Wednesday, June 7, 2017

3 bentuk kesinambungan dalam hibah.

> Pembahagian. 
Iaitu yang melibatkan keseluruhan harta untuk dipertimbangkan yang mana perlu dihibahkan.
Apabila sudah tertentu harta ingin dihibahkan, maka disempurnakan rukun-rukun; pemberi, penerima, harta dihibahkan, sighah, dan alkabd
Sebahagian harta lain sama ada dibuat sedekah, wakaf, amanah, wasiat, atau dibiarkan sahaja sehingga akhir hayat (mati).
Contoh hibahkan takaful.
------
> Penerimaan
Iaitu penerimaan fizikal harta hibah bersama manfaatnya atau ditangguhkan disebabkan belum sempurnanya syarat.

Contoh takaful.

Atau contoh harta hibah lain yang terus boleh diakui pemakaian manfaatnya seperti hibah rumah, syarikat sdn bhd, dan lain-lain.
------
> Kesan
Iaitu kesan terhadap BERI DAN TERIMA harta hibah sama ada dalam tersurat atau tersirat

Tersurat.
1. Isteri dapat duit
2. Duit digunakan untuk perbelanjaan isteri
3. Isteri bayar hutang-hutang diri sendiri
4. Anak dapat meneruskan pembelajaran ke universiti, dll.

Tersirat. 
1. Isteri redha dan tabah dengan pemergian suami
2. Hubungan adik beradik, mak dan ayah suami menjadi akrab. 
3. Adik beradik, mak dan ayah suami terima (jika mereka waris qodim) juga sebahagian harta yang ditinggalkan (harta selain hibah, wakaf, dan wasiat) dengan penerimaan yang difahami. 

---
Namun bentuk kesinambungan yang ketiga ini kebiasaan sukar dicapai apabila pemilik harta hanya melibatkan satu harta sahaja dalam perancangan pewarisannya tanpa melihat keseluruhan harta yang bakal ditinggalkan.

Begini,
Si suami ada kereta, kwsp, akaun bank, TH, saham, UT, takaful, rumah.
Juga ada hutang.

Dalam perancangan pusaka, si suami hanya melibatkan takaful sahaja untuk mencapai SEMUA hasrat selepas kematiannya.

/ Meneruskan hidup dengan anak-anak
/ Melabur sebahagian besar wang
/ Membayar hutang
/ Menebus bayar faraid
/ Membiayai pentadbiran pusaka
/ Badal haji, fidyah, nazar

kredit: Muhamad Akmal Muhamad FB

mbk
0192853910

Tuesday, June 6, 2017

Death Claim : Bahagian 2

Rentetan dari artikel atau status saya berkenaan dengan "death claim", saya dapat "feedback" dari seoerang ejen yang menceritakan pengalaman beliau dalam menguruskan tuntutan pampasan kematian sahabatnya sendiri.

Ejen S : Alhamdulillah, mudah je. Teruskan beri maklumat yg tepat tentang claim Takaful. Saya sendiri ada pengalaman uruskan death claim client yg juga sahabat rapat.

mbk: Terima kasih saudara . Boleh saya tahu berapa lama saudara ambil masa untuk buat tuntutan death claim itu? Al fatihah utk kawan saudara. Moga dicucuri rahmat. Amin.

