Walaupun penerima manfaat hibah takaful mempunyai hak yang dijamin di bawah akta ke atas manfaat yang diberikan, ini bukan alasan yang baik untuk mempromosikan:
- hibah sebagai mekanisme mutlak penyelesaian pusaka
- hibah lebih baik daripada faraid
- hibah sebagai jaminan untuk menebus bahagian waris faraid yang lain
RM100k, RM500k atau RM1 juta...
Berapa pun nilai hibah yang disediakan dalam pelan takaful, matlamatnya kekal sebagai satu pelindungan bagi penerima hibah. Paling jelas, untuk mengekalkan gaya hidup sedia ada, contohnya:
Sekiranya semasa ayah masih hidup, anak-anak mampu memiliki baju baru setiap kali tahun persekolahan bermula, pergi sekolah dengan wang saku, yuran sekolah dijelaskan tanpa hutang, keadaan ini boleh dikekalkan dengan manfaat hibah takaful.
Sekiranya isteri tidak bekerja semasa suami hidup bagi menjaga anak-anak, keadaan ini boleh dikekalkan dengan manfaat hibah takaful.
Ingat, takaful kekal sebagai mekanisme pelindungan.
kredit: syukri mokhtar
No comments:
Post a Comment