Monday, October 2, 2017

PERLUKAH KITA SEMAK / REVIEW COVERAGE LIFE TAKAFUL YANG KITA ADA DARI SEMASA KE SEMASA?


Terdapat perbezaan antara coverage liability dan coverage untuk asset bagi policy life atau takaful kita.
Contoh A - Kereta

Secara konsep mudah.

Nilai kereta akan menurun, hutang akan menurun dan coverage kita untuk cover hutang kereta pun akan menurun. So, contribution takaful atau insurance pun akan lebih rendah. Maintenance je yang akan naik.

Sekiranya pemilik kereta meninggal dunia, dan kereta dinilaikan ikut harga pasaran, ia akan lebih rendah berbanding mula2 beli. Jadi, kos untuk TEBUS BAHAGIAN Faraidh bagi waris yang terlibat lebih rendah berbanding kalau baru beli. Sebab ikut harga semasa.

Contoh B - Rumah

Nilai rumah akan naik, and life coverage juga perlu dinaikkan (kalau ambil MRTT) atau kalau ambil MLTT, ia lebih baik......kalau dari segi kiraan atas kertas secara tersurat loan semakin kurang, kenapa perlu amik coverage lebih? Tapi saya tetap nasihatkan ambil coverage lebih. Mungkin ada yang tak setuju dengan statement ni, tapi itu bukan point dia. Apa yang saya ingin jelaskan adalah dari segi pembahagian harta pusaka.

Saya ambil contoh mcm ni.

Katakan harga beli rumah RM 400,000, dan pemilik rumah ada life takaful coverage RM 360,000 utk cover loan. Then pemilik meninggal dunia dan rumah jadi harta pusaka dan harga semasa pemilik meninggal dunia katakan RM 2 million. Dan katakan arwah ada tinggal waris pasangan, 1 anak lelaki, 2 anak perempuan, ibu dan ayah.

Isteri punya bahagian 1/8 = RM 250,000
Ibu punya bahagian 1/6 = RM 333,333
Ayah punya bahagian 1/6 = RM 333,333
Anak perempuan 1 bahagian dari anak lelaki = RM 270,833
Anak Lelaki 2 bahagian = RM 541,666

So, kalau isteri nak stay dalam rumah tu dan nak tebus bahagian ibu dan ayah....beliau kena bayar kpd ibu dan bapa mertua dengan RM 666,666. Berbalik dgn life takaful coverage tadi RM 360,000 sahaja....so, mcm mana nak cover the balance?

Dan biasanya kes2 mcm ni akhirnya terpaksa jual rumah tu dan isteri dan anak2 nak duduk mana lps tu? Mungkin kena pindah la kalau umah dah kena jual.

And cabaran lagi...kalau nak jual rumah yang ada case mcm ni, biasanya pembeli akan tekan harga utk dptkan harga below market value sebab penjual dlm keadaan nak segera.

Perkara ini akan jadi lebih rumit.

Jadi antara cara yg paling mudah, hibah kan terus kpd isteri kalau dah habis bayar atau pun sediakan dgn backup cash melalui hibah bersyarat dengan instrument takaful.

So, takaful bukan hanya untuk cover hutang, tapi ia juga untuk mencairkan estate (harta pusaka) yang ditinggalkan.

Kalau tinggalkan harta sahaja, tanpa tinggalkan cash, ia masih tak cukup membantu disebabkan mungkin harta tersebut tidak dpt dimanfaatkan oleh waris.

Analogi mudah...si.mati tinggalkan kereta kpd waris. Tapi tak tinggal duit untuk waris beli minyak kereta. So, kereta tersebut tersadai dan tak boleh dimanfaatkan.

So, buka minda, dan fahamkan serta bertindak..

kredit: FB Aziz Riadi

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...