak ambik insurans..Cuba tengok iklan dibawah....
So.. Lu pikirlah sendiri...

                        

Siapalah aku ini? Aku hanyalah penjual insurans.. Sob Sob....

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Sunday, October 31, 2010

Ministry of Health - Tak Nak Merokok Campaign (Anti-Smoking Campaign)


Salam uols,

Kabare? Waras.. Harap-harap sihat sejahtera hendaknya..... Tertengok satu iklan merokok nie kat TV malam tadi.. Dah lamer kita berkenan bebenor ngan iklan nie.. menusuk jiwa dan kalbu.. Tapi tak taulah pada si smoker kan.. ader rasa tajam manikam atau indak... Cuba kita ushar sikit iklan nie.. ngeri u knows.. sedih pun ader...Yerlah... betul insurans ader cover penyakit kanser, paru-paru dan seangkatan dengannya... tapi saper nak sakit? Cuba jawab tue.. Tak der saper kan... Prevention is better than cure.. Tapikan... orang yang smoker tue kena pikir orang disekeliling nyer.. Tak pasal-pasal dapat tittle second smoker.. Gelaran yang tak hingin kita nak dapat... Banyak dah kes kita dengar, pasal husband dier isap rokok, bini yang dapat kanser paru-paru.. Tak ker naya tue... Kalau nak isap tue, beringat ler sikit..



Ok.. kekawan.. tunjukkan gambar abang mat atau cik kiah nie pada orang yang suka sesangat merokok tue.. Ini akan terjadi pada organ dalaman kita dalam jangka masa yang panjang.. Walau pun it takes time, kita memang tak nak benda nie terjadi pada kita.... Maka.. beringat ingatlah sebelum ia terjadi pada kita..





Siapa lah aku nie? Aku hanyalah penjual insurans.. Sob sob
mardiyah79@gmail.com : 019-2853910

Bila pesakit tidak dilindungi insurans

Kos rawatan dapat dikurangkan jika pesakit membeli polisi insurans

POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.


Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.


“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.
Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.

Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.

“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.

“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.

“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.

Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.

“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.

Mereka yang mempunyai ukur lilit 60 sentimeter ke atas kurang berisiko mendapat penyakit
Kanser

“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.

“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.

“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.

Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.

“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.

Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.

“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.


“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.

“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.

Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.
Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.

Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

Dipetik dari suratkhabar KOSMO 31.10.2010 oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Monday, October 18, 2010

OKTOBER Bulan Merah Jambu

Ingat Merah Jambu, Ingat pencegahan


SETIAP wanita harus memeriksa payudara pada setiap bulan setiap kali selepas haid bermula pada hari ketujuh bagi memastikan payudara dalam keadaan normal serta mengesan tiada benjolan berbahaya pada payudara mereka.

Walaupun barah payudara berlaku pada usia 30 tahun ke atas, pemeriksaan awal terutama selepas haid pertama pada setiap bulan memungkinkan wanita terbiasa dengan perubahan yang ada pada payudara mereka, seterusnya mendapatkan rawatan segera.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, barah payudara tidak boleh dicegah, namun pengesanan awal membolehkan penghidap mampu menjalani kehidupan lebih panjang serta berkualiti.

“Wanita harus prihatin pada perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Ibarat sebiji jerawat yang tumbuh pada kulit muka, wajah akan dibelek setiap hari, jerawat akan dipicit, begitu juga dengan payudara.
“Sentuh, pegang serta rasai perubahan pada payudara setiap hari bermula pada usia remaja sehingga apabila usia anda mencecah 30 tahun, perubahan yang tidak normal akan mudah dikesan, seterusnya segera mendapatkan rawatan,” katanya.
Tambah Ranjit, apabila wanita meningkat usia 30 tahun mereka harus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan secara klinikal. Ini kerana pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada payudara.