Ejen S: Arwah meninggal pada 29.1.2017.
- saya berhubung adik arwah tanya keadaan isteri. 
- selepas 2 minggu baru saya dapat jumpa.
- saya bantu dia tengok semua polisi termasuk MRTT
- seminggu selepas tu dia bawa borang laporan doc ke hospital. Hospital minta sebulan.
- cukup2 sebulan laporan siap.
- kemudian saya uruskan bagi pihak discharge summary.
- urusan x lancar, sebab pegawai berkursus dan ada yg bercuti.
- saya dapat melengkapkan dokumen pada pagi 17.4.2017
- 18.4.2017 claim received 
- 26.4.2017 claim approved
- saya follow up isteri arwah pada 3 Mei nak tau status Hibah dah masuk akaun ke belum. Alhamdulillah duit dah masuk, tapi isteri arwah tak pasti bila duit masuk. 
- dalam keadaan macam tu, emosi isteri arwah kadang2 ok kadang tak
- jadi saya guna cara paling baik untuk mudahkan urusan. 
- antara cabaran, org keliling kata kita tipu. Sebab dah berbulan.
- Sedangkan kita bagi masa bertenang dan proses dokumen hospital sangat makan masa.
- hospital kerajaan tak keluarkan discharge summary, saya buat rayuan supaya satu surat dikeluarkan menggantikan discharge summary.
- Alhamdulillah, pegawai rekod pertimbangkan rayuan saya.
- pada tahap ni, isteri arwah dah agak emosi semasa berkomunikasi dengan saya.
- Jadi saya ambil tanggungjawab untuk uruskan bagi pihak. 2-3 kali pegi hospital. Alhamdulillah selesai.
- saya puas dengan pengalaman ni. 
-Alfatihah untuk arwah

mbk: Terima kasih. Cepat juga. Moga dipermudahkan urusan saudara. Amin.

Ejen S: Amin

Moga perkongsian saya kali ini membuka mata dan minda kalian berkenaan dengan takaful. Takaful bukanlah penyelesaian segala masalah seratus peratus. Tetapi, ia dapat meringankan beban waris dan membantu dalam meneruskan kelangsungan hidup untuk legasi yang seterusnya.

#legasi
#hibah
#warisan
#hibahtakaful
#TabungWanita
#WomenOfInspiration

mbk
0192853910

Death claim.

By Muhammad Rahmat

Saya menerima pertanyaan daripada sahabat2 dan klien selepas up status semalam.
Dan yang paling menarik soalan ialah 

'Kalau mati dirumah macam mana? Tiada pengesahan kematian. Hanya polis sahaja yg sahkan"..
--------------------------------------------
Kematian boleh berlaku di 2 tempat.

1)hospital.
2) diluar hospital seperti rumah.
Untuk proses tuntutan claim;

Sacara am-nya, pihak syarikat akan buat penyiasatan 'investigation' bila timbul keraguan untuk memastikan tiada 'non-disclosure' sakit yang 'significant' dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
-------------------------------------------
Ok, sekarang isu disini pasal 'postmortem'.

1) jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.

Tiada postmortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat di beri. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.

Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.

2) jika kematian berlaku di rumah. Hendaklah membuat laporan polis..Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan syak berlaku jenayah, maka postmortem akan dilakukan.

Didalam permit pengebumian polis biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian 'sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc'.

Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati dirumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat postmortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.

Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu postmortem.

Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat postmortem.

Sebenarnya, perlu atau tidak postmortem untuk tuntutan insuran jika kematian dirumah?

Jawapan nya TIDAK.

Dan syarikat insuran tiada kuasa arah postmortem dilakukan.

Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specific dan guna borang pengebumian polis.

Jika pihak syrikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.

3) ada berlaku kes yang mana kematian dirumah. Dan postmortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti. 'Undetermined cause of death'.

Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.

#copypast

Friday, June 2, 2017

BERKONGSI ILMU MRTA/MRTT/MLTA/MLTT

BERKONGSI ILMU
===============
Menu luncheon kita hari ni MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT
MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA - Mortgage Level Term Assurance 
MLTT - Mortgage Level Term Takaful
Ofcos Assurance ni untuk konvensional while Takaful ni untuk islamic financing sebab patuh syariah
And ofcos insurance ni untuk rumah korang dan hanya cover Death & Total Permanent Disability sahaja.. (Mati & Kecacatan Kekal)

MRTA/MRTT
➖➖➖➖➖
Term "reducing" tu memain kan peranan penting yang mana menunjukkan bahawa untuk insurance ini hanya cover berapa balance of outstanding loan rumah korang..

