1. Dapat bayar hutang
2. Dapat tebus bayar
Kita cuba buat kajian kes..
FB: Saharudin Bin Zaini
/Kes 1
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 240,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah takaful sebanyak RM 300,000. 5/24 kepunyaan adik beradik adalah bersamaan RM 50,000, maka isteri membayar mereka nilai tersebut.
Baki takaful sebanyak RM 250,000
/Kes 2
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 240,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah takaful sebanyak RM 300,000 manakala rumah masih berhutang sebanyak RM 100,000. Isteri bersetuju untuk membayar rumah tersebut
Dalam pemilikkan rumah juga isteri bersetuju untuk membayar bahagian adik beradik arwah suami sebanyak RM 50,000.
Baki takaful sebanyak RM 250,000
/Kes 3
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 480,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah takaful sebanyak RM 300,000 manakala rumah masih berhutang sebanyak RM 280,000. Isteri bersetuju untuk membayar rumah tersebut.
Rumah tersebut tidak lagi berhutang dan baki takaful RM 20,000
/Kes 4
Suami meninggal, ada sebuah rumah bernilai RM 480,000. Anak-anak dan milik isteri 1/8 + 2/4 = 19/24, baki 5/24 adalah bahagian adik beradik suami.
Isteri menerima hibah pamasan takaful sebanyak RM 300,000 manakala rumah masih berhutang sebanyak RM 280,000.
Isteri dan anak-anak bersetuju untuk membeli rumah lain bernilai RM 250,000 dari hibah takaful yang diberikan oleh suaminya.
Baki pampasan RM 50,000
Jika kita isteri, yang mana satu pilihan kita?.
FB: mohamad akmal mohamad
Nota Ejen:
Sebelum suami tanda tangan polisi pastikan ia menepati keperluan.
Keadaan di atas biasanya berlaku apabila suami tidak teliti dengan keperluan memiliki polisi Takaful.
Atau agent gagal melakukan fact finding Dan gagal memberikan nasihat Yang betul pada suami.
Boleh berlaku situasi Di atas setelah fact finding, didapati keupayaan suami sangat terhad untuk menyediakan bernilai polisi atau polisi jutaan ringgit.
Ketika pinjaman perumahan Dalam proses Dan rumah tersebut matlamatnya bukan untuk pelaburan. Suami perlu usahakan MRTT full term of coverage. Sama ada gunakan duit cash atau termasuk dlm pembiayaan.
Kemudian sediakan juga polisi Takaful Dalam bentuk hibah Takaful kepada isteri untuk tujuan tampung kekurangan MRTT Dan boleh membayar bahagian yg sepatutnya dimiliki oleh adik beradik lelaki.
Ataupun, jika keupayaan kewangan Masih besar, si suami sediakan Hibah Takaful Yang besar untuk menjadi sumber penyelesaian apabila berhadapan dgn situasi Di atas. Atau seperti cadangan PU Atiqurrahman Abd Aziz
Komen saya berdasarkan persediaan sebelum mati. Manakala status tuan Mohamad Akmal Mohamad berdasarkan kajian selepas berlaku kematian.
Mudahnya saya kata disini, Agent Takaful Yang terlatih tidak Akan mengejar Sale Semata, tetapi Akan menilai keupayaan prospect Dan memberikan nasihat tepat Dan jalan penyelesaian kepada isu yg bakal berlaku.
Credit pada Tuan Mohamad Akmal atas status Yang baik.
Status dgn nada begini Yang sepatutnya banyak Di naikkan pada wall perunding professional seperti tuan.
FB: Saharudin Bin Zaini
No comments:
Post a Comment