Apabila usia meningkat 40 tahun, wanita harus menjalani rawatan mamogram pada setiap tahun bagi mengesan sekiranya terdapat sel barah. Rawatan mamogram mampu mengesan sel barah dua tahun lebih awal sebelum merebak.

“Mamogram adalah ujian untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin pengimbas khas. Ini dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.

“Walaupun akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia hanya untuk beberapa ketika. Rawatan mamogram boleh mengukur saiz dan penyebaran barah pada payudara serta mengesan barah pada payudara sebelah lagi.

“Sekiranya sel barah masih terlalu kecil dan berada pada peringkat pertama, rawatan segera membantu mengelak sel merebak.


“Malangnya 30 peratus hingga 60 peratus pesakit yang datang ke hospital sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga dan empat serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh,” katanya.

Ranjit menjelaskan, rawatan kepada penghidap barah bergantung kepada jenis dan tahap keterukan barah. Sekiranya wanita didiagnosa menghidap barah payudara, mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan.
“Kajian menunjukkan kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan akan membantu memulihkan pesakit serta mengurangkan masalah yang ditanggung pesakit sama ada dari segi fizikal dan emosi,” jelasnya.

Antara rawatan yang dijalankan adalah pembedahan sama ada membuang atau tanpa membuang payudara, pembentukan semula payudara, radioterapi, kemoterapi dan terapi hormon yang semuanya mempunyai kesan berbeza bergantung kepada tahap keterukan kanser.

Walaupun pelbagai program diadakan mengenai bahaya barah payudara, ramai wanita masih tidak mahu melakukan pengesanan awal sehinggakan barah ini menjadi pembunuh utama wanita berbanding penyakit lain.

Menurut Daftar Barah Kebangsaan (NCR), sejak dua tahun lalu, sekurang-kurangnya 70,000 kes barah baru dilaporkan dan barah payudara adalah ancaman paling besar.

“Kadar kematian yang tinggi dan meningkat setiap tahun tidak seharusnya berlaku. Walaupun barah payudara tidak boleh dicegah, pengesanan awal mampu memberi peluang kepada pesakit untuk hidup lebih lama. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai banyak masa bersama keluarga serta menjalani kehidupan lebih bermakna,” katanya.

Menurut Ranjit, setiap tahun BCWA mengadakan pelbagai kempen, bengkel serta pameran di pusat beli-belah mengenai bahaya barah serta meminta sukarelawan menunjukkan cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri.

Bulan Oktober setiap tahun dipilih sebagai bulan barah payudara sedunia bagi memberi kesedaran kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini.

Tambahnya, dia sangat berbesar hati apabila ada syarikat korporat seperti Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad menjadi penaja kempen unik Pink Oktober anjuran Gleneagles Kuala Lumpur bagi mengumpul dana RM75,000 untuk disalurkan kepada BCWA.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memberikan sumbangan dengan membeli beg Pink Couture rekaan pereka fesyen Bill Keith yang diperbuat daripada kanvas serta boleh dikitar semula bernilai RM25.

Turut hadir pada majlis berkenaan, pereka kasut tersohor, Profesor Datuk Jimmy Choo yang berkongsi cerita mengenai ketabahan ibunya yang menghidap barah �payudara yang berjaya dikesan sejak peringkat pertama.

Menurut Choo, ibunya sangat mementingkan kesihatan dan sering menjalani rawatan kesihatan di hospital sebelum dikesan menghidap barah.

“Keterbukaan wanita serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan mengenai penyakit yang mereka hadapi memungkinkan penyakit barah payudara mampu dikesan lebih awal sebelum merebak ke tahap lebih kritikal.

“Sebagai contoh, ibu saya menghidap barah payudara, namun dia menerima dengan tabah serta menghadapi hari-hari mendatang dengan gembira. Ini kerana kegembiraan serta ketenangan membuatkan kehidupannya lebih berkualiti dan bermakna.