Contoh: 
Loan RM500k MRTA/MRTT 500k.. selepas 10 years outstanding ada RM400k so coverage pun hanya tinggal RM400k jugak..
Biasanya MRTA/MRTT lebih murah as compare as MLTA/MLTT dan boleh di capitalise dalam loan korang (include dlm loan sekali)
Dan tak boleh di transfer ke lain2 property..
Bank akan caj korang one lump sum amount..
Kalau korang jual rumah korang selepas 5 tahun loan, korang still dapat balik MRTA/MRTT korang..

Cth- coverage utk 30thn.. lepas 5 thn jual.. bank dah caj korang upfront sebab capitalised dalam loan.. the remaining 25 years of coverage tu bank akan pulangkan pada korang.. ramai yang tak sedar sebab bank dah siap tolak daripada baki loan amount korang..
Ramai yang ingat duit dia burn kalau dia jual..
Clear??

MLTA/MLTT
➖➖➖➖➖
Word "Level" tu dah bagi maksud yang agak jelas..
Untuk MLTA/MLTT, premium dia agak mahal sedikit.. sebab coverage dia takkan follow outstanding balance loan korang..

Contoh:-
Loan RM500k MLTA/MLTT coverage RM500k..
Selepas 10y.. loan outstanding ade RM400k tapi coverage still ada RM500k.. means kalau korang meninggal waris akan dapat lebihan coverage selepas setel outstanding loan kat bank..
Untuk MLTA/MLTT ni korang boleh bayar setahun sekali atau sebulan sekali atau 6bulan sekali atau 3bulan sekali. Atau pon nak bayar 5 thn untuk cover sampai 70 tahn pon boleh!!
And bank tak boleh capitalised untuk MLTA/MLTT ni (tak boleh masuk loan) so korang kene bayar sampai lah habis term of coverage..
MLTA/MLTT ni biasanya boleh di transfer.. 
Contoh: Coverage RM500k boleh cover untuk 2buah rumah harga RM250k dan bila loan outstanding dah reduce korang boleh tambah lagi property untuk same MLTA/MLTT
Clear tak???

Harap dapat membantu korang2 yang blur2 tu.

#prubsntakaful
#hibah

Credit to Abg Kacak

mbk
#ejentakaful
#hibah
#hibahtakaful
#legasi
#warisan

Thursday, June 1, 2017

Takaful yang anda sign up hari ini..................KEMUNGKINAN..............

🔰TAKAFUL yang anda sign up hari ini

📍Mungkin anda akan guna esok
📍Mungkin anda akan guna 3 hari kemudian
📍Mungkin anda akan guna bulan depan
📍Mungkin anda akan guna 6 bulan kemudian
📍Mungkin anda akan guna tahun hadapan
📍Mungkin anda akan guna 3 tahun kemudian
📍Mungkin anda akan guna 5 tahun kemudian
📍Mungkin anda akan guna 10 tahun akan datang
📍Dan mungkin anda tidak akan guna sehingga umur 50 tahun

🔰Tetapi dalam banyak KEMUNGKINAN di atas, sekurang-kurangnya anda sudah lakukan PERSEDIAAN

✏Biar awal 5 tahun
✏Jangan lambat 5 saat
✏Biar awal 6 bulan
✏Jangan lambat 6 saat
✏Biar awal 1 tahun
✏Jangan lambat 1 saat

mbk
#ejentakaful
0192853910
#warisan
#legasi
#hibahtakaful
#TabungWanita
#womenOfInspiration

Wednesday, May 31, 2017

Koleksi alasan-alasan kenapa tak apply Insurans/Takaful serta JAWAPAN. Semoga menjadi panduan anda untuk MEMOHON Takaful sekarang.



1) "nantilah dulu, aku baru je mula kerja"
- Kalau esok datang kerja kemalangan macam mana?

2) "ala, mati tu kerja tuhan"
- ye betul. Tuhan tak bagitau bila kita mati, jadi sebelum mati kena la beringat.

3) "aku kan muda lagi takkan dah nak ambil insuran"
- Masa muda la bagus sebab tengah sihat, premium murah, & protection tinggi.

