Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Tuesday, June 6, 2017

Death claim.

By Muhammad Rahmat

Saya menerima pertanyaan daripada sahabat2 dan klien selepas up status semalam.
Dan yang paling menarik soalan ialah 

'Kalau mati dirumah macam mana? Tiada pengesahan kematian. Hanya polis sahaja yg sahkan"..
--------------------------------------------
Kematian boleh berlaku di 2 tempat.

1)hospital.
2) diluar hospital seperti rumah.
Untuk proses tuntutan claim;

Sacara am-nya, pihak syarikat akan buat penyiasatan 'investigation' bila timbul keraguan untuk memastikan tiada 'non-disclosure' sakit yang 'significant' dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
-------------------------------------------
Ok, sekarang isu disini pasal 'postmortem'.

1) jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.

Tiada postmortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat di beri. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.

Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.

2) jika kematian berlaku di rumah. Hendaklah membuat laporan polis..Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan syak berlaku jenayah, maka postmortem akan dilakukan.

Didalam permit pengebumian polis biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian 'sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc'.

Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati dirumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat postmortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.

Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu postmortem.

Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat postmortem.

Sebenarnya, perlu atau tidak postmortem untuk tuntutan insuran jika kematian dirumah?

Jawapan nya TIDAK.

Dan syarikat insuran tiada kuasa arah postmortem dilakukan.

Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specific dan guna borang pengebumian polis.

Jika pihak syrikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.

3) ada berlaku kes yang mana kematian dirumah. Dan postmortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti. 'Undetermined cause of death'.

Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.

#copypast

No comments: