Tuesday, June 6, 2017

Death Claim : Bahagian 2

Rentetan dari artikel atau status saya berkenaan dengan "death claim", saya dapat "feedback" dari seoerang ejen yang menceritakan pengalaman beliau dalam menguruskan tuntutan pampasan kematian sahabatnya sendiri.

Ejen S : Alhamdulillah, mudah je. Teruskan beri maklumat yg tepat tentang claim Takaful. Saya sendiri ada pengalaman uruskan death claim client yg juga sahabat rapat.

mbk: Terima kasih saudara . Boleh saya tahu berapa lama saudara ambil masa untuk buat tuntutan death claim itu? Al fatihah utk kawan saudara. Moga dicucuri rahmat. Amin.

Ejen S: Arwah meninggal pada 29.1.2017.
- saya berhubung adik arwah tanya keadaan isteri. 
- selepas 2 minggu baru saya dapat jumpa.
- saya bantu dia tengok semua polisi termasuk MRTT
- seminggu selepas tu dia bawa borang laporan doc ke hospital. Hospital minta sebulan.
- cukup2 sebulan laporan siap.
- kemudian saya uruskan bagi pihak discharge summary.
- urusan x lancar, sebab pegawai berkursus dan ada yg bercuti.
- saya dapat melengkapkan dokumen pada pagi 17.4.2017
- 18.4.2017 claim received 
- 26.4.2017 claim approved
- saya follow up isteri arwah pada 3 Mei nak tau status Hibah dah masuk akaun ke belum. Alhamdulillah duit dah masuk, tapi isteri arwah tak pasti bila duit masuk. 
- dalam keadaan macam tu, emosi isteri arwah kadang2 ok kadang tak
- jadi saya guna cara paling baik untuk mudahkan urusan. 
- antara cabaran, org keliling kata kita tipu. Sebab dah berbulan.
- Sedangkan kita bagi masa bertenang dan proses dokumen hospital sangat makan masa.
- hospital kerajaan tak keluarkan discharge summary, saya buat rayuan supaya satu surat dikeluarkan menggantikan discharge summary.
- Alhamdulillah, pegawai rekod pertimbangkan rayuan saya.
- pada tahap ni, isteri arwah dah agak emosi semasa berkomunikasi dengan saya.
- Jadi saya ambil tanggungjawab untuk uruskan bagi pihak. 2-3 kali pegi hospital. Alhamdulillah selesai.
- saya puas dengan pengalaman ni. 
-Alfatihah untuk arwah

mbk: Terima kasih. Cepat juga. Moga dipermudahkan urusan saudara. Amin.

Ejen S: Amin

Moga perkongsian saya kali ini membuka mata dan minda kalian berkenaan dengan takaful. Takaful bukanlah penyelesaian segala masalah seratus peratus. Tetapi, ia dapat meringankan beban waris dan membantu dalam meneruskan kelangsungan hidup untuk legasi yang seterusnya.

#legasi
#hibah
#warisan
#hibahtakaful
#TabungWanita
#WomenOfInspiration

mbk
0192853910

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...