“Tambahan pula, apabila seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya sama ada dalam bentuk mental dan fizikal sehingga dia mampu menjalani kehidupan yang sangat baik sepanjang 15 tahun sebagai penghidap barah,” katanya.

Menurutnya, setiap wanita harus mempunyai kesedaran, pengetahuan serta tanggungjawab kepada diri sendiri dengan menjalani pemeriksaan awal barah payudara.

Walaupun mereka tidak menghidapnya atau masih berada pada peringkat awal, pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi wanita yang sudah meningkat usia 40 tahun, lakukan pemeriksaan pada setiap tahun.

Selain itu, orang ramai harus memberi sokongan kepada pesakit barah tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Sokongan moral dan emosi mampu menghalang sel daripada merebak lebih cepat di samping rawatan kesihatan di hospital.

“Seperti yang dilakukan pada hari ini, walaupun hanya membeli sebuah beg bernilai RM25, anda mampu membantu mereka yang memerlukan. Malah, perkataan dan lambang pada beg walaupun hanya reben berwarna merah jambu, mesej yang ingin �disampaikan sangat besar iaitu ‘fikirkan mengenai kesihatan’,” katanya.

Selain Choo, turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim; pemilik Pusat Mutiara Rafflesia, Winnie Sin serta perunding bedah barah payudara Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Dr Suseela Nair serta selebriti tanah air.

Orang ramai boleh membeli beg Pink Couture berharga RM25 di Gleneagles Kuala Lumpur serta Menara Great Eastern.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan Gleneagles Kuala Lumpur sempena bulan Pink Oktober, anda boleh melayari laman sesawang www.gleneagles.com.my.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Periksa payudara anda pada hari ketujuh hingga ke-10 ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iaitu:

Kaedah 1

Periksa payudara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.

Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.

Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan
cecair jernih atau berdarah.

Ulangi langkah yang sama pada payudara sebelah kiri.

Kaedah 2
Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara

Periksa payudara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.

Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua payu dara.

 
Kaedah 3

Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.

Pastikan jari tangan kiri anda rata dan lakukan pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan.

Dipetik dari kosmo

Ps:// Ingin maklumat lanjut mengenai kanser payu dara sila lawati halaman rasmi http://www.pinkribbon.com/

Sunday, October 10, 2010

Hati

Diri yang ikhlas datangnya dari hati yang suci
" Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging,bila ia baik,maka baiklah seluruh jasad itu,dan bila ia rosak,maka rusaklah seluruh jasad itu.Maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)

Salam Uols,

Aku tau hari Ahad nie malaz nyer nak bangun pagi..malaz nak buat kerja..rasa-rasa nak relax jer...dah lah tuan empunya blog nie tak sihat uhuks uhuks uhuks (kan dah batuk),  yerlahkan datang jer hari Ahad, adalah masa untuk bersantai bersama kekawan, keluarga dan insan yang tersayang. Dalam keadaan yang tidak sihat tubuh badan nie, gagahkan juga update blog nie... terbaca satu hadith mengenai hati. Apa kaitan hati ngan insurans nie? Pening aku... Tuan-tuan, puan-puan, sedara dan sedari yang budiman, bila sebut pasal hati nie ia akan menyentuh pasal jiwa dan diri seseorang tue. Jika hati orang tue baik, maka baiklah orang itu. Kalau hati orang tue hitam, maka jahat orang tue. Disini, kalau nak pilih egent insurans tue kena tengok penampilan orang tue, tau dier wakil ejen maner... kalau boleh call manager dier..manerlah tau.. sesetengah ejen tue bila cakap lembut gusi dari lidah.. Tapi, saya tak kot... Saya ikhlas nak tolong orang.. Kalau tak, takdernyer blog pasal insurans nie.. heheheh puji diri sendiri. Sowwwiiii... Di pendekkan citer, kalau nak nak beli insurans tue ikhlas dari hati nurani sedara dan sedari.. Kita beli insurans untuk masa depan kita.. Ikhlas nak tolong diri sendiri.. Kalau kita susah dan sakit, saper nak tolong kita? adik beradik? diaorang pun sibuk ngan hal-hal sendiri.. Mak-bapak? Kalau dari keturunan hartawan, dermawan dan jutawan boleh lah.. Boss??? Jangan haraplah.. Kengkawan? Tak tentu lagi.. Kawan yang ketawa ramai, kalau menangis, kita seseorang lah.. satu pun tak tentu jumpa untuk kongsi kesedihan kita..  So? Macammana? Lu pikirlah sendiri.... Chow dulu babe.. Cakap banyak2 kan, nanti orang mare pulaks.. Jumpa lagi..

