Tuesday, May 30, 2017

Alternatif pada faraid jika perlu .........

Dalam beberapa bulan ini, (sebenarnya sudah lama) ada beberapa ejen memainkan isu Takaful Hibah dimana mempunyai kedudukan sendiri dalam perundangan dan sangat sesuai sebagai satu instrumen dalam harta pusaka.

Manfaat Takaful sudah diketahui untuk:
  •  Pelan legasi – seperti jalan terakhir melakukan amal jariah atau sedekah, mewariskan sejumlah kekayaan kepada waris, tujuan bisnes (keyman) dan membina asas kepada generasi seterusnya apabila sudah tiada.
  • Instrumen pengurusan harta pusaka; Hibah Takaful sebagai jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang.
  • Mencipta satu lagi peluang penjanaan pendapatan melalui segmen takaful berbentuk pelaburan.
Sudah pasti dalam perlindungan Takaful, tujuannya adalah untuk melindungi diri seseorang. Dalam kewangan peribadi, seseorang itu perlu tahu apakah tanggungjawab terhadap diri beliau terhadap orang lain seperti keluarga terutamanya.
 
 
 


Misalnya seorang lelaki, suami dan bapa adalah orang yang penting dalam keluarga. Beliau bertanggungjawab terhadap:
  • Perbelanjaan rumah.
  • Perbelanjaan kereta.
  • Perbelanjaan runcit (makan dan minum).
  • Penyediaan dana pendidikan.
  • Penyediaan dana persaraan.
  • Pembiayaan kewangan (pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain)
Isunya di sini, apa akan berlaku apabila beliau sudah tiada?

Sudah dikupaskan, di Malaysia apabila seseorang itu mati segala harta-harta akan menjadi ‘beku’ dan tidak boleh digerakkan. Proses ini sebenarnya adalah lama dan bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari. Malah ada proses boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Manakala hutang-hutang perlu diselesaikan dengan cepat.

Langkah-langkah berikut perlu dilalui sebelum harta beku tadi boleh dibahagikan.
  • Perbelanjaan pengurusan kematian seperti upah kubur, upah mandi.
  • Menyelesaikan segala hutang piutang, bertulis (bank misalnya) atau tidak.
  • Menyelesaikan segala tunggakan cukai dan zakat tertangguh.
  • Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh si isteri.
  • Menyelesaikan bab wasiat; jika dibuat oleh si mati.
  • Pembahagian harta bersih mengikut hukum Faraid.
Semua orang tahu bila dia lahir. Tidak semua orang tahu bila dia tiada.
Bagaimana dengan perbelanjaan seharian seperti perbelanjaan anak ke sekolah, rumah yang belum habis dibayar, ansuran kereta tertunggak dan hutang kad kredit masih ada baki?
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” Hadis Riwayat Tarmizi
Jadi, Takaful bukan sahaja hanya berkisarkan kad medikal; berapa had limit tahunan dan seumur hidup atau ada elaun harian atau tidak. Ini hanya satu bahagian. Takaful dalam konteks besar adalah untuk menyelesaikan isu-isu begini di mana boleh membebankan waris jika tidak diselesaikan dengan cepat dan baik.
‘Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” – Hadis Riwayat Al Bukhari
Oleh itu, sebagai orang Muslim perlu tahu tentang ilmu pengurusan pusaka dan terbaru, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah memperkenalkan konsep Hibah Bersyarat (lebih popular di sebut Hibah Takaful) iaitu penamaan dalam sijil Takaful itu sendiri.

kredit: adib yazid

mbk
0192853910
 

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...