4) "umur aku 30 baru nak ambil"
- Kalau sblm umur 30 dah kena penyakit kritikal, lepas tu baru nak apply agak2 syarikat insurans nak bg tak?

5) "ala, kalau dah mati habis cerita, aku bukan ada waris pun"
- Kalau mati takpe, kalau hidup tapi hilang upaya kekal hidup pun segan mati tak mahu, tak ke membebankan ibu bapa yg nak kena jaga?

6) "aku nak buat investment dulu, insurans kemudian"
- Kalau sakit kritikal / lumpuh kekal tak mampu bekerja, agak2 investment kita yang baru setahun dua tu boleh bagi jaminan tak ? sedangkan kalau ambil insurans/takaful nyawa hanya bayar RM100 sebulan dah ada jaminan RM50k hingga RM200k.

7) "aku bnyk komitment skrg ni, rumah, kereta, kad credit, anak sekolah, bil2. mcm mana nk ambil insurans"
- Yang ni lagi WAJIB ambil! Seandainya esok berlaku musibah dan kita hilang upaya kekal, sape yang nak kena tanggung semua hutang2 tu kalau bukan family, isteri dan anak2. Kita dah tentu la tak mampu bekerja. Bukan ke kalau ada insurans/takaful dapat bantu jugak dari awak tak ada ape2 kan? Kalau rase bnyk komitmen ambil la dulu yang paling rendah. Bila ekonomi dah stabil nanti tambah. ambil je dulu basic RM50 sbulan. Dah okay dari xbuat langsung.

8) "aahh! insurans semuanya penipu"
- Jangan salahkan syarikat insurans sebabnya mereka hanya mengikut polisi. Kalau polisi kata blh claim so blh la claim. Kalau polisi kata tak boleh memang tak boleh la. Syarikat insurans berniaga bukannya memberi belas ehsan. Agen hanya sebagai wakil syarikat dan bukan semua perkara dapat diterangkan dalam masa yang singkat. Kita sebagai peserta seharusnya memahami isi kandungan polisi dan bertanya jika ada kemusykilan bukannya polisi dibiar begitu sahaja. Did dalam insurans ada tempoh2 bertenang yang kita perlu tahu. Jangan menipu fakta jika anda seorang perokok, mempunyai sejarah penyakit atau pembedahan dan sebagainya semasa membuat permohonan takut kelak jika syarikat insurans mengesan adanya penipuan, insurans anda hanya sia2.

9) "masuk insurans tak untung banyak, baik aku simpan kat ASB"
- Insurans utk perlindungan bukannya utk buat duit. Nak simpan atau invest kt mana2 sekali pun ambil la insuran terlebih dahulu sebab simpanan dan investment tak memberi jaminan untuk bagi pampasan.

Macam mana sekarang? Dah blh mohon sekarang?

mbk
#ejentakaful
0192853910

#hibahtakaful
#TabungWanita
#WomenOfInspiration

Tuesday, May 30, 2017

Alternatif pada faraid jika perlu .........

Dalam beberapa bulan ini, (sebenarnya sudah lama) ada beberapa ejen memainkan isu Takaful Hibah dimana mempunyai kedudukan sendiri dalam perundangan dan sangat sesuai sebagai satu instrumen dalam harta pusaka.

Manfaat Takaful sudah diketahui untuk:
  •  Pelan legasi – seperti jalan terakhir melakukan amal jariah atau sedekah, mewariskan sejumlah kekayaan kepada waris, tujuan bisnes (keyman) dan membina asas kepada generasi seterusnya apabila sudah tiada.
  • Instrumen pengurusan harta pusaka; Hibah Takaful sebagai jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang.
  • Mencipta satu lagi peluang penjanaan pendapatan melalui segmen takaful berbentuk pelaburan.
Sudah pasti dalam perlindungan Takaful, tujuannya adalah untuk melindungi diri seseorang. Dalam kewangan peribadi, seseorang itu perlu tahu apakah tanggungjawab terhadap diri beliau terhadap orang lain seperti keluarga terutamanya.
 
 
 


Misalnya seorang lelaki, suami dan bapa adalah orang yang penting dalam keluarga. Beliau bertanggungjawab terhadap:
  • Perbelanjaan rumah.
  • Perbelanjaan kereta.
  • Perbelanjaan runcit (makan dan minum).
  • Penyediaan dana pendidikan.
  • Penyediaan dana persaraan.
  • Pembiayaan kewangan (pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain)
Isunya di sini, apa akan berlaku apabila beliau sudah tiada?

Sudah dikupaskan, di Malaysia apabila seseorang itu mati segala harta-harta akan menjadi ‘beku’ dan tidak boleh digerakkan. Proses ini sebenarnya adalah lama dan bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari. Malah ada proses boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Manakala hutang-hutang perlu diselesaikan dengan cepat.

Langkah-langkah berikut perlu dilalui sebelum harta beku tadi boleh dibahagikan.
  • Perbelanjaan pengurusan kematian seperti upah kubur, upah mandi.
  • Menyelesaikan segala hutang piutang, bertulis (bank misalnya) atau tidak.
  • Menyelesaikan segala tunggakan cukai dan zakat tertangguh.
  • Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh si isteri.
  • Menyelesaikan bab wasiat; jika dibuat oleh si mati.
  • Pembahagian harta bersih mengikut hukum Faraid.
Semua orang tahu bila dia lahir. Tidak semua orang tahu bila dia tiada.
Bagaimana dengan perbelanjaan seharian seperti perbelanjaan anak ke sekolah, rumah yang belum habis dibayar, ansuran kereta tertunggak dan hutang kad kredit masih ada baki?
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” Hadis Riwayat Tarmizi
Jadi, Takaful bukan sahaja hanya berkisarkan kad medikal; berapa had limit tahunan dan seumur hidup atau ada elaun harian atau tidak. Ini hanya satu bahagian. Takaful dalam konteks besar adalah untuk menyelesaikan isu-isu begini di mana boleh membebankan waris jika tidak diselesaikan dengan cepat dan baik.
‘Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” – Hadis Riwayat Al Bukhari
Oleh itu, sebagai orang Muslim perlu tahu tentang ilmu pengurusan pusaka dan terbaru, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah memperkenalkan konsep Hibah Bersyarat (lebih popular di sebut Hibah Takaful) iaitu penamaan dalam sijil Takaful itu sendiri.

kredit: adib yazid

mbk
0192853910
 

Ada orang.... (Edisi Takaful)

Ada orang
- Dah setahun ambik pelan takaful, tapi bila dengar ada pelan yang lagi murah, terus sign up yang baru. Bila ejen tanya khabar, senyap. Agaknye ejen baru tu tak terangkan pasal waiting period 120 hari ataupun incontestability period (1-2 tahun tu kot?)

Ada orang
- Dah set appointment nak jumpa di sekian-sekian tempat. Dah bergelas-gelas air ejen tu hirup, muka tak nampak-nampak. Call tak berangkat. (Ni paling biasa)

Ada orang
- Dah disahkan penyakit dan kena buat operation minggu depan, baru nak sign up takaful yang paling tinggi coveragenya. Masa ejen tanya dulu, jawabnya nak tunggu masa yang paling sesuai. (Ni pun biasa jugak)

Ada orang
- Yang kesedarannya sangat tinggi, sanggup terminate astro, kurangkan makan mewah semata-mata untuk sediakan perlindungan sebelum jadi perkara yang yang tak diingini.

Persoalannya di sini, anda orang yang bagaimana?

#TabungWanita
#hibahtakaful
#WomenOfInspiration

mbk
0192853910

Monday, May 29, 2017

Eid Mubarak 2017 /1438


Mohon maaf dipinta jika ada kesilapan dan "over" bila menulis blog nie.

mbk
0192853910
Takaful ejen

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...