Siapalah aku ini? aku hanyalah penjual insurans.. sob.......sob.....

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Thursday, October 7, 2010

\^o^/

Salam uols........

Tak ader aper yang special hari nie.. just update design blog jer.. Biasanyer aku tulis pasal prudential takaful jer... tapi kali nie aku nak perkenalkan pru Mychild.. produk dari prudential..Launching dah lamer dah.. cuma ramai tak aware kot atau premium nyer yang agak tinggi.. Pru Mychild nie untuk bakal ibu dan anak yang akan dilahirkan dimuka bumi ini..For the first time ever, insurans nie cover since baby dalam kandungan lagi.. best kan!! Jom kita pi beli insurans Pru Mychild.. (OOOppppsss macam mau beli kuih jerrrrr)......Tapi kan..untuk masa depan anak-anak kita apa salahnyer kan.....Kita tenung anak-anak kita, anak-anak kita tenung kita balik....tak kesian ker ???? Tepuk dada tanya selera.. So enjoice video yang baru kita tepek tue...

Siapalah aku ini? Akuhanyalah penjual insurans.. sob sob

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Wednesday, October 6, 2010

Sakit............????

Salam uols...

Walaupun tak ke udara beberapa hari nie, aku masih update blog mengenai insurans.. Lihatlah.. dan bacalah......bagaimana nak membuat aduan kepada pihak berkuasa jika tipah tertipu..atau cik minah tipu aku.. atau sewaktu dengannya... Terpaksa chow dulu..tak sihat..batuk batuk dan rasa round round duck sekarang nie.. so chow dulu

Siapalah aku ini? Aku hanyalah penjual insurans.. sob sob

mardiyah79@gmail.com:019-2853910

Wednesday, September 29, 2010

www.insuranceinfo.com.my

Assalamualaikum dam salam 1 Malaysia,

Di waktu pagi yang hening, damai dan indah diikuti angin sepoi sepoi bahasa, aku menaiki kereta kembara DVVT meluncur laju ke arah Damansara....Sampai saja ke destinasi, aku terus masuk ke Prudential kios dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran insurans premium... Sambil melihat sekeliling bilik yang agak sempit itu, aku terpandang beberapa buku kecil yang berwarna kelabu dan perang. Aku terus mengambil dan membaca nya, aku terus tersenyum dan berbisik dalam hati "This is it".. Info yang aku cari selama ini.... Apaka buku kecil itu? Jeng... jeng...jeng...jeng.....buku kecil ini amat berguna kepada sesiapa yang ingin maklumat atau info mengenai insurans sama ada insurans konvensional atau Takaful.. Sesiapa yang berminat, bolehlah melayari ke http://www.insuranceinfo.com.my/. Apa yang korang nak tahu pasal insurans semua nya diterangkan dalam web site. Siap ada memberi panduan penting apabila membeli insurans, tempat aduan insurans kalau korang rasa tertipu atau ditipu dan macam macam ader....... Maka layarilah http://www.insuranceinfo.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Siapalak aku ini? Aku hanyalah seorang penjual insurans... sob sob sob

mardiyah79@gmail.com: 019-2853